Cara Hargai Diri Sendiri Untuk Hidup Lebih Berharga
Cara Hargai Diri Sendiri Untuk Hidup Lebih Berharga. Bila diri kita sudah penat, orang lain tengok pun ikut sakit, sakit mata dan sakit hati. Kerana apabila seseorang itu telah letih melakukan semuanya sepanjang masa tanpa berehat, kesakitan itu dapat dilihat oleh orang lain. Cara untuk merehatkan diri adalah dengan memberi pujian dan penghargaan kepada diri sendiri. Jangan tunggu orang untuk reward kita, ia jarang sekali berlaku. Syarikat tempat kita bekerja pun entahkan pernah atau tidak memberikan penghargaan atas jasa kita. Betul tak?
Jika anda ada cuti 36 hari setahun, ambil dan habiskan cuti tersebut dan rancang masa rehat dan percutian untuk diri sendiri. Jangan kasihankan orang lain kerana belum tentu mereka kasihankan anda pula bila tiba masanya
Berpada-padalah untuk rasa belas kasihan yang ada, jika akhirnya anda sendiri yang nampak seperti perlu dikasihani. Renungkanlah!!
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Cara Hargai Diri Sendiri Untuk Hidup Lebih Berharga
Melalui satu perkongsian di laman rasmi PHM, ada cara untuk hargai diri sendiri.
1. Self reward - seperti hadiahkan sesuatu pada diri sendiri, contohnya beli jam tangan, beg, pokok bunga atau pun jika anda suka makan, order lah makanan dari Grabfood, atau order pakaian kesukaan anda di Shoppe
2. Pujian - setelah kita berjaya mencapai sesuatu kejayaan atau perubahan dalam hidup, pujilah diri sendiri seperti "hebat juga aku!" , "tak sangka aku dapat melalui dugaan paling dahsyat ini." atau "wow! Kamu cantik lah" dan banyak lagi
3. Rehat dan tidur - tiada cara lebih baik untuk reward diri sendiri iaitu tak lain dan tak bukan adalah rehat dan tidur. Itu lah tanda anda sedang menjaga diri anda sendiri
Tidak ada orang lain yang boleh memujuk diri kita melainkan diri kita sendiri. Jika kita penat sekalipun, lelah, putus asa, merasa bersalah.. semua rasa itu kita yang alaminya. Orang boleh kata "tabahlah", "sabar ya" dan sebagainya, tetapi tetap diri kita sendiri yang boleh merawatnya
Jadi, jika ada peluang untuk anda hargai diri, maka lakukanlah!! Usah bertangguh. Kerana, ditakuti semakin lama diri jadi penat dan tidak boleh di rawat lagi
Bagi peluang diri anda mendapat pujian sewajarnya, menerima penghargaan seikhlasnya dan terus bangkit dengan lebih berjaya
Semoga bermanfaat
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2021/10/cara-hargai-diri-sendiri-untuk-hidup.html