Cara Daftar Nama Anak Jpn
CARA DAFTAR NAMA ANAK JPN (Tanpa ‘Bin’ ‘Binti’ Bagi Mudahkan Urusan)
Untuk makluman kepada ibu bapa yang bakal menerima cahaya mata, setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar nama anak di JPN, semoga membantu.
SYARAT PERMOHONAN DAFTAR NAMA ANAK JPN
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat oleh individu seperti berikut:
Ibu atau bapa kanak-kanak itu
Penjaga kanak-kanak itu
Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak itu
Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)
DOKUMEN DIPERLUKAN
Dokumen Yang Perlu Dikemukakan semasa membuat permohonan adalah:
Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung
CARA PERMOHONAN DAFTAR NAMA ANAK JPN
Pemaklum kelahiran dikehendaki hadir di JPN berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
KADAR BAYARAN DAFTAR NAMA ANAK JPN
Tiada bayaran yang dikenakan
CARA DAFTAR NAMA ANAK TANPA BIN ATAU BINTI
Kepada anda yang ingin mendaftar nama anak tanpa Bin atau Binti, berikut adlaah merupakan caranya:
Pemaklum kelahiran dikehendaki hadir di JPN berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
Ibu bapa akan diberikan draf sijil kelahiran untuk mereka isi.
Pihak JPN akan dapatkan pengesahan dari ibu bapa mengenai nama yang disi oleh mereka tanpa masukkan bin atau binti
CARA PERMOHONAN GUGURKAN BIN ATAU BINTI PADA MYKAD
Seperti kebiasaannya nama anak bagi orang islam akan menggunakan bin/binti dalam sijil. Untuk menggugurkan perkataan itu, ibu bapa kena buat permintaan dengan pendaftar. Berikut adalah merupakan caranya:
Dapatkan Surat Sumpah
Pergi ke Pesuruhjaya Sumpah untuk buat pengisytiharan yang anda nak perkataan tu digugurkan dari nama sendiri atau nama anak.
Anda akan diminta untuk isi borang dan ia akan ditandatangani oleh pesuruhjaya.
Pergi Ke JPN
Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan JPN terdekat dan kata nak buat Permohonan Pindaan Butiran Kad Pengenalan.
Anda akan diberikan borang KP.16. Isi borang tu dan sertakan sekali dokumen-dokumen sokongan seperti surat sumpah tadi. Kena bawa sijil kelahiran, MyKad dan kalau memohon untuk anak, sila bawa MyKad ibu bapa sekali.
Jelaskan kepada pegawai tersebut kenapa anda ingin gururkan bin/binti tersebut dengan penjelasan yang baik dan munasabah.
KENAPA PERLU GUGUR BIN ATAU BINTI
Kebiasaanya ini menjadi pilihan kepada setiap ibu bapa disebabkan kebanyakkannya mengalami kesukaran situasi dan prosedur yang perlu dilalui setiap kali berurusan dengan pihak luar dari Malaysia.
Namun sekiranya tiada apa-apa keperluan untuk membuang bin atau binti, sebaiknya dibiarkan sahaja di nama kita yang indah itu supaya lebih mudah untuk kita mengetahui jantina masing-masing.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Daftar Nama Anak di JPN, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara
ARTIKEL BERKAITAN
CAP JARI ROSAK IMIGRESEN BANK (Dapatkan Surat Pengesahan JPN)
PERMOHONAN PENGESAHAN PERKAHWINAN LUAR NEGARA MAHKAMAH SYARIAH (Contoh Surat)
CARA DAFTAR KEMATIAN DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN)
The post CARA DAFTAR NAMA ANAK JPN (Tanpa ‘Bin’ ‘Binti’ Bagi Mudahkan Urusan) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/daftar-nama-anak-jpn.html