Cara Daftar Akaun Ninja Biz Guna Aplikasi
CARA DAFTAR AKAUN NINJA BIZ GUNA APLIKASI(Kira Kos Semak Status Delivery Tracking Number)
Sekiranya anda seorang pemilik perniagaan yang mencari penyelesaian logistik dengan kemudahan terbaik, maka aplikasi Ninja Biz ialah penyelesaian yang sempurna untuk anda. Disini kami akan kongsikan cara mendaftar akaun Ninja Biz dan cara penggunaan, semoga membantu
APA ITU NINJA BIZ
Aplikasi Ninja Biz diperkenalan oleh Ninja Van bagi membantu pelanggan menguruskan semua penghantaran Van Ninja anda di satu tempat. Aplikasi ini membolehkan pengirim menguruskan keperluan logistik mereka dengan mudah (penghantaran standard dan domestik sahaja). Penghantar boleh membuat pesanan dan menjejak bungkusan mereka, antara banyak aktiviti lain melalui peranti mudah alih mereka, tanpa perlu menghubungi Ninja Van.
MUAT TURUN APLIKASI NINJA BIZ
Bagi memudahkan urusan anda, sebainya anda install aplikasi Ninja Biz di telefon anda menerusi pautan berikut:
Google Play bagi pengguna Android
Apple Store bagi pengguna IOS
KELEBIHAN NINJA BIZ
Berikut adalah merupakan kelebihan yang diperolehi dengan penggunaan apliaksi ini iaitu:
Buat dan urus pesanan semasa dalam perjalanan
Anggarkan kadar penghantaran dengan kalkulator penghantaran
Jejaki pesanan baharu dan sedia ada dengan lancar
Salin dan tampal maklumat penerima dengan fungsi Tampal Pintar
Senarai luas tempat pengambilan dan penghantaran
Jejaki prestasi Tunai Semasa Penghantaran (COD).
Sokongan pelanggan secara langsung untuk pertanyaan anda
CARA DAFTAR AKAUN NINJA BIZ
Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya iaitu:
Buka aplikasi Ninja Biz di telefon anda
Pada paparan utama klik pad Sign UP
Isikan maklumat yang diperlukan seperti
Sing Up with, pilih Phone Number
Country, dan pilih negara anda
Contact Number, masukkan no telefon anda
Setelah lengkap klik Sign Up.
Masukkan 6 digit kod Verifikasi yang diterima melalui SMS pada ruangan yang tersedia
Kemudian anda dikehendaki lengkapkan segala maklumat tentang anda pada ruangan yang tersedia seperti nama anda, email, nama perniagaan anda. Setelah selesai klik Next
Selesai, pendaftaran akaun anda telah berjaya
CARA GUNA NINJA BIZ
Berikut adalah merupakan cara penggunaa ninja Biz iaitu:
Log masuk ke akaun Ninja Biz anda
Pada menu utama anda boleh pilih tujuan anda inginkan iaitu:
Create Order
Ninja Points
Shipping Fee
Report Problem
Pada menu Orders, anda boleh membuat semakan tracking numberdan status delivery
CARA CREATE ORDER GUNA NINJA BIZ
Berikut adalah merupakan cara untuk anda membuat pesanan penghantaran iaitu:
Log masuk ke akaun Ninja Biz anda
Buat pesanan anda dengan mengisi maklumat yang diperluka seperti
Nama penerima
Alamat penerima
Berat barangan
Kemudian hantarkannya di mana-mana Ninja Point, tiada bayaran awal diperlukan!
NOTA: Anda akan menerima SMS mingguan akan meminta anda membuat pembayaran untuk pesanan yang telah selesai setiap hari Isnin.
HARGA PICKUP NINJAVAN GUNA NINJA BIZ
Uruskan pengambilan bungkusan pada harga RM1 sahaja bagi setiap bungkusan.
SOALAN LAZIM (FAQ) NINJA BIZ
Mengapakah saya perlu memasukkan nombor Kad pengenalan saya dan salinan fotokopi hadapan kad pengenalan saya?
Kami menyemak silang nombor ID dan foto untuk mengesahkan identiti anda bagi mengelakkan isu yang berkaitan dengan penipuan, untuk melindungi penerima bungkusan dan memenuhi keperluan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang.
Mengapa saya digesa untuk menggunakan alamat e-mel lain untuk membuat akaun?
Alamat e-mel anda telah pun didaftarkan dengan akaun Ninja Pro, oleh itu anda tidak dapat menggunakan alamat e-mel ini untuk membuat akaun aplikasi mudah alih. Sila gunakan alamat e-mel lain untuk pembuatan akaun aplikasi mudah alih.
Bagaimana jika saya terlupa kata laluan Ninja Biz?
Sila hubungi sokongan pengirim di
[email protected] jika anda terlupa kata laluan anda.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai akaun Ninja Biz, anda boleh melayari portal rasmi NinjaVan.
ARTIKEL BERKAITAN:
NINJA VAN NUMBER CUSTOMER SERVICE (Cara Hubungi Buat Aduan)
CARA POS BARANG NINJA VAN/PACKS:CHECK HARGA POSTAGE MENGIKUT BERAT & (shipping rates)
CARA DAFTAR SMART ORDER J&T(Cara Guna Untuk Pos Barang)
The post CARA DAFTAR AKAUN NINJA BIZ GUNA APLIKASI(Kira Kos Semak Status Delivery Tracking Number) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/akaun-ninja-biz.html