Cara Dapatkan Challenge Code Approve Transaksi Mybsn Bsnsecure
CARA DAPATKAN CHALLENGE CODE APPROVE TRANSAKSI MYBSN BSNSECURE
Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan urusan transaksi secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC. Tetapi kini BSN telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan memperkenalkan Challenge Code Approve BSNSecure. Disini kami ingin kongsikan cara untuk dapatkan kod tersebut menggunakan BSNSecure, semoga membantu
APA ITU CHALLENGE CODE APPROVE BSNSECURE
Challenge Code BSNSecure adalah sebahagian daripada proses pengesahan yang digunakan untuk meluluskan transaksi melalui Perbankan Internet myBSN. Nombor TAC Selamat yang terdiri daripada 6 digit akan dibuat pada aplikasi mudah alih BSNSecure. Nombor TAC Secure ini boleh digunakan untuk membenarkan transaksi tertentu yang dijalankan melalui myBSN.
TARIKH KUATKUASA BSNSECURE
Mulai 1 Julai 2023, semua transaksi Perbankan Internet myBSN akan dibenarkan melalui Aplikasi BSNSecure, menggantikan SMS TAC.
MUAT TURUN APLIKASI BSNSECURE
Buat kali pertama, seharusnya ada memuat turun dan intalls aplikasi BSNSecure di telefon anda bagi memudahkan urusan anda. Pautan muat turun seperti di bawah:
Play Store bagi pengguna Android
Apple Store bagi pengguna IOS
CARA DAPATKAN CHALLENGE CODE APPROVE BSNSECURE
Sekiranya semasa proses transfer anda tidak menerima notifikasi BSNSecure, berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan Challange Code Approve menerusi MyBSN iaitu:
Layari pautan MyBSN dan log masuk ke akaun anda
Lakukan tarnsaksi Transfer seperti biasa dengan masukkan maklumat yang diperlukan
Setelah anda menunggu sehingga 60 saat dan tidak menerima notikasi BSNSecure, terdapat paparan ‘Did not receive any push notification? Click Request Challange Code to Continue with this transaction’
Klik pada Request Code
Paparan Challange Code 6 digit akan tertera.
Seterusnya buka aplikasi BSNSecure di telefon anda
Pada paparan utama klik pada Request Secure TAC (di bahagian bawah)
Masukkan Challange Code 6 digit tersebut pada ruangan yang tersedia dan klik pada Request Secure TAC
No Secure TAC 6 Digit akan tertera. Masa yang diberikan untuk kod ini adalah selama 30 saat.
Anda perlu buka kembali website MyBSN anda tersebut
Masukkan No Secure TAC 6 Digit tadi pada ruangan Secure Code dan klik Confirm
Selesai, proses tranfer anda telah berjaya. Resit transfer akan dipaparkan di skrin.
NOTA: Sekiranya lebih pada 30 saat, kod tersebut akan tamat dan anda perlu ulangi semula kaedah yang sama
SOALAN LAZIM (FAQ) CHALLENGE CODE BSN
Apakah yang akan berlaku jika saya memasukkan Kod TAC Selamat yang salah?
Jika anda telah memasukkan Kod TAC Selamat yang salah atau ia telah tamat tempoh, anda perlu meminta yang baharu.
Sebarang transaksi melalui myBSN akan dinafikan jika Kod TAC Selamat yang salah digunakan atau kod tersebut tamat tempoh. (Kod TAC selamat hanya kekal sah selama 60 saat).
Apakah yang akan berlaku jika Kod TAC Selamat saya telah tamat tempoh atau tidak lagi sah?
Jika Kod TAC Selamat yang anda minta sebelum ini tidak lagi sah atau telah tamat tempoh, anda juga perlu meminta yang baharu.
Apakah had masa untuk meluluskan transaksi dengan Pengesahan Selamat?
Anda mempunyai 60 saat untuk meluluskan transaksi menggunakan Aplikasi BSnsecure.
Adakah mungkin untuk membatalkan pendaftaran Apl BSNSecure?
Ya, anda boleh membatalkan pendaftaran aplikasi mudah alih BSNSecure melalui Perbankan Internet myBSN.
Walau bagaimanapun, ini tidak akan menukar kaedah kebenaran anda kembali kepada SMS TAC. Pada kali seterusnya anda perlu membenarkan transaksi pada Perbankan Internet myBSN, anda akan digesa untuk mendaftar semula apl tersebut.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda perlukan maklumat lanjut dan sebarang pertayaan mengenai BSNSecure, anda boleh rujuk dan hubungi saluran berikut :
Hubungi: 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
Email:
[email protected]
ARTIKEL LAIN:
BSNSECURE (Cara Pengaktifan & Pengesahan Transaksi)
PERMOHONAN BANTUAN TIKET PENERBANGAN PELAJAR UNIVERSITI(Kredit Beli Tiket Kapal Terbang)
CARA CLAIM INSURANS KERETA 2023(Jika Berlaku Kemalangan)
The post CARA DAPATKAN CHALLENGE CODE APPROVE TRANSAKSI MYBSN BSNSECURE appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/challenge-code-approve-bsnsecure.html