Cara Dapatkan Rawatan Psikiatri Penyakit Mental


cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaanMakin banyak kes gangguan mental dilaporkan di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Ini menunjukkan betapa pentingnya diagnosis dan rawatan kesihatan mental di kalangan masyarakat. Kajian menunjukkan 3 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami isu kesihatan mental. Angka tersebut berkemungkinan telah meningkat sepanjang dua tahun ini berikutan tekanan tambahan yang dialami berpunca daripada suasana pandemik COVID-19 dahulu
klinik psikiatri near meSebelum itu, perkenalkan diri saya, Mamy Syu. Seorang penderita major depressive disorder (MDD) dan anxiety disorder related to PTSD yang masih struggle dengan rawatan dan bertukar-tukar ubat dari diazepam dan setraline, kemudian dihentikan diazepam diganti clonazepam. Dan akhirnya terkini Mamy kekal dengan clonazepan (bila perlu), mirtazapine dan aripiprazole. Mamy sendiri tidak pasti kenapa harus bertukar-tukar ubat mental begini, mungkin ada di kalangan pembaca blog Mamy terdiri dari doktor perubatan atau pakar dapat merungkai sebab musabab di sebalik rawatan ini.
Isu kesihatan mental selalu dianggap sebagai isu yang remeh. Bahkan ia selalu dilabel dan diberi gelaran negatif seperti ‘orang gila’, 'mereng',  'putus wayar' serta bermacam-macam lagi julukan negatif yang sering digunakan dalam masyarakat. Lagi menyedihkan bila ramai yang masih percaya bahawa penyakit mental terutamanya kemurungan ini tidak nyata, dan hanya dibuat-buat kerana terlampau mengikut perasaan
cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaanAda juga segelintir masyarakat yang beranggapan seseorang yang selalu murung dan sedih itu adalah kerana dirinya lemah pegangan agama, lantaran itulah mereka mudah ‘dirasuk’ oleh kuasa-kuasa mistik yang jahat. Stigma sebegini harus dihentikan segera bagi mengelakkan ia menjadi sebati dalam masyarakat kerana stigma-stigma ini menghalang golongan yang mengalami masalah gangguan mental daripada mendapatkan rawatan dan pengubatan yang betul
cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaanIngat ya. Peranan kita dalam komuniti! cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaanJangan sampai disebabkan angkara mulut kita, menjadi penyebab golongan yang mempunyai isu mental ini tidak mahu tampil mendapatkan bantuan dan rawatan yang sepatutnya sehingga boleh mengundang risiko untuk b*nuh diri. Dilaporkan bahawa Malaysia mencatatkan sejumlah 2.426 kes b*nuh diri dari 2018 hingga 31 Julai 2021. Seramai 679 orang daripada jumlah itu adalah kes membabitkan tekanan emosi dan gangguan mental
bila perlu jumpa pakar psikiatriSebelum kita kupas lebih lanjut topik utama artikel berkenaan Cara Mendapatkan Bantuan Untuk Isu Kesihatan Mental, apa kata kita go through dahulu fakta dan informasi mengenai kesihatan dan penyakit mental
Cara Dapatkan Bantuan Kesihatan MentalMental illness ni real!

