Cara Daftar Premis Dalam Sistem Mysejahtera


Cara Daftar Premis Dalam Sistem MySejahtera | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Norma baru yang perlu kita lalui sekarang ini adalah jika mahu memasuki premis-premis seperti pusat beli belah kita kini wajib mendaftar terlebih dahulu sama ada menulis nama secara manual di dalam buku atau dengan mengimbas kod yang telah disediakan. Jika sebelum ini kita perlu mengimbas dan mengisi borang online setiap kali memasuki kedai-kedai butik tetapi kini telah diperkenalkan aplikasi Mysejahtera yang telah dibangunkan  oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara yang membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan awal yang cepat dan berkesan. Sha percaya sudah ramai yang memuatnaik aplikasi MySejahtera di dalam telefon pintar masing-masing bukan


Petang tadi ketua Sha meminta tolong untuk Sha buatkan QR Code untuk pejabat, jadi alang-alang dah buatkan untuk premis pejabat jadi Sha nak kongsikan cara-cara untuk mendaftar premis dalam sistem MySejahtera. Sebenarnya untuk mendaftar premis dalam Mysejahtera boleh sahaja mengguna telefon pinta atau laptop. Tapi pada Sha lebih baik pakai laptop kerana boleh terus jana QR Code. Jom kita tengok bagaimana cara mendaftar premis anda di dalam MySejahtera


Cara Daftar Premis Dalam Sistem MySejahtera & Buat QR Code Premis

Pertama sekali anda perlu masuk ke laman web www.mysejahtera.malaysia.gov.my dan korang akan nampak seperti gambar di bawah ini di bahagian bawah ( Sila scroll )

Korang akan nampak dua pilihan iaitu daftar MySejahtera Check In dan satu lagi Login MySejahtera Check In. Untuk daftar premis buat pertama kali, korang perlu klik pada Daftar MySejahtera Check In dan korang akan pergi ke laman seperti gambar di bawah :
Pendaftaran Premis Dalam Sistem MySejahtera
Pertama sekali korang akan nampak Sign Up menggunakan nombor telefon korang. Tapi untuk pejabat Sha menggunakan emel yang biasa menjadi kegunaan rasmi pejabat untuk memudahkan kerja nanti. Takkan kita nak guna emel peribadi untuk kegunaan pejabat pula kan? Untuk daftar menggunakan emel korang boleh tengok bahagian bawah kecil sahaja tulisan, klik pada I would like to use email. Selepas masukkan emel dan klik pada kotak kecil I'm not a robot pula. Kemudian barulah klik Register . Lepas klik register korang akan nampak laman seperti dibawah :

Bila korang mendapat emel maksudnya pendaftaran premis dalam sistem MySejahtera korang telah berjaya. Sekarang korang boleh periksa inbox emel korang daftarkan tadi

Pengesahan Pendaftaran Premis Dalam Sistem MySejahtera

Korang akan dapat emel seperti diatas beserta dengan pautan untuk tindakan korang seterusnya dan korang akan dibawa ke laman seterusnya seperti dibawah :

Dalam laman ini korang akan nampak ruang untuk korang letak nama premis korang, alamat premis selengkapnya. Untuk bahagian Business Name dan Contact Name Sha cuma letak nama pejabat sahaja. Selepas siap isi semuanya korang klik pada butang SUBMIT dan akan terus keluar QR Code untuk kegunaan premis anda

Cipta QR Code Untuk Premis Dalam Sistem MySejahtera

Akhirnya pejabat Sha sudah boleh mula menggunakan sistem mengimbas QR Code seperti premis lain sebelum ini. Apa yang senangnya bila guna laptop ini, selepas kita daftar premis dalam sistem MySejahtera korang nampak di bawah QR Code yang dah siap itu ada tiga pilihan sama ada nak cetak, emelkan pada sesiapa dan satu lagi untuk download ke dalam laptop korang

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu korang memudahkan kerja pada masa seterusnya. Maklumlah tak semua orang rajin nak taip benda sama banyak kali. Tapi tak kurang juga tidak semua orang ada telefon pintar jadi manual juga perlu disediakan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2020/06/cara%20daftar%20premis%20dalam%20sistem%20MySejahtera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Qr Code Mysejahtera Premis Perniagaan Pejabat Sekolah

