Cara Dapatkan Kerja Idaman Anda Bahagian 3
Assalamualaikum…
Andaikata anda mendapat respon positif dan dipanggil untuk menghadiri temuduga , adalah sangat-sangat mustahak untuk anda membuat persediaan awal .
Anda perlu memahami bahawa bukan anda seorang sahaja yang dipanggil untuk ditemuduga . Ini adalah alam ekonomi yang penuh dengan saingan untuk mendapatkan pekerjaan kerana kadar pengangguran yang tinggi . Anda perlu ingat anda mempunyai ramai pesaing yang akan sentiasa mengurangkan peluang anda untuk mendapat pekerjaan .
Para cendekiawan mendefinisikan temuduga kerja sebagai , “ Satu perbualan antara dua orang atau lebih di mana soalan-soalan akan diajukan kepada orang yang ditemuduga dan membincangkan satu isu secara formal bagi tujuan penilaian .”
Image by Tumisu from Pixabay
Temuduga kerja adalah sebahagian daripada proses permohonan kerja . Ia selalunya adalah satu perjumpaan bersekemuka dan saling bertukar maklumat . Semasa temuduga , para majikan akan mempunyai peluang memperolehi tanggapan dan maklumat lanjut tentang calon yang ditemuduga . Calon temuduga pula mempunyai peluang untuk menunjukkan kemahiran diri , memasarkan diri sendiri dan mengesahkan maklumat dalam resume .
Temuduga kerja membawa tekanan yang tinggi bagi kebanyakan orang. Mereka berasa tertekan dan kurang selesa . Namun , terdapat cara untuk mengurangkan tekanan anda serta meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan tawaran kerja .
Pertamanya , anda perlu bertanyakan masa dan lokasi temuduga dijalankan. Dapatkan nama serta posisi orang yang menemuduga . Dapatkan juga satu salinan penerangan kerja .
Yang kedua, anda harus buat satu kajian terkini tentang saiz organisasi, visi dan misi organisasi kedudukan dalam pasaran, lokasi geografi, jenis latihan yang dibekalkan, peluang untuk kemajuan, budaya organisasi, kekuatan dan potensi gaji. Adalah penting juga mengetahui kesukaran-kesukaran yang bakal dihadapi oleh organisasi, gaya pengurusan dan kriteria-kriteria lain yang anda fikirkan penting. Sekiranya anda dapat membuktikan anda mempunyai banyak maklumat tentang organisasi tersebut, kemungkinan besar andalah yang akan mendapat tawaran kerja .
Yang ketiga , anda perlu berlatih menjawab soalan yang mungkin akan diajukan dalam temuduga . Beritahu orang yang anda tuliskan sebagai rujukan dalam resume tentang temuduga anda . Berikut adalah contoh soalan yang lazimnya ditanya dalam temuduga .
** Mengapa anda ingin bekerja dengan organisasi ?
** Mengapa saya perlu mengupah anda ?
** Apa yang anda boleh lakukan untuk organisasi ?
** Apakah kekuatan dan kelemahan anda ?
** Mengapa anda ingin bertukar kerja ?
** Apakah matlamat anda ?
** Bilakan anda akan berasa kepuasan dalam kerja ?
Yang keempat , sehari atau dua hari sebelum temuduga , buatlah satu lawatan ke organisasi yang memanggil anda untuk temuduga . Lihat pada jam yang ada di pejabat . Ikutilah masa tersebut supaya anda tidak lambat menghadiri temuduga .
Yang kelima , sediakan pakaian anda pada malam sebelum hari temuduga. Pakailah pakaian yang sesuai dan secara profesional . Cara pemakaian boleh mencerminkan ketrampilan seseorang . Elakkan merokok , menyembur minyak wangi yang kuat baunya , mengunyah gula-gula getah dan aksesori yang keterlaluan . Jika anda ada tatoo , sembunyikan .
Semua ini nampak remeh tetapi adalah sangat mustahak dan perlu dititikberatkan. Ini adalah kerana tidak ada lagi peluang kedua untuk memberikan tanggapan pertama ( first impression ) yang positif dalam temuduga . Orang lain boleh membuat satu persepsi tentang sikap, kebijaksanaan , kredibiliti , profesionalisme melalui penampilan anda .
Pada hari temuduga , anda harus mempunyai sikap positif . Melangkah dengan penuh keyakinan . Jalan lurus , berikan pandangan mata secara langsung dan berikan salam kepada para penemuduga . Penampilan ini adalah sebahagian daripada imej kendiri anda . Dr. Joyce Brothers berkata , “ Satu imej kendiri yang positif dan kuat adalah persediaan terbaik intik berjaya dalam hidup . ”
Semasa temuduga dijalankan , pastikan anda mendengar dengan berhati-hati. Jawab soalan secara spesifik dengan memberikan contoh dan bukti yang sebenar. Berjagajaga dengan gerakan badan penemuduga , bercakap dengan jelas , senyum dan tunjukkan semangat .
Lazimnya , sebelum temuduga tamat , penemuduga akan bertanya sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kemusykilan . Terdapat beberapa soalan yang anda patut dan tidak patut tanya .
Bersambung Di bahagian 4
Sumber : https://www.aliqassem.com
The post Cara Dapatkan Kerja Idaman Anda ! Bahagian 3 appeared first on wanzawawi[dot]net.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wanzawawi.net/2020/03/cara-dapatkan-kerja-idaman-anda-bahagian-3/