Cara Bypass Tethering Hotspot Unlimited Data Untuk Yes 4g Dan Umobile
Mempunyai pakej data seperti YES 4G dan Umobile tanpa had (unlimited) sememangnya menjadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi trend pengguna kini yang lebih gemar menonton video secara atas talian. Namun limitasi untuk hotspot kepada komputer riba benar-benar menjengkelkan. Jadi saya sediakan cara bagaimana untuk bypass tethering hotspot untuk pelan unlimited data supaya anda lebih selesa.
Mengapa perlu Bypass tethering hotspot?
Jika anda pengguna internet yang menggunakan pelan data tanpa had (unlimited plan data) untuk kegunaan seharian akan tetapi tidak boleh menggunakan desktop untuk urusan harian, maka cara bypass tethering hotspot ini untuk anda.
Saya antara pengguna tegar yang menggunakan internet hampir 16 jam sehari dan 150GB sebulan. Kerjaya sebagai pengaturcara benar-benar memerlukan saya untuk sentiasa berhubung dengan dunia maya sebagai tempat rujukan dan hiburan. Pelan data apakah yang boleh memenuhi keperluan saya ini?
Tiada…
Yang ada di pasaran pun setakat versi geli-geli dengan harga yahudi. Siapa lagi nak pakai 20GB sebulan? Mengarut. Jadi saya terpaksa menghabiskan sekitar RM150-RM200 untuk pakej data sahaja (sebelum saya pakai unifi). Nampak macam tak ada apa, tapi setiap kali habis data topup, kemudian topup lagi dan lagi menyebabkan saya ambil langkah drastik sebagai alternatif.
Jadi saya bypass tethering supaya saya boleh menggunakan pakej data tanpa had dengan menggunakan desktop. Selepas daripada itu kos saya cuma RM30 sahaja sebulan. Banyak gila jimatnya.
Bypass tenthering dengan PdaNet+
Anda boleh gunakan aplikasi yang bernama PdaNet+ dimana anda boleh menggunakan data unlimited tanpa had dan ianya tidak hanya pada telefon bimbit anda sahaja, sebaliknya turut pada dekstop anda. Tethering juga boleh dilakukan menerusi wifi hotspot atau menerusi usb tethering. Bagaimanakah caranya?
Cara-cara menggunakan PdaNet+
1. Muat turun aplikasi PdaNet+
PdaNet+ di Google Playstore
Pertama sekali anda perlu muatturun PdaNet+ di telefon bimbit anda. Tidak perlu risau, PdaNet+ ini boleh dimuat turun di Google Play Store sahaja tanpa memerlukan anda untuk memuat turun apk luar. Saya ada lampirkan sekali pautan untuk anda.
Muat turun PdaNet+ : Muat turun
Pasangkan aplikasi ini di telefon bimbit anda dan pastikan ia tersedia untuk digunakan.
Buat pengetahuan anda, jika anda muat turun PdaNet+ sahaja di telefon bimbit, kemungkinan besar masa penggunaan akan terhad. Sambungan tether hotspot anda akan disconnect setiap 1 jam sekali. Disebabkan kita memerlukan PdaNet+ full version, jadi anda perlu ikuti langkah kedua.
2. Muat turun aplikasi Foxfi Key
Seterusnya anda perlu muat turun pasangan kepada pdaNet+ iaitu Foxfi Key. Menerusi aplikasi ini, ia membenarkan anda untuk menerusi PdaNet+ full version secara percuma. Saya sediakan sekali laman web untuk muat turun aplikasi ini.
Muat turun Foxfi Key: Muat turun
Apa yang anda perlu buat hanyalah dengan muat turun aplikasi ini sahaja. Selepas muat turun, cuba buka kembali PdaNet+. Aplikasi anda akan menjadi full version secara automatik. Selesai dibahagian telefon bimbit, seterusnya dibahagian PC pula.
3. Muat turun aplikasi PdaNet+ versi PC
Muat turun perisian untuk windows
Langkah terakhir adalah dengan mempersiapkan PC anda dengan PdaNet+ client. Caranya ialah anda perlu ke laman web rasmi penyedia perkhidmatan tersebut dan muat turun aplikasi versi desktop di PC anda. Pautan ada disediakan di bawah
Muat turun PdaNet+ versi Desktop: Muat turun
Proses pemasangan adalah seperti biasa. Selesai pemasangan di PC anda, maka anda boleh mulakan sambungan internet anda dengan aplikasi telefon bimbit anda.
Anda boleh menyambut dengan fungsi WiFi direct hotspot atau menerusi USB Tether. Tapi saya sangat menggalakkan anda untuk membuat sambungan menerusi USB Tether untuk prestasi yang maksima.
Selamat mencuba
Baiklah itu sahaja artikel berkaitan cara sambungan VPN ke PC menerusi cara tether WiFi atau USB. Terima kasih kerana sudi membaca. Diharapkan menerusi perkongsian ini, ianya dapat membantu anda untuk melakukan penjimatan pelan internet anda. Jika terdapat sebarang persoalan, anda boleh ajukan diruangan komen ini. Selamat mencuba.
Baca juga: Phone Hilang? Ini Tip Mudah Mengesan Peranti Anda
Baca juga: Dota Plus Overwolf: Perisian yang menganalisis permainan Dota 2 anda
The post Cara bypass tethering hotspot unlimited data untuk YES 4G dan Umobile appeared first on Azmir Shah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://azmirshah.com/cara-bypass-tethering-hotspot-unlimited-data-untuk-yes-4g-dan-umobile/