Fakta Mengenai Kesihatan MentalKesihatan mental merujuk pada keupayaan seseorang untuk berfikir secara rasional, merasa dan bertindak dalam kehidupan seharian. Jadi setiap daripada kita boleh mempunyai sama ada kesihatan mental baik mahupun yang buruk
Cara Mendapat Bantuan Untuk Isu Kesihatan MentalKesihatan mental baik dikaitkan dengan keupayaan seseorang untuk menjalani, menghargai dan menikmati hidup dalam cara yang positif, produktif dan seimbang. Tapi sebaik manapun tahap kesihatan mental seseorang itu, tetap juga tidak dapat lari daripada stres. Cuma golongan ini mampu untuk menangani stres dan cabaran dalam hidup secara berkesan
Seeking Help for Your Mental Health IssuesIndividu yang mempunyai kesihatan mental yang buruk pula, kerapkali mendapati diri mereka gagal menangani stres, dan sakit hati. Kesihatan mental buruk yang berpanjangan boleh; (tetapi tidak semestinya) menyebabkan seseorang mengalami penyakit mental. kos rawatan psikiatri hospital kerajaanApakah Definisi Penyakit Mental?Penyakit mental adalah suatu kondisi kesihatan yang mempengaruhi dan boleh menyebabkan perubahan pada keupayaan seseorang untuk berfikir, rasa dan bertindak. Ia boleh dialami oleh sesiapa pun tanpa mengenal usia. Individu yang mengalami gangguan mental berasa sukar untuk membuat kerja-kerja biasa, mungkin sukar berinteraksi dengan orang lain, dan dipengaruhi oleh perubahan pada mood dan kelakuan mereka. cara mendapatkan rawatan di hospital kerajaanApakah Jenis-jenis Penyakit Mental?Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu:Psikosisantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.Bukan-psikosis (neurosis), dan penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobia (ketakutan yang tak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) atau Mixed Anxiety and Depressive Disorder (MADD)Kecelaruan Identiti (turut digelar kecelaruan personaliti)Gangguan Personaliti obsessif kompulsif (OCD), Gangguan Personaliti Narsissistik (NPD), Gangguan Personaliti Sempadan (BPD),Gangguan Personaliti Histrionic (HPD), Gangguan Personaliti Mengelakkan (APD), Antisocial Personality Disorder, Dependent Personality Disorder, Split Personality Disorder.
Apakah Faktor Penyakit Mental?Penyakit mental boleh berpunca daripada beberapa faktor termasuklah pengalaman hidup yang buruk semasa kecil seperti trauma atau penderaan, menghidapi penyakit kronik untuk tempoh yang lama,penyalahgunaan bahan terlarang, faktor genetik atau ketakseimbangan kimia dalam otak, kerosakan, jangkitan atau kecacatan fizikal pada otak, serta mungkin faktor kesunyian; hidup terasing dan kurang pendedahan sosial
temujanji psikiatri kerajaanManakala penyakit mental yang paling kerap dijumpai di Malaysia adalah kemurungan atau depression. Punca dan penyebab depression biasanya berpunca daripada beberapa faktor termasuklah :Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinyaPersekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosialUbat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan.Walaubagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikanPenyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurunganCorak pemikiran : terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal.Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan d*dah atau ket*gihan alkohol, menghidapi penyakit serius / tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.Kehilangan orang yang disayangi, danBaru bersalin (melahirkan anak)

