Cara Claim Insurans Etiqa Takaful Bagi Cermin Hadapan Kereta Wira Yang Retak
Gambar hiasanAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Lama sudah admin tak posting dalam blog. Kali ini admin ingin berkongsi pengalaman buat tuntutan cermin kereta baru dengan syarikat insurans. Bagi yang pernah buat insuran sendiri bagi kenderaan persendirian, mungkin anda tahu bahawa cermin hadapan kereta kita boleh dilindungi oleh insurans kereta yang kita sertai tanpa menjejaskan NCD anda.
Syarikat insurans admin adalah Etiqa Takaful dan kerete admin mempunyai perlindungan tambahan bagi cermin hadapan kereta.Bagi perlindungan tambahan bagi cermin hadapan kereta, admin telah membayar RM 70 setahun bagi nilai perlindungan RM 450 untuk cermin kereta admin.
Baru-baru ini pada 12 September 2017 admin telah ke Ipoh untuk menukar cermin hadapan kereta admin telah lama retak.Tak perasan bagaimana punca keretakan berlaku. Dalam kepala memang dah memikirkan berapakan harga cermin hadapan kereta jika nak tukar yang baru.
Apa yang diperlukan untuk claim insuran atau takaful sekiranya cermin hadapan kenderaan retak atau pecah?
Cover Note Insuran atau TakafulSalinan Geran KeretaSalinan IC
Sediakan 3 dokumen di atas, anda bolehlah pergi ke panel bengkel cermin kereta bagi jenis insurans anda. Kebiasaaanya antara kedai-kedai cermin kereta yang popular adalah Dr Cermin dan lain-lain bergantung kepada jenis syarikat insuran atau takaful yang anda ambil.
Dalam situasi admin, harga cermin bagi kereta proton wira original admin adalah RM 500 tetapi perlindungan yang pihak Etiqa Takaful diberikan hanyalah sehingga RM450 sahaja. Jadi admin perlu tambah RM50 secara tunai kepada bengkel cermin tersebut.Panel bengkel cermin yang admin pilih adalah Eng Full windscreen Specialist di Ipoh. Tokey bengkel cukup peramah dan layanan memang memuaskan.
Pemasangan cermin siap dalam masa lebih kurang 2 jam. Waranti bagi pemasangan cermin ini biasanya dalam beberapa bulan sahaja (kurang dari 6 bulan) dan sekiranya terdapat sebarang kebocoran anda perlu bawa kereta anda ke kedai semula untuk diperbaiki.
Pihak bengkel akan buat lingkaran keretakan untuk tujuan bukti rekod bergambar untuk tuntutan insurans.
Proses menanggal cermin yang retak untuk digantikan yang cermin yang baru.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://8vertising.blogspot.com/2017/10/cara-claim-insurans-etiqa-takaful-bagi.html