Cara Cara Blog Nak Capai Lebih 100 Ribu Pageview Sehari
Cara Blog Nak Capai 100 Ribu PV Sehari. Alamak! Tengokkan angka tu macam pelik je, kan? Bolehkah kita lakukannya dengan duduk goyang kaki. Cukup dengan ping sana ping sini dah boleh capai 100 ribu PV sehari? Begitulah kepala yang waras dok fikir, macam mana nak capai 100 ribu PV sehari dengan amat berjaya sekali!
Lainlah kalau anda seorang artis terkenal macam Dato' Siti. Post gambar kat IG je, tak sampai seminit dah 10K yang LIKE (suka...), kalau orang biasa macam anda semua, macam saya seorang blogger part time ni...macam mana nak capai PV LEBIH 100 ribu sehari.
Cara-Cara Blog Nak Capai Lebih 100 Ribu Pageview SehariDalam ulasan di bawah, saya tidak cerita tentang teknikal buat blog yang boleh capai pageview lebih 100 ribu sehari sebaliknya saya terus pilih cara-cara bagi blogger yang sudah lama berblog. Bukan pemula atau beginner ya...harap maklum.
Cara-Cara Blog Nak Capai Lebih 100 Ribu PV Sehari
Setelah berbulan buat survey, blogwalking, memerhati, tengok gaya penulisan blog-blog yang berjaya capai lebih 100 ribu PV sehari, maka saya kongsikan cara nak mencapai hasrat dan anganan tersebut agar dapat direalisasikan.
Mari sama-sama kita buat, nak?
1. Buat Blog Masakan Sepenuhnya
Yang ini memang pasti! Nak saya sebutkan blog yang capai lebih 100 ribu PV sehari? Ala...anda semua kenal. Dia orang blogger masakan sepenuh masa. Blog dia orang tulis pasal masakan je...ada juga yang part time blogger tapi berjaya jugak kerana blog mereka tulis satu benda yang memang jadi kegilaan rakyat Malaysia iaitu makan. Mereka yang saya maksudkan adalah blogger Mat Gebu untuk blog TIFFINBIRU. Setiap kali jengah blog dia, pembaca online mesti 100 orang ke atas. Terror, kan?
Lagi satu blog masakan AZIEKITCHEN. Owner dia Puan Azie. Dia blogger separuh masa. Tetapi minat dan pandai memasak. Pembaca online blog dia pada sesuatu masa biasanya cecah 400 orang lebih, dan setakat hari ni pageview dah cecah lebih 86 juta, kalau tak silap.
Blog masakan AZIE KITCHENAda lagi satu blog masakan iaitu AZLITAMASAMMANIS. Blog masakan popular ini dimiliki oleh seorang wanita juga iaitu puan Ieta. Dalam sesuatu masa ada lebih kurang 200 - 300 pembaca sedang online. Banyak kan? Kalau blog saya pernah capai 110 pembaca online pada sesuatu masa terutamanya dalam bulan puasa. Haha...dapat tempias orang cari resepi..., kalau maintain pembaca online sentiasa 100 orang ke atas dalam tempoh 24 jam, memang confirm satu hari pageviews boleh cecah lebih 100 ribu.
2. Buat Blog Hiburan Sepenuhnya
Bila sebut blog hiburan apakah yang terlintas di fikiran anda? Bagi saya blog ROTIKAYA yang saya ingat sebab blog ini antara blog yang kemas kini ststus artis yang sememangnya di cari oleh pencinta dunia hiburan tempatan. PV sesuatu masa blog ini cecah 1000 pembaca online. Terutamanya jika ada isu hangat sedang berlaku dalam industri hiburan.
3. Buat Blog Politik Seram SepenuhnyaPolitik seram maksudnya blog politik yang anti arus perdana. Senang kata bukan blog yang sokong kerajaan. Contohnya blog MALAYSIAKINI, blog-blog NGO dan sebagainya. Sebagai pembaca, kita harus pandai pilih bahan bacaan yang boleh buat kita semakin matang, bijak dan baik. Kalau membaca sesuatu artikel boleh buat kita marah, busuk hati, dendam, jadi lebih bodoh...baik lupakan.
Ada juga blog-blog politik seram yang pro-kerajaan yang menjadi popular seperti blog PAPAGOMO (mungkin dah kena ban), AnakSungaiDerhaka dan lain-lainnya. Dalam sesekali jenguk blog mereka, memang ada pembaca sedang online lebih 100 orang.
4. Beli blog yang berbayar dengan SEO built in sepenuhnya
Anda boleh lihat di blog panduanmalaysia. Blog tersebut beli template tersebut siap dengan ciri ciri SEO yang padu. Lama dah saya follow blogger ni, dulu blog dia nama PERLING PUTIH. Masa guna blogspot pun saya dah nampak kepakaran dia, selalu post dia ada kat 1st page enjin carian Google. Kebanyakan tentang panduan semasa. Cara dia buat entry pun sempoi je, tak payah panjang lebar tapi boleh naik index Google dengan cepat.
Laporan di atas saya print screen dari blog panduan malaysia pada 13/9/2016 pukul 8:54 pagi. Sedang online ada 192 orang. Kadang-kadang bila saya jenguk pukul 2 - 3 petang boleh cecah 500 orang sedang online.
5. Mesti memiliki FB Page Yang ada keahlian Lebih 100 ribu
Cuba korang tengok ROTIKAYA ada berapa ramai yang like FB Page dia? 3000 ke? 300 ribu ke? Bukan ya...tapi 3 juta lebih. Sekali Rotikaya post entri aje, boleh terus dapat 28 ribu LIKE. Pageview macam ini memang cecah jutaan sehari...
So, memiliki group fan page yang ramai ahli amat mempengaruhi jumlah pageviews blog mereka.
6. Faktor Viral & Trending
Dalam zaman IT dan media sosial di hujung jari, semuanya boleh di siarkan di mana-mana dalam 5 saat. Dan, jika sesuatu isu itu menimbulkan kemarahan, lagi mudah nak VIRAL. Inilah kuasa Viral & trending yang dimainkan oleh pengguna media sosial samada Twitter, Facebook, Instagram, Googleplus dan sebagainya. Namun berhati-hati jika memuat naik status di media sosial kerana ia boleh jadi terburuk atau sebaliknya dalam kehidupan anda.
Namun mesti berhati-hati dengan kuasa VIRAL yang secara umumnya saya lihat amat mempengaruhi situasi menjadi lebih buruk jika tidak ditangani dengan betul.
Haha!
Percaya ke dengan apa yang saya tulis kat atas tu? Kalau tak percaya anda pergi lawati blog-blog yang saya senaraikan di atas. Bayangkan dalam sesaat je berapa ramai yang online di blog mereka. Anda akan tahu berapa ratus ribu pageviews mereka dapat dalam sehari. Lebih dari 100 ribu, ok...
Itulah realitinya dunia zaman sekarang.
Selamat membaca
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2016/09/cara-cara-blog-nak-capai-lebih-100-ribu.html