Cara Daftar Haji Online Melalui Thijari Daftar Awal Senang


Sudahkah anda daftar Haji? Kini anda boleh membuat pendaftaran secara online saja melalui THiJARI.
Tahukah anda, membuka akaun di Tabung Haji tidak bererti telah mendaftar Haji ya!
Jadi bagi anda yang belum mendaftar Haji, pastikan anda dah daftar supaya taklah lama sangat nak tunggu giliran nanti.
Di sini kami kongsikan bagaimana cara daftar Haji secara online melalui THiJARI atau secara manual di kaunter Tabung Haji (TH).
Konsep Daftar Haji TH TH telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” sejak dari tahun 1995.
Oleh itu, pendeposit TH yang mendaftar haji akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.
Ini bermakna, semua Pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran haji layak dipilih untuk menunaikan haji apabila tiba giliran tahun peruntukan bagi menunaikan haji.
Syarat Daftar Haji Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu:
Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00. Tidak pernah menunaikan fardhu haji. Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH. Cara Daftar Haji Online Melalui THiJARI Pendaftaran haji kini boleh dibuat secara online melalui THiJARI.
Ikuti langkah berikut untuk daftar Haji online:
Login ke akaun THiJARI Pergi ke menu Perkhidmatan Haji (rujuk gambar di bawah) Klik Pendaftaran Haji Klik ikon Tambah Pemohon Isikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap. Buat pengesahan maklumat yang didaftarkan. Anda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya. Tahun diperuntukkan untuk pergi menunaikan Haji akan dimaklumkan. NOTA: Anda boleh membuat semakan status Haji atau membuat rayuan Haji setelah mendaftar Haji.
Selain membuat pendaftaran secara online, saluran daftar haji juga dibuka melalui :
Kaunter TH / Kaunter Mudah Alih TH Bank / rakan strategik TH Tabung Haji Contact Centre (THCC) : 03- 6207 1919 Cara Buka Akaun & Daftar Haji Untuk Anak Cara nak buka akaun Tabung Haji untuk anak mudah saja.
Yang penting ibu ayah perlu ada akaun THiJARI.
Jika belum ada akaun THiJARI (Tabung Haji Online), boleh aktifkan dulu ikut cara di sini: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online
Langkahnya seperti berikut:
Login akaun THiJARI Pergi ke menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak. Isi semua maklumat anak-anak. Selepas selesai mendaftar, pergi aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari. Sila bawa dokumen berikut: 1 salinan dan original surat beranak anak 1 salinan dan original IC ibu / ayah Wang untuk daftar Haji RM1300.00 Sila rujuk video ini untuk pembukaan akaun Tabung Haji untuk kanak-kanak
NOTA: Pendaftaran Haji Kanak-kanak secara online hanya boleh dilakukan melalui THiJARI jika ibu bapa masih belum mendaftar Haji.
Selain melalui THiJARI, pendaftaran haji boleh dilakukan di : 
Kaunter TH dan Kaunter Mudah Alih TH Rakan Strategik TH  Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919 Baca juga: Cara Update / Tukar No Telefon Tabung Haji (THiJARI)
Kos Haji 2023 Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi tahun semasa (2023) adalah seperti berikut:
Kos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji
Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi. 
Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi  Musim Haji 1444H/2023M untuk jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:
TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:
Penerbitan buku dan risalah panduan haji, Kursus-kursus haji, Petugas haji kebajikan dan perubatan, Kos berkaitan operasi haji di tanah air; Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan Ubat-ubatan. Bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP.
Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).
Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
Ahli KWSP Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP Berumur kurang 55 tahun Rayuan Haji Online (THiJARI) Bagi yang telah berdaftar, anda boleh membuat rayuan Haji secara online setiap tahun berdasarkan tarikh rayuan yang ditetapkan.
Login ke akaun THiJARI Klik Perkhidmatan Haji Klik Rayuan Haji Klik Rayuan Permohonan Haji Baca Garis Panduan Klik ‘Saya Faham’ Sila Pilih Kategori Rayuan Haji Masukkan No Akaun & No Kad Pengenalan Klik Berikutnya Klik Ya / Tidak (Perakuan Istito’ah) Klik ‘Hantar’ Muat Turun Surat Akuan Rujuk video di bawah untuk tutorial membuat rayuan Haji.
Pendaftaran Melalui KWSP Bagi pendeposit Tabung Haji yang masih belum cukup simpanan RM1300 dalam akaun, jangan risau sebab anda juga boleh mendaftar Haji menggunakan duit KWSP.
Melalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, Pendeposit TH hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP mereka. Tahun pilihan/peruntukan haji mereka yang asal akan dikekalkan. Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP adalah seperti berikut:- Warganegara Malaysia Beragama Islam Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurang RM1,300.00 Berumur 14 hingga 55 tahun sahaja
  Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran haji melalui caruman KWSP, Pendeposit TH boleh merujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran Haji, sila rujuk laman web Tabung Haji di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/index.php/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off
ATAU
Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) talian +603 – 6207 1919. Faks : +603 – 7728 4959. E-mail : [email protected]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cara-daftar-haji-online-thijari/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-daftar-haji-online-thijari