Apakah Antara Penyakit Mental yang Paling Umum?Menurut Badan Kesihatan Mental Amerika, terdapat lebih daripada 200 jenis klasifikasi penyakit mental. Namun untuk artikel kali ini, Mamy kongsikan beberapa sahaja penyakit gangguan mental paling umum. Antaranya ialah :Generalized Anxiety Disorder (anxiety)Paranoia / Phobic Anxiety disorders (Fobia)SkizofreniaGangguan makan (Hilang selera makan dan penurunan berat badan)Gangguan tidur / Insomnia (bangun terlalu awal atau berlebihan tidur)Kecelaruan bipolar (Bipolar Affective Disorder)Kecelaruan obsesif-kompulsif (OCD)Kecelaruan stres pascatrauma (Post-traumatic Stress Disorder,PTSD)Kemurungan / depresi (depression)Kemurungan selepas bersalin (pospartum depression)
Apakah tanda-tanda Masalah Gangguan Mental?Nampak normal, tapi berikut terdapat beberapa tanda kalian mungkin mengalami mental disorder. Sekiranya kalian merasakan sama ada diri atau orang tersayang mengalami penyakit mental, ada beberapa tanda umum yang dapat dikenal pasti. Perubahan mood, khususnya perubahan mood dan emosi yang dramatik atau pantas.Kalian akan berasa bimbang dan resah sepanjang masa pada kebanyakan hari dan perasaan ini berterusan selama enam bulan. Ini akan menyebabkan aktiviti harian jadi terganggu manakala tubuh dan minda berasa letih yang luarbiasa. Perubahan waktu tidur dan selera makan yang dramatik, serta mengabaikan penjagaan diriKeduanya kalian akan mengalami masalah sukar melelapkan mata atau selalu terjaga. Kurang produktif dan hilang minat untuk melakukan aktiviti di sekolah, tempat kerja, rumah dan aktiviti sosial lain.Tidak berupaya untuk menumpukan perhatian, masalah daya ingatan, berhalusinasi, dan corak pemikiran atau pertuturan yang tidak logik.Lebih sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan dan bau.Berasa takut atau sangsi dengan orang lain.Berasa terasing daripada diri sendiri atau persekitaran.Berkelakuan luar biasa dan tidak tipikal.Menyalahgunakan bahan, mencederakan diri atau menunjukkan minat terhadap perbuatan mencederakan diriDari kesemua gejala dan tanda di atas, sekiranya kalian mengalami satu atau dua tanda bukanlah diagnosis penyakit mental yang sah, tetapi memerlukan penilaian lanjut oleh pengamal perubatan bertauliah. Namun sekiranya kalian sudah pun melalui beberapa siri tekanan melampau seperti nervous breakdown dan panic attack, ini merupakan tanda amaran yang memerlukan kalian berjumpa ahli psikiatri segera
cara jumpa doktor psikiatri kerajaanBagi penentuan masalah penyakit mental, kalian tidak boleh main "rasa-rasa" atau self-claim yang kononnya anda itu depression. Doktor akan menemuramah anda dan ahli keluarga untuk mengetahui perlakuan dan membandingkan kriteria bagi setiap jenis disorder. Mereka juga akan menanyakan peristiwa terdekat yang penting atau yang memberi kesan pada emosi. Sejarah perubatan dan situasi hidup juga akan diambil kira di dalam diagnosis
klinik kesihatan mental kerajaan"Jangan self-diagnose! Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. Sila berunding dengan doktor untuk rawatan lanjut"kos rawatan psikiatri swasta
Siapakah yang Berisiko Mengalami Penyakit Mental?Penyakit mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia, bangsa atau lokaliti. Namun ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko gangguan mental
Pernah mengalami trauma pada masa lepasMempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit mentalMenghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hipertensi, Sakit Buah Pinggang, Strok sehingga megakibatkan kelumpuhan, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)Hilang anggota tubuh badan kekal secara tiba-tibaKematian orang yang disayangi secara tiba-tibaPerceraian dan perpisahanMasalah rumahtangga / Masalah keluargaPenyalahgunaan d4dah dan ar4kMangsa penderaan fizikal dan emosiBurnout di tempat kerja Pernah mengalami trauma zaman kanak-kanakKecenderungan mudah risau, cemas, panik atau bimbangPerasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)Krisis ekonomi berpanjangan
Salah Faham Masyarakat Mengenai Penyakit Mental Ianya tidak boleh dirawat atau sembuhIanya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinyaBerpunca daripada lemah iman dan pegangan agamanMengidapai gangguan mental adalah sesuatu yang memalukanPenderita masalah mental mempunyai karektor yang lemahPesakit mental lemah pegangan imanPenyakit mental tidak wujudDepression tak wujud. Penyakit reka-rekaan minda? 

