Wuduk Dan Cara Berwuduk Yang Betul
Wuduk dan cara berwuduk yang betul. Hari ini melalui perkongsian entri ini saya ingin membuka mata kita semua tentang peri pentingnya berwuduk. Apakah yang dimaksudkan dengan wuduk? Untuk menunaikan sembahyang, kita diwajibkan berwuduk. Berwuduk maksudnya (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu.
Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan perkara-perkara berikut:-
1. Sembahyang-sembahyang sunat.
2. Thawaf di Baitullah.
3. Menyembahyangkan mayat.
4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
Syarat-syarat Wuduk
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, iaitu yang telah berusia 9 tahun.
3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam bersih dari Hadas Besar.
5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti contohnya cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.
Perkara yang membatalkan wuduk.
Enam (6) perkara membatalkan wuduk:-
1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur)seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
6. Murtad.
Rukun-rukun WudukRukun wuduk itu ada enam perkara:-
1. Niat
bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta’ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
4. Menyapu air di kepala
5. Membasuh kedua kaki
6. Tertib
Semoga dari artikel di atas kita nampak dengan jelas apakah itu wuduk, syarat-ayarat wuduk dan perkara-perkara yang membatalkannya. Kadangkala kita ragu-ragu samada wuduk kita masih ada ataupun telah terbatal, jadi semoga mendapat manfaat daripada info di atas
Selamat beribadat, happy reading
**SumberSelamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2013/04/wuduk-dan-cara-berwuduk-yang-betul.html