Cara Buat Qr Code Mysejahtera Premis Perniagaan Pejabat Sekolah

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 1641 hits
CARA BUAT QR CODE MySEJAHTERA PREMIS PERNIAGAAN PEJABAT SEKOLAH Terkini kerajaan menyarankan penggunaan aplikasi dijadikan rakan karib anda dalam kehidupan seharian Dengan mengalakkan rakyat Malaysia muat turun aplikasi MySejahtera melalui ...
Mysejahtera Checkin Membolehkan Premis Perniagaan Daftar Dan Jana Kod Qr Untuk Merekodkan Pengunjung

Mysejahtera Checkin Membolehkan Premis Perniagaan Daftar Dan Jana Kod Qr Untuk Merekodkan Pengunjung

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 779 hits
Kerajaan kini dilihat telah mengaktifkan halaman MySejahtera Checkin sekaligus memudahkan para pemilik premis perniagaan untuk membuat pendaftaran dan merekodkan kehadiran pengunjung dan pelanggan mereka Langkah ini adalah selari dengan sar...
Cara Daftar Mysejahtera Di Telefon Pintar

Cara Daftar Mysejahtera Di Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 713 hits
Bermula 10hb Jun 2020 kita semua berada dalam peralihan PKP kepada PKPP di mana banyak kelonggaran dan boleh di katakan telah kembali kepada situasi sedia kala atau lebih tepat sebagai era pasca Covid19 Kini semuanya bergantung kepada diri ...
Cara Tebus Daftar Edompet Rm50 Dengan Aplikasi Mysejahtera

Cara Tebus Daftar Edompet Rm50 Dengan Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 1174 hits
SOURCE appeared first on Cara Tebus Daftar eDompet RM50 Dengan Aplikasi Mysejahtera Kepada anda yang tercari cari bagaimana cara untuk claim edompet RM50 dengan mudah senang sepertimana yang dimumukan oleh kerajaan Malaysia baru baru ini me...
Cara Daftar Mysejahtera Tebus Rm50

Cara Daftar Mysejahtera Tebus Rm50

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 675 hits
The post appeared first on Cara Daftar MySejahtera Tebus RM50 Kerajaan bangunkan aplikasi untuk bantu KKM untuk kesan dan kekang wabak Covid 19 ePenjana Tunai RM50 juga boleh dinikmati setelah muatturun aplikasi ini Lebih Info akan The post...
Daftar Mysejahtera Bagi Kesemua Pemilik Premis Agar Pelanggann Scan Guna Qr Code Sahaja

Daftar Mysejahtera Bagi Kesemua Pemilik Premis Agar Pelanggann Scan Guna Qr Code Sahaja

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 2120 hits
Assalamualaikum Hi Semua Daftar Mysejahtera Bagi Kesemua Pemilik Premis Agar Pelanggann Scan Guna QR Code Sahajacredit image ComputerWorldPelanggan pasti bimbang kan apabila nak masuk sesebuah premis perniagaan seperti rumah kedai mall dan ...
Masa Berlaku Sim Habis Ini Cara Daftar Perpanjangan Sim Secara Online Ada Kebijakan Dispensasi

Masa Berlaku Sim Habis Ini Cara Daftar Perpanjangan Sim Secara Online Ada Kebijakan Dispensasi

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 401 hits
Buat kamu yang ingin memperpanjang SIM kini kepolisian sudah menyiapkan registrasi online Berikut tata caranya
Cara Mengatasi Masalah Check In Pada App Mysejahtera

Cara Mengatasi Masalah Check In Pada App Mysejahtera

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 1454 hits
CARA MENGATASI MASALAH CHECK IN PADA APP MYSEJAHTERA Sejak diumumkan pemberian RM50 kedalam eWallet untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi ini ramai yang mula memuat naik aplikasi ni di playstore Aplikasi ni sangat bagus seba...
Cara Untuk Mendaftar Mysejahtera

Cara Untuk Mendaftar Mysejahtera

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 1230 hits
Aplikasi MySejahtera dibangunkan kerajaan untuk tujuan menyalurkan maklumat dan juga input berkenaan pandemik Covid19 Kita digalakkan mendaftar aplikasi untuk memudahkan kerajaan menyalurkan maklumat yang tepat dan mengesan kita jika sekira...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Iftar Satu Ramadhan

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas