Cara Cuci Diffuser Young Living
Aku percaya ramai dah kenal dan tahu pasal produk essential oil young living kan? Ada yang beli loose essential oil saja dan ada yang beli sekali dengan diffuser. Kalau tak silap diffuser YL ni aku beli dah lama, sebelum join ahli lagi. Aku agak diffuser ni dah lebih 2 tahun kot. Memang lama berbakti. Aku guna bila perlu je.
Review diffuser Young Living
Lepas dah guna lebih 2 tahun ni boleh la aku review sikit tahap ketahanan diffuser jenama young living ni. Aku perasan lepas setahun lebih nak dekat 2 tahun usia diffuser ni, aku rasa macam dah kurang bau bila diffuse. Aku suspect sebab dah immune ke apa dengan essential oil. Aku tak diffuse hari-hari pun tapi rasa macam tak ada fungsi bila guna diffuser so aku stop guna. Aku search juga dekat youtube dan google cara cuci diffuser sebab kot la memang diffuser ni dah jahanam ke apa. Pastu aku sembang dengan sorang kenalan ni pun complain benda yang sama. Dia rasa diffuser YL ni tak tahan tapi dia lagi la baru kot beli. Macam aku logik la sebab dah lama juga berjasa sebelum rasa tak berfungsi ni.
Cara cuci diffuser Young Living
Diffuser ni tak murah tau sebab harga ratus juga so bagi aku kena la berbaloi dengan harga kan. Kena la ambil tahun cara betul nak bagi diffuser ni tahan lama. So aku share juga apa yang aku tahu. Kalau ada yang salah boleh komen dekat bawah tau. Ni hasil aku tanya orang dan juga hasil yang aku jumpa lepas buat research.
1) Setiap kali lepas guna buang saki baki air dan lap kering guna kain cotton atau tisu - okay yang ni memang aku buat tapi kadang-kadang lupa juga
2) Diffuse air kosong tanpa letak sebarang eo - yang ni aku cuba juga tapi entah la.. bila orang suruh aku cuba je
Lepas dah buat tu semua pun aku rasa macam sama je diffuser aku macam tak berfungsi. Diffuse letak banyak eo pun tak ada bau stress juga. So cara terakhir aku buat adalah buka semua diffuser ni seperti dibawah
3) Buka diffuser dan cuci habuk
Ni terpulang nak cuba ke tidak sebab aku tengok dekat celah lubang tu berhabuk. Oleh sebab alang-alang diffuser ni dah lama dan tak berfungsi sangat so aku berani la nak buka. hahahha.. Kalau salah ke makin rosak sila tanggung sendiri. hahah
Dengal ilmu teknikal yang tak seberapa ni aku guna la untuk buka ni. Jangan ganas sangat tau. Sebab komponen dalam ni kecil sangat.
Tengok board ni macam okay. Bawah board ni ada kipas so buka lagi board ni pula. Pastikan skru tak hilang ye sebab skru berbeza saiz ni.
Part kipas ni ada ketulan habuk. Aku guna cotton bud cuci kipas tu. Walaupun tak la setebal mana habuk tapi cuci je la kan. Cuba je mana yang boleh dari buang terus diffuser ni. Nak beli baru pun takde dana la. Ingat murah ke? hahahha
Dan hasilnya................ diffuser ni berfungsi balik okay. Siap harum semerbak. Aku bawa test dekat meja pejabat aku. Jimat dah tak perlu beli baru. Eksperimen akhirnya berjaya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.athirahassin.com/2018/12/cara-cuci-diffuser-young-living.html