Langkah Pertama untuk Dapatkan Bantuan Gangguan MentalKategori #1 Kesedaran Diri Sendiri
Kalau kalian terfikir diri atau orang terdekat mungkin mengalami penyakit mental, kesedaran adalah perkara utama untuk mengorak langkah pertama ke arah pemulihan. Persatuan Psikiatri Malaysia ada menyarankan untuk bertanya pada diri sendiri: “Adakah masalah dan simptom saya menjejaskan kehidupan saya?” Jika jawapannya ialah “Ya”, sebagai langkah awal, kalian boleh lakukan Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) secara online untuk menilai tahap stres, anxiety atau depresi yang dialami
Maksud anxiety depressionKeputusan ujian akan dihantar melalui email dan sekiranya keputusan menunjukkan khodmat bantuan profesional kesihatan mental diperlukan, maka berjumpalah doktor atau kunjungi Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) atau terus walk-in sahaja ke mana-mana fasiliti Kesihatan Kerajaan berdekatan
tanda-tanda anxiety
Kategori #2 Kesedaran Terhadap Orang LainMembantu seseorang yang tidak percaya bahawa mereka mengalami penyakit mental boleh menjadi sukar. Namun, jika kalian mengesan seseorang yang kalian kenali mengalami penyakit mental, jangan paksa mereka untuk bercakap sebaliknya, berikan mereka rasa sense of belonging dan buat mereka sedar kalian sentiasa ada untuk mereka. Maksud anxiety depressionJadi penyokong setiap masa dan bantu mereka menetapkan janji temu pertama dan menemani mereka, jika perlu, khususnya apabila mereka berasa teragak-agak. Tindakan ini akan membantu mereka sedar bahawa ada seseorang di samping mereka dan it is okay to get help sometimes.tanda-tanda anxietyJika kalian tergolong dalam dua kategori ini dan memerlukan sokongan dari segi emosi dan mental, jom Mamy kongsikan senarai pihak yang boleh membantu kalian, baik dari pihak kerajaan, NGO mahupun swasta
klinik psikiatri swasta
Badan Perkhidmatan AwamUntuk mendapatkan bantuan dari Unit Psikiatri dan Kesihatan Mental daripada fasiliti kerajaan, kalian boleh berhubung atau menuju terus ke fasiliti berikut. Namun ia tidak terhad kepada tiga fasiliti ini sahaja, kalian boleh terus walk-in juga ke klinik kesihatan atau hospital kerajaan terdekat :tanda-tanda anxiety1. Pusat Kesihatan Mental Masyarakat, MENTARI by KKMPada tahun 2012, MENTARI pertama telah diwujudkan di Putrajaya, di bawah seliaan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Putrajaya. Dahulunya dikenali sebagai Pusat Kesihatan Mental Masyarakat, kini sebagai usaha penjenamaan imej dan strategi anti-stigma, nama MENTARI telah digunakan sebagai alternatif. “MENTA” berasal dari perkataan ‘mental’ dan “RI” dari ‘psikiatri’. Maksud anxiety depression
MENTARI merupakan pusat penjagaan dalam komuniti yang menyediakan khidmat saringan, diagnosis, rawatan dan pemulihan kepada mereka yang berhadapan dengan isu kesihatan mental di Malaysia serta telah diwujudkan sebagai memenuhi keperluan Akta Kesihatan Mental 2001 yang menggariskan penambahbaikan perkhidmatan berteraskan komuniti dalam memperbaiki mutu kesihatan mental penduduk. Di sini mereka menerima kes pesakit sedia ada yang telah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, juga menerima kes-kes baru (walk-in)
Maksud anxiety depressionSelain memberi kaunseling dan khidmat nasihat serta rawatan, MENTARI juga menjalankan aktiviti seperti Perkhidmatan Kesihatan Mental Komuniti, Program Sokongan Pekerjaan, Program Social Enterprise, Kumpulan Sokongan Dan Pendidikan Kesihatan
Maksud anxiety depression2. Unit Kaunseling Psikologi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & PutrajayaBergerak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, Pegawai Psikologi terlatih di Unit Kaunseling Psikologi menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk kanak-kanak, golongan muda dan juga keluarga
Maksud anxiety depressionPara pegawai di sini juga memberikan bantuan dari segi pemulihan dan krisis campur tangan. Namun untuk ke sini, kalian memerlukan surat rujukan atau permohonan sebelum membuat janji temu. Selepas membuat permohonan, kalian akan diberikan tarikh temujanji selepas permohonan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja. Unit ini beroperasi di hospital kerajaan terpilih seperti Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh