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Guna Thijari Secara Online

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Guna Thijari Secara Online

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 408 hits
Sekarang proses lebih senang untuk masukkan duit ke akaun Tabung Haji Anda boleh transfer duit ke Tabung Haji menggunakan aplikasi THiJARI yang boleh dibuat secara online Lebih mudah pantas dan boleh buat dimana mana sahaja Sekarang semua p...
Cara Daftar Akaun Ninja Biz Guna Aplikasi

Cara Daftar Akaun Ninja Biz Guna Aplikasi

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 187 hits
CARA DAFTAR AKAUN NINJA BIZ GUNA APLIKASI Sekiranya anda seorang pemilik perniagaan yang mencari penyelesaian logistik dengan kemudahan terbaik maka aplikasi Ninja Biz ialah penyelesaian yang sempurna untuk anda Disini kami akan kongsikan c...
Spmu Cara Daftar Spm Ulangan 2023

Spmu Cara Daftar Spm Ulangan 2023

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 231 hits
CARA DAFTAR SPM ULANGAN 2023 Orang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP atau Murid sekolah dan orang perseorangan yang pertama kali menduduki peperiksaan berdasarkan syarat yang ditet...
Situs Judi Poker Online Idn Play Daftar Situs Agen Idn Poker

Situs Judi Poker Online Idn Play Daftar Situs Agen Idn Poker

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 185 hits
Selamat ada ke web site judi online idn poker yang dapat dipercaya Kami ialah agen sah indonesia yang sudah mendapati banyak penghargaan Untuk beberapa pembaca sekaligus dapat mendapati pengalaman main games taruhan online dengan uang asli ...
Midjourney Ai Cara Daftar Prompt Asas Tips Hasilkan Gambar

Midjourney Ai Cara Daftar Prompt Asas Tips Hasilkan Gambar

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 203 hits
Seiring dengan kemajuan teknologi kecerdasan buatan banyak aplikasi atau program menarik yang dicipta oleh pembangun dari seluruh dunia termasuklah Midjourney Midjourney ialah program dan perkhidmatan kecerdasan buatan generatif yang dicipt...
Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji Online

Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji Online

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 215 hits
Salam uolls Tahu tak selain cara pembayaran zakat terus dari kaunter drive thru pembankan secara atas talian ada cara lain yang mungkin lebih memudahkan proses pembayaran terutamanya buat uolls yang begitu sibuk dengan hal kerja sehingga ti...
Niat Cara Tawaf Umrah Haji

Niat Cara Tawaf Umrah Haji

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 259 hits
Bagaimana niat dan cara melakukan Tawaf Panduan ini akan membantu ada melakukan ibadah Tawaf mengelilingi Kaabah dengan lengkap dan secara langkah demi langkah Apa yang menarik Saya juga turut menyertakan bacaan zikir dan doa doa yang ma th...
Cara Mudah Buka Akaun Simpanan Cimb Octosavers Secara Online

Cara Mudah Buka Akaun Simpanan Cimb Octosavers Secara Online

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 187 hits
Dengan CIMB OctoSavers anda kini boleh membuka akaun simpanan di CIMB Bank secara dalam talian Kebiasaannya individu yang ingin membuka akaun simpanan di mana mana bank perlu menghadirkan diri ke cawangan bank tersebut untuk proses pendafta...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos