Cara Daftar Bhp Petrol Card
CARA DAFTAR BHP PETROL CARD (eCard Point Check Redeem & Expired)
Terkini pihak BHP telah memperkenalkan aplikasi BHPetrol eCard bagi memudahkan pelanggannya untuk mengetahu promosi terkini dan menyemak mata ganjaran. Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda daftar terlebih dahulu dan pautkan kad BHP Petrol Card anda. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU BHPETROL eCARD
Aplikasi ini membolehkan anda memperoleh & menebus mata kesetiaan di stesen BHPetrol & rakan eCard. Ia dapat membantu anda mencari stesen BHPetrol terdekat dan perkhidmatan yang tersedia, lihat tawaran dan promosi BHPetrol terbaru.
KELEBIHAN BHPETROL eCARD
Berikut adlaah merupakan ciri-ciri aplikasi ini:
Daftar untuk menjadi ahli eCard serta-merta
Penukaran eCard fizikal sedia ada ke aplikasi mudah alih dengan serta-merta
Dapatkan mata kesetiaan dalaman dan di Terminal Pembayaran Luaran
Penggunaan Apl untuk melihat dan menebus item
Lihat sejarah transaksi kesetiaan anda
Cari stesen BHPetrol terdekat dan perkhidmatan yang ada
Bimbing anda ke stesen yang dipilih melalui GPS
Akses kepada tawaran & promosi BHPetrol terkini
MUAT TURUN APLIKASI BHPETROL eCARD
Bagi memudahkan urusan anda untuk membuat semakan ganjaran, anda boleh memuat turun aplikasi BHPetrol eCard pada pautan di bawah:
Google Play Store bagi pengguna Android
Apple Store bagi pengguna IOS
CARA AKTIFKAN KAD BHP PETROL
Pastikan anda dapatkan terlebih dahulu kad fizikal BHP ini di mana-mana stesen minya petron yang anda kunjungi. Berikut adalah merupakan cara aktifkan iaitu:
Daftar Melalui SMS
SMS butiran anda dalam format di bawah dan hantar ke 62033
BHPLY<jarak>16-digit nombor kad<jarak>Nombor Kad Pengenalan<jarak>Nombor Telefon<jarak>Nama seperti di Kad Pengenalan Daftar Secara Online
Secara Online
Layari pautan https://ecard.bhpetrol.com.my/registration
Masukkan maklumat yang diperlukan seperti
No Kad BHP Petrol
No Kad Pengenalan
Nama Penuh
E-mel
No Telefon
Setelah lengkap klik Submit
CARA DAFTAR APLIKASI BHPETROL eCARD DAN PAUTAN KAD BHP PETROL
Setelah anda install aplikasi ini, berikut adalah merupakan cara daftar bagi pengguna kali pertama iaitu:
Buka aplikasi BHPetrol eCard di telefon anda
Klik pada Sign Up
Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu:
No Kad Pengenalan
Alamat Email
No telefon
No Kad BHP Petrol
Kata Laluan
Setelah lengkap tick pada terma dan syarat dan klik continue
Anda akan meneri kod OTP secara SMS, masukkan kod OTP tersebut dan klik submit
Pendaftaran anda telah berjaya dan boleh mengumpul ePoints dengan klik pada Start Earning ePoints Now
Anda akan dapat melihat jumlah mate ePoints terkumpul.
Anda kini boleh gunakan aplikasi BHPetrol eCard anda dimana-mana stesen minyak BHP Petrol tanpa kad fizikal lagi
Nota: Setelah anda mendaftar aplikasi, kad fizikal anda akan terbatal serta merta dan mata terkumpul ePoints beralih kepada akaun aplikasi eCard
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenao Kad BHP Petrol, anda boleh merujuk saluran berikut:
Website BHP Petrol: https://www.bhpetrol.com.my/
Hubungi khidmat pelanggan: 03-7719 9499
e-Mel:
[email protected]
ARTIKEL BERKAITAN:
CARA DAFTAR APP PETRON & PAUTKAN KAD PETRON MILES
CARA DAFTAR GUNA CALTEXGO (Bayar & Isi Minyak Guna Telefon)
SENARAI TALIAN HOTLINE SYARIKAT INSURANS MALAYSIA (Number Telefon)
The post CARA DAFTAR BHP PETROL CARD (eCard Point Check Redeem & Expired) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/bhp-petrol-card.html