Jabatan Kesihatan Wilayah PersekutuanJalan Cenderasari, 50590 KL
 +603-2268 7333
http://jknkl.moh.gov.my/unit-kaunseling

3. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)LPPKN adalah institusi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang memberi fokus utama kepada keluarga. Institusi ini mempunyai kaunselor berdaftar di semua cawangannya di seluruh negara buat anda yang memerlukan perkhidmatan kaunseling perkahwinan dan kekeluargaan. Selain daripada perkhidmatan kaunseling, institusi ini turut menyediakan khidmat merancang keluarga dan servis klinikal untuk kesihatan reproduktif

Ibu Pejabat LPPKN, Bahagian Pembangunan Keluarga, Unit Kaunseling, 12B, Jalan Raja Laut, 50350 KL
+603-2693 [email protected]://www.lppkn.gov.my
4. Skim Bantuan Kepada Pesakit Mental / KeluargaPendaftaran Orang Kelainan Upaya (OKU) boleh dibuat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang juga sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pesakit yang telah mendapat rawatan mental sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut dan disahkan oleh Pakar Psikiatri sebagai Kurang Upaya Mental. 
Kurang Upaya Mental merujuk kepada keadaan penyakit mental teruk yang menyebabkan seseorang itu tidak berupaya berfungsi sebahagian atau sepenuhnya. Semua ini adalah berdasarkan penilaian pakar ke atas tahap kefungsian sosial, kognitif dan kawalan tingkah laku pesakit. Skim bantuan praktikal dan pemulihan penyakit mental oleh agensi pemberi bantuan sama ada kerajaan atau NGO adalah berdasarkan kepada penilaian ke atas keperluan bantuan tersebut

Bagi pesakit mental kanak-kanak, bergantung kepada diagnosis pakar dan kategori OKU mereka. Terdapat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Sekolah-Sekolah Pendidikan Khas dan Pusat Kebajikan bagi tujuan pendidikan, jagaan dan perlindungan sama ada secara harian ataupun penjagaan institusi

Jabatan Kebajikan MasyarakatAras 6, 9-18, No 55,Persiaran Perdana, Presint 4,62100 Putrajaya03 - 8000 8000 [email protected]://www.kpwkm.gov.my
Badan Perkhidmatan Sokongan SwastaSelain mendapatkan bantuan dan sokongan mental dari pusat kesihatan mental kerajaan, kalian yang mempunyai status kewangan yang baik atau mempunyai perlindungan insurans dan takaful, bolehlah cuba mendapatkan bantuan daripada ahli psikologi klinikal berbayar atau pakar psikiatri swasta seperti berikut :
1. Kin & Kids Marriage, Family and Child Therapy CenterDengan pasukan berpengalaman yang terdiri daripada pelbagai disiplin termasuklah ahli psikologi klinikal, ahli psikoterapi berdaftar serta kaunselor berlesen dan berdaftar, pusat terapi ini mampu menyediakan perkhidmatan kaunseling dalam pelbagai bidang termasuklah hal pengantaraan keluarga dan juga kaunseling penjagaan anak bersama selepas perceraian. 
Jika kalian merancang untuk berkahwin, pusat terapi ini juga ada menawarkan servis bagi membantu diri dan pasangan mengenalpasti dan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk membina keluarga yang bahagia dan berkekalan melalui Penilaian Perhubungan Peribadi Pra-Perkahwinan

Kin & Kids Marriage, Family and Child Therapy Center 10-8, Binjai 8 Premium Soho, No. 2, Lorong Binjai, 50450 Kuala Lumpur, or 5-05-03, Block 5, VSQ @ PJ City Centre, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya
+6019-380 0902 or +6018-667 [email protected]://www.kinandkids.com/
2. The Mind Psychology Services & TrainingPusat psikologi ini mempunyai pasukan besar yang terdiri daripada ahli psikologi klinikal, ahli psikologi sukan dan kesihatan serta kaunselor. Ini membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan yang lebih meluas seperti terapi untuk kanak-kanak dan keluarga serta kumpulan sokongan untuk anda yang mengalami masalah berat badan dan gangguan tidur. Pasukan yang sama juga menyediakan perkhidmatan latihan teknik kesedaran dan cara berkesan untuk menguruskan tekanan

