Cara Buat Permohonan Dan Pembaharuan Passport Online Dan Walk In
Sebelum COVID-19, permohonan pasport dan pembaharuan (renew) pasport boleh dibuat secara walk in. Datang terus, ambil nombor giliran, tangkap gambar, buat bayaran dan akan dapat selepas 1 jam.
Sejak 11 May 2022, selepas PKP urusan permohonan pasport dan pembaharuan (renew) pasport boleh dibuat secara dalam talian (online)
buku merah jangan lupa bawa
Cara buat passport online secara onlinePermohonan secara online untuk yang berumur 13 tahun ke atas sahaja
1. Pergi ke laman web imigresen online (https://www.imi.gov.my/)
2. Lengkapkan borang dan upload gambar passport mengikut spesifikasi yang diberikan
Nota penting:Ambil gambar kat kedai gambar kena cakap untuk buat passport online, jangan cakap nak buat gambar passport sebab nanti tak ada sofcopynya macam mak mentua saya. Terpaksa pergi kedai semula ambil gambar baru.
Ada juga cuba ambil gambar dari gambar kedai dengan menggunakan handphone tapi tak menepati KPI gambar yang dikehendaki. Lebih baik jangan ambil gambar sendiri sebab peluang permohonan nak diterima tu tipis ye. Dah cuba berkali kali tetap ada je yang tak tak kena.
Kalau umur anak 18 tahun kebawah kena upload surat beranak yang file saiz 220KB. Lebih dari itu tidak diterima sebab file saiz besar. Boleh gunakan scan dari printer/ scanner baru melepasi saiz file dikehendaki
3. Terus buat pembayaran dalam talian sebanyak RM200
Masa nak bayar jangan salah isi username/ password bank sebab kalau salah lepas tu nak bayar semula dia suruh tunggu sebentar. Melambatkan urusan
4. Tunggu emel permohonan lulus dahulu untuk pengambilan passport. Ini contoh emel LULUS permohonan pasport online mak mentua
Kalau tak dapat email selepas 3 hari, boleh datang ambik kat pejabat terus.
5. Print resit dan bawa ke tempat pungutan pasport yang dipilih.
6. Bawa RESIT, IC & PASSPORT LAMA.
7. Ambil nombor giliran, tunggu nombor dipanggil dan pegawai imigresen akan semak dan lihat gambar online yang telah diupload
8. Jika tiada masalah turunkan cap jari. Jika gambar tidak memuaskan perlu ambil gambar semula di kaunter. Untuk memudahkan lagi urusan, pakailah pakaian dan tudung yang bersesuaian.
9. Tunggu dalam masa 1 jam dan letakkan resit di kaunter serahan.
Cara buat passport online secara walk-inKanak-kanak dibawah umur 13 tahun tak boleh buat online. Jadi, kena walk-in. Begitu juga dengan golongan OKU, pelajar nak sambung belajar dan jemaah haji
Yang boleh walk in:
1. Warga emas
2. Pertama kali buat pasport
3. Kanak-kanak 12 ke bawah
4. Passport rosak
5. Jemaah Haji
6. melanjutkan pelajaran ke luar negara (overseas)7. OKU
1. Ambil nombor giliran dan dokumen haruslah lengkap samada untuk mohon baru atau renew
Sijil Surat Beranak (Asal dan Salinan)Mykid anak (Asal dan Salinan)IC mak @ ayah (Asal dan Salinan)Passport lamaGambar hardcopy anak (bergantung pada tempat). Ada yang kata jabatan imigresen lain, 2 tahun ke bawah je hardcopy. Yang lain ambil gambar kat kaunter. Ada juga yang kongsi anak dia baby pon kena amik gambar kat kaunter. Boleh sediakan awal-awal untuk memudahkan urusan jika diperlukan nanti. Dah dapat nombor giliran tunggu untuk dipanggil dan bagi semua dokumen yang dikehendaki. 2. Kemudian tunggu lagi nombor dipanggil untuk buat pembayaran iaitu RM100.
3. Sediakan kad debit/kredit sebab pembayaran adalah CASHLESS.
4. Kemudian dalam masa 1 jam tunggu untuk pungutan passport. Anak kena ada juga masa nak pungut pasport untuk turunkan cap jari di pasport.
Begitulah cerita dia cara buat permohonan dan pembaharuan passport online dan walk in. Ikut mana yang sesuai dan lebih mudah. Buat online nampak mudah tapi bab nak upload dokumen dan gambar tu agak complicated kalau tak memenuhi standard. Kalau tak tahu nak upload dan scan bagai memang susah sikit. Lepas tu permohonan online kena tunggu selepas 3 hari baru siap
Cerita pasal pasport, baru teringat pasport dah mati terkubur setahun lebih dah. Kalau renew pasport pun entah bila nak merentas negara entah. Biarlah dulu.
Kali terakhir rentas negara April 2016 selepas renew. Kemain jauh renew kat Kajang masa tu sebab kat situ cepat siap katanya. Memang cepat siap.
Buat masa ni kita merentas negeri dulu lah ye. Itupun tak tentu masanya. Ada bajet dan ada masa tu boleh lah. Rancak masing masing buat pasport dan renew pasport nak merentas negara sampai sesak imigresen dan UTC
sumber info : Oh My Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/08/cara-buat-permohonan-dan-pembaharuan.html