Cara Buat My Goals Dengan Cimb Clicks
AssalamualaikumBismillah
Baru-baru ini aku ada terbaca kat facebook tentang satu bahagian pada Cimb Clicks yang kita boleh simpan duit setiap bulan yang dipanggil "My Goals". Aku perasan juga sebenarnya cuma tak pernah ambik tahu pun.
Nak tekan pun takut-takut, manalah tau duit dalam bank tiba-tiba lesap ke. Kalau korang dah bosan nak main kutu dengan manusia, bolehlah guna cara ini. InsyaAllah selamat. Yang penting ada akaun cimb dan duit di dalam.
Apa yang best pasal "My Goals" ini korang boleh tulis matlamat korang nak menyimpan ini sebab apa? Nak travel, beli emas, beli part kereta, bayar roadtax ke dan macam-macam lagi lah. Korang boleh set amaun berapa banyak duit setiap bulan.
Cimb akan automatik tolak duit dari akaun korang. Apabila dah sampai tempoh yang telah ditetapkan, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke dalam akaun bank kita. Tiadalah kes duit hilang, mak kutu lari ke. InsyaAllah selamat
Aku pun baru sahaja mula haha. Target aku nak kumpul duit kahwin lah konon. Manatau kan rezeki kahwin tahun ini haha. Ataupun time emergency bolehlah guna. So set lah ikut matlamat korang sendiri.
Ikuti Cara Buat "My Goals" Dengan Cimb Clicks di bawah (rujuk gambar)
1. Korang buka apps Cimb Clicks (kat smartphone) korang.
2. Klik Accounts (petak hijau). Setelah itu, korang akan jumpa "My Goals". Klik saja.
3. Kalau belum create goals klik saja OK.
4. Kemudian pilih category. Dalam tu ada banyak contoh tujuan seperti travel, rainy day, shopping, health & fitness dan others. Tulislah matlamat korang nak apa.
Pilih kategori apa korang nak. Tak payah nak serious sangat, pilih je apa-apa pun.
5. Pada bahagian Goal Target tu pula berapa target korang nak menyimpan.
6. Contoh macam aku sendiri sebagai permulaan RM300 (starting from Jan - June). Aku simpan tak banyak, at least adalah. Nanti dah cukup tempoh bolehlah aku keluarkan dan simpan di ASB kan. haha~
Aku boleh saja transfer terus ke ASB masalahnya. Aku pandai keluarkan balik. Aihh tak berdisiplin betul.
7. Seterusnya, pada bahagian Auto Contribution dia akan auto tetapkan berapa amaun setiap bulan berdasarkan Goal Target aku tadi. Jadi setiap bulan pihak Cimb Bank akan tolak RM50 daripada akaun aku.
8. Double check semua details dulu, kalau okay, dah puas hati, bolehlah klik proceed.
Tadaa.. siap! Tabung kahwin aku. Hahaha~ Simpan ikut kemampuan saja. Apabila goal dah tercapai korang boleh ambil balik duit tu dan akan dimasukkan semula dalam akaun. Terus jadi kaya dengan usaha sendiri gitu. yeaayy
Senang saja. Korang boleh cuba. Ada juga yang kata bagus simpan kat ASB sebab ada dividen atau Tabung Haji ke. Aku memang ada menyimpan juga kat ASB.
Tetapi ASB sekarang pun dah boleh transfer dan keluarkan secara online. Jadi susah kadang pandai terguna tu duit. Nanti dah capai goals bolehlah transfer sekali ke ASB.
Aku tak berani nak keluarkan kalau guna "My Goals" ini sebab ada yang kata kena potong duit korang. So, lagi selamat dan berdisiplin lah aku nak main kutu ni. hehe
Apapun selamat mencuba~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2021/01/cara-buat-my-goals-dengan-cimb-clicks.html