The Mind Psychology Services & TrainingC-41-11, Jaya One, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya
+603-7931 [email protected]://www.themind.com.my
3. InPsych Psychological & Counselling ServicesSelain daripada ahli psikologi klinikal dan kaunselor berdaftar, pusat kaunseling ini juga menyediakan perkhidmatan psikologi pendidikan (pakar dalam hal melibatkan pembelajaran dan motivasi) serta perunding seksualiti. Buat anda yang mengalami gangguan kebimbangan seksual atau pun sebarang isu yang berkaitan dengannya bersama pasangan, pakar perunding seksualiti di sini dapat membantu

InPsych Psychological & Counselling ServicesAlamat: 41-3, Jalan 1/137B, Resource Industrial Centre, Off Old Klang Road, 58200 Kuala Lumpur +6017-331 [email protected]://www.inpsych.com.my/
4. The Mind FacultyKesemua 25 pakar perunding dan pengamal psikiatri di The Mind Faculty mempunyai kelayakan dan kemahiran yang hebat dalam pelbagai cabang mental health. Kedua-dua ahli psikologi klinikal dan pakar psikiatri berganding tenaga membentuk pasukan sokongan yang mantap bagi menjamin kesejahteraaan mental kalian yang berkunjung ke sini.Penilaian psikologi kanak-kanak juga boleh dibuat di sini bagi menentukan kesediaan untuk pembelajaran atau kelewatan perkembangan. 
 The Mind Faculty11, Jalan Solaris 4, Solaris Mont’ Kiara, Jalan Solaris, Off Jalan Duta Kiara, 50480 KL
+603-6203 0359 or +603-6203 [email protected]://themindfaculty.com

5. Rekindle Centre for Systemic TherapyPusat terapi ini memilih pendekatan sistematik yang popular di Amerika Syarikat, iaitu dengan menggunakan pelbagai terapi yang berbeza untuk membantu keluarga yang bermasalah. Sebagai contoh, sementara ibu bapa cuba menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan pakar terapi perkahwinan, anak-anak mereka pula boleh melibatkan diri dalam permainan atau terapi kanak-kanak. Seluruh keluarga itu kemudiannya akan menjalani sesi terapi bersama melalui pakar terapi keluarga dan pakar psikologi

Rekindle Centre for Systemic Therapy42-2 Jalan 25/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 KL
+603-6201 7488 or +6019-369 [email protected]://rekindletherapy.com/


Institusi Berasaskan Komuniti atau Volunteer1. Grace Community ServicesDi sini mereka menjalankan Birthright, iaitu perkhidmatan sokongan dan kaunseling buat kaum ibu yang tidak berkahwin untuk menggalakkan mereka meneruskan kandungan sehingga proses kelahiran dan terus menjaga anak mereka. Usaha ini banyak membantu mengurangkan kemurungan dan gejala b*nuh diri di kalangan gadis yang hamil luar nikah. Pusat komuniti ini juga berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan telah membantu lebih 800 ibu yang tidak berkahwin dari pelbagai latarbelakang sepanjang kandungan mereka

Grace Community ServicesNo. 7, Jalan Dendang 1, Kawasan 16, Berkeley Town Centre, Klang 41300, Selangor
+603-33414044 or +603-33414055inquiry@gracecommunityservices.mywww.gracecommunityservices.myhttps://www.facebook.com/Grace-Community-Services-128107253928755/
2. Befrienders KLKumpulan sukarelawan Befrienders telah menjadi tempat perlindungan buat masyarakat sejak tahun 1970. Dengan bantuan profesional daripada ahli psikiatri dan psikologi, mereka memberikan bantuan dan sokongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa prejudis. 

