Cara Daftar Bigpay Apa Itu Bigpay
APA ITU BIGPAY | BIGPAY | CARA DAFTAR BIGPAY
Apa itu Big Pay? Bigpay adalah e wallet yang membolehkan kita semua membuat transaksi dengan mengunakan kad dan juga apps di telifon pintar kita sahaja. Kad big pay ini juga merupakan kad bersifat prepaid , maknanya anda perlu topup duit anda ke dalam kad bigpay ni untuk membuat pembelian di mana mana tempat yang terima mastercard di dalam dan luar negara. Selain itu anda juga boleh buat pengeluaran di mana mana ATM. Tak berapa jelas lagi? contoh dia yang senang untuk faham , Hp korang pakai topup dan kalau nak call kena topup dulu untuk buat panggilan dah abis duit kemudian topup lagi... Sama macam bigpay juga dah topup duit baru boleh beli barang, bayar isi minyak dan sebagainya. Bukan kad kredit yea ianya prepaid.
Kelebihan utama bigpay seperti berikut :- Dapat big point air asia sebab big pay merupakan e- wallet Air asia
- Dapat kadar tukaran terbaik jika anda berada di luar negara- Pendaftaran bigpay adalah percuma
- Big pay boleh di gunakan di mana mana mesin atm seluruh dunia. ( kadar cas RM6 local , RM10 luar negara )- Dapat penjimatan dan offer dari Air Asia
- Track perbelanjaan anda. jadi anda boleh tengok transaksi pembelian..
- Topup Rm50 dpt 1 point, beli brg RM20 dpt 1 point
Macam mana nak daftar bigpay?Okeh boleh ikut langkah di bawah.Sebelum tu korang boleh install dahulu apps BIGPAY di telifon pintar anda..
- Masukkan nombor telifon anda
- Kod verifikasi akan di sms ke telifon yang anda daftar kemudian masukkan verification code- Buat pasword anda ( mcm kad bank tu )
- Kemudian akan keluar detail berkaitan diri anda seperti alamat, nama dalam ic ( jangan nak tipu tipu ) , tarikh lahir dan kod referral . Kod referral penting untuk proses seterusnya. Anda cuma masukkan kod ini sahaja LRSQQLMNRO
- Masukkan alamat rumah untuk proses penghantaran kad ke alamat korang. Nanti akan di cas RM20 untuk proses ni yea..Hanya topup sahaja di dalam apps pada hp anda.RM20 nanti akan ada semula dalam kad anda.
- Nanti dah isi semua detail korang kena sah identiti korang dulu tau. Snap ic dalam petak yang diberikan dalam apps tu kemudian korang kena selfie pulak untuk sahkan muka korang sama ke tak dengan ic.Proses ni ada yang cepat 2-3 hari dah approve kalau gambar selfie tak dapat nak detect akan amik masa 3-5 hari macam aku..haha..Orang lain lewat daftar sehari dari aku dapat dulu.Jangan selfie dalam gelap biar lah buruk pun bukan sapa nak tengok.
- Dah settle semua tunggu la plak proses untuk kad sampai, semua akan di beritahu dalam kad anda tau. Delivery - in transit - lepas tu dapat kad. Kalau dah dapat anda tekan sahaja receive card pada bahagian bawah..itu sahaja proses untuk dapatkan kad dari Bigpay
Nanti bila dah terima kad korang hanya perlu aktifkan kad anda sahaja, masukkan code di belakang card nanti.Semua apps akan ajar step by step tak perlu risau kalau tak tahu. Kemudian topup lah duit anda dan cari la point sebanyak yang mungkin
Referral code : LRSQQLMNRO
Tak paham boleh dm di instagram kami di bawah
Nak review produk di blog dan instagram
klik link di bawah.
Email:
[email protected] : hazwan hairy
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hazwanhairy.my/2021/09/cara-daftar-bigpay-apa-itu-bigpay.html