Sama ada kalian kesunyian, mempunyai perasaan untuk memb*nuh diri atau sekadar memerlukan seseorang untuk berbual, boleh terus dapatkan sokongan emosi daripada tiga cabang Befrienders iaitu menerusi talian telefon hotline 24 jam setiap hari, bersemuka melalui janji temu yang telah ditetapkan terlebih dahulu, atau emel sahaja kepada mereka

Befrienders KL95 Jalan Templer, Petaling Jaya,46000 Selangor
+603-76272929 [email protected] or [email protected]://www.befrienders.org.my



Bantuan Sokongan Melalui Talian Hotline1. All Women’s Action Society (AWAM) – TelenitaMangsa gangguan dan penderaan seksual serta keganasan rumah tangga boleh mendapatkan bantuan daripada AWAM. Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma dan AWAM menggunakan khidmat sukarela kaunselor pelatih yang sedang dalam peringkat Ijazah Sarjana untuk memberikan kaunseling dan sokongan emosi. 
Badan ini juga bekerjasama dengan Pusat Bantuan Guaman KL & Selangor dalam menyediakan khidmat nasihat guaman secara percuma. Selain daripada itu, mereka turut menjadi pusat rujukan buat mangsa yang memerlukan perkhidmatan daripada organisasi lain seperti pusat perlindungan dan terapi keluarga

Telenita AWAM85, Jalan 21/1, Sea Park, Petaling Jaya, 46300 Selangor
+603-7877 [email protected] or [email protected]://www.awam.org.my/cara mendapatkan rawatan di hospital kerajaan
2. Talian KasihTalian Kasih menyediakan perkhidmatan kecemasan untuk mereka yang menderita akibat didera, diabaikan atau keganasan rumah tangga. Mereka juga menyediakan khidmat kaunseling melalui talian hotline. Selain itu , Talian Kasih turut memberikan sokongan untuk ibu tunggal, miskin dan cacat atau kurang upaya

Talian Kasih [email protected]://www.lppkn.gov.my/index.php/talian-nur.htmlhttps://www.facebook.comTalian-Kasih-15999-626443040869224/cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaan
3. Women’s Aid Organisation (WAO)Jika kalian sedang didera oleh pasangan dan memerlukan perlindungan serta sokongan, bolehlah mendapatkan bantuan dari WAO. Sejak ditubuhkan pada tahun 1982, organisasi ini telah memberikan perlindungan dan kaunseling secara percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga dan kes dera

Women’s Aid Organisation+03-7956 3488 / +6018 988 8058 (Whatsapp atau SMS)
[email protected]://wao.org.my/cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaan
Walaubagaimanapun, senarai ini tidak muktamad dan butiran mungkin tertakluk kepada perubahan. Jika kalian mempunyai info dan maklumat mengenai mana-mana pusat atau kumpulan sokongan mental yang lain, sila emel kepada penulis dan maklumat tersebut akan ditambah dari masa ke semasa. 
Akhir kalam, suka Mamy nak mengingatkan semua pembaca bahawa Mamy Syu ini bukanlah doktor atau pengamal psikiatri. Mamy cuma seorang single mom of 3 kids yang juga penderita MDD dan anxiety related to PTSD yang masih lagi juggling the demands of my family with my mental health problem and everything in between. Serius tak mudah!!
Kadang-kadang kita berkongsi bukan sebab nak tunjuk kita pandai, tapi dengan berkongsi, kita boleh healing sama-sama, serta cuba untuk lebih menghargai hidup dan insan di sekeliling. Semoga dengan perkongsian ini, lebih ramai lagi akan cakna dan aware tentang kesihatan mental masing-masing, dan peka terhadap kesihatan mental insan tersayang yang berada di sekeliling kita


cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaan#KesihatanMental #MentalHealth #SuicidePrevention #ReachOut


Sumber & rujukan : “Laporan Teknikal Prestasi Penjagaan Kesihatan Mental Malaysia 2016” oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Disember 2017, [i]“Tanda-Tanda Amaran Penyakit Mental” oleh Ranna Parekh M.D., M.P.H., Julai 2018, [ii]“Penyakit Mental dan Keluarga: Mengenali Tanda-Tanda Amaran dan Cara Untuk Menanganinya” oleh Kesihatan Mental America, [iii]Kementerian Kesihatan Malaysia. (2009). 20 Mei. [iv]Larson, J.E., & Corrigan, P. (2008). The stigma of families with mental illness. Academic Psychiatry: the Journal of the AmericanAssociation of Directors of PsychiatricResidency Training and the Association for Academic Psychiatry, 32(2), 87-91

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2023/07/cara-dapatkan-rawatan-psikiatri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Dapatkan Challenge Code Approve Transaksi Mybsn Bsnsecure

Cara Dapatkan Challenge Code Approve Transaksi Mybsn Bsnsecure

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 219 hits
CARA DAPATKAN CHALLENGE CODE APPROVE TRANSAKSI MYBSN BSNSECURE Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan urusan transaksi secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC Tetapi kini BSN telah menambahbaikkan ciri kesel...
Cara Dapatkan I Muamalat Token Registration

Cara Dapatkan I Muamalat Token Registration

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 378 hits
CARA DAPATKAN i MUAMALAT TOKEN REGISTRATION Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan perpindahan wang secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC Tetapi kini Bank Muamalat telah menambahbaikkan ciri keselamatan te...
Cara Refund Duit Dalam Kad Touch N Go Secara Online

Cara Refund Duit Dalam Kad Touch N Go Secara Online

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 256 hits
CARA REFUND TOUCH N GO ONLINE JIKA KAD ROSAK EXPIRED ATAU HILANG Tahukah anda kad Touch n Go anda mempunyai jangka hayat selama 10 tahun Selepas tarikh luput kad tidak boleh digunakan dan anda harus tukar ganti kad baharu untuk terus menggu...
Waktu Dan Cara Pelemparan Jumrah Ula Wustha Dan Aqabah Bagi Jamaah Haji

Waktu Dan Cara Pelemparan Jumrah Ula Wustha Dan Aqabah Bagi Jamaah Haji

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 341 hits
Kapan waktu pelemparan Jumrah Aqabah pada hari Nahr juga pelemparan tiga jumrah pada hari tasyrik Bagaimana cara pelemparannya
Cara Dapat Hp Gratis Dari Aplikasi Dan Tanpa Aplikasi

Cara Dapat Hp Gratis Dari Aplikasi Dan Tanpa Aplikasi

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 202 hits
Blog Orang IT Penasaran bagaimana sih cara dapat Hp gratis dari aplikasi maupun tanpa aplikasi Semua orang pasti menyukai barang gratisan entah payung baju sendal apalagi hp android pasti jadi rebutan kalau perlu begadang semalaman menunggu...
Cara Ganti Qada Solat Yang Pernah Ditinggalkan

Cara Ganti Qada Solat Yang Pernah Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 448 hits
Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan Dari segi syarak pula bermaksud perkataan perbuatan yang dimulai dengan takbir berserta niat dan diakhiri salam dengan syarat syarat tertentu Umum sedia maklum bahawa sol...
Tak Sangka Dalam Ic Kita Pun Ada Duit Ini Cara Claim

Tak Sangka Dalam Ic Kita Pun Ada Duit Ini Cara Claim

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 199 hits
Tak sangka dalam IC kita pun ada duit ini cara claim Rupanya dalam IC kita ada duit ini cara nak claim Wang yang tidak dituntut selalunya berlaku jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia dan masih mempunyai baki wang...
8 Bahan Cara Lembutkan Daging Secara Turun Temurun Yang Diakui Berkesan

8 Bahan Cara Lembutkan Daging Secara Turun Temurun Yang Diakui Berkesan

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 207 hits
Banyak cara melembutkan daging tanpa menggunakan pressure cooker Jadi jom kita selongkar petua amalan turun temurun oleh mak mak kita sehinggalah ke hari ini Memang ramai yang masih melakukannya dan mengakui keberkesannya 4 bahan yang boleh...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba