Cara Buat Link Whatapps Direct Ke Chat Anda
Setiap pemilik akaun whatsapp kini tidak perlu memberikan nombor telefon kepada orang lain. Hanya perlu ketahui cara buat link whatapps kerana disitu terdapat pendekatan yang lebih pantas dan mudah untuk menghantar mesej secara langsung, iaitu dengan membuat link whatapps. Bagaimana untuk membuat link whatsApp? Di sini, kami akan memberikan panduan langkah demi langkah. Sila ikuti penjelasan dalam artikel ini hingga selesai.
Telegram pelbagai informasi mengenai kerjaya, bahan pendidikan dan makluman rasmi dari kerajaan:
SISTEM GURU ONLINE
Cara Buat Link Whatapps : Kepentingan Membuat Link WhatsApp
Jika anda seorang peniaga dalam talian, kebolehan untuk mencipta link WhatsApp yang khusus kepada nombor telefon anda akan menyediakan kemudahan yang besar. Sebagai contoh, semasa anda mempromosikan produk di platform seperti facebook, tiktok, youtube dan lain-lain platform anda boleh menyertakan link yang membolehkan pelanggan atau bakal pembeli menghubungi anda terus melalui WhatsApp.
Apabila mereka mengklik pautan tersebut, aplikasi WhatsApp pada telefon mereka akan dibuka secara automatik, memudahkan mereka untuk menghantar mesej kepada anda. Yang terbaiknya, mereka tidak perlu menyimpan nombor telefon anda terlebih dahulu sebelum boleh berhubung dengan anda.
Proses ini amat memudahkan, memberi keselesaan kepada pelanggan anda dan memudahkan anda dalam berurusan dengan mereka. Jadi, dengan cara buat link whatapps khusus, anda boleh meningkatkan kemudahan dan keterlibatan pelanggan dalam perniagaan dalam talian anda secara mudah.
Panduan Mudah Cara Buat Link Whatapps
Pautan WhatsApp adalah alat yang berguna untuk memudahkan orang menghubungi anda tanpa perlu menyimpan nombor telefon anda. Terdapat beberapa cara untuk membuat pautan WhatsApp yang mudah dan berkesan. Berikut adalah langkah-langkahnya:
Gunakan Pautan Rasmi WhatsApp
Untuk pengetahuan umum, WhatsApp sebenarnya telah menyediakan fungsi pembuatan pautan WhatsApp. Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya terhad kepada pengguna WhatsApp Business sahaja.
Untuk pengguna WhatsApp Business, WhatsApp menyediakan fungsi pembuatan pautan WhatsApp rasmi.
Buka aplikasi WhatsApp Business anda.
Ketuk “Settings” (Tetapan).
Pilih “Business Settings” (Tetapan Perniagaan).
Tekan “Short Link” (Pautan Pendek).
Salin pautan yang dihasilkan dan kongsi di media sosial atau laman web anda.
Cara Buat Link Whatapps
Gunakan Wasap.my
Jika anda tidak menggunakan aplikasi WhatsApp Business, anda boleh memanfaatkan perkhidmatan yang diberikan oleh laman web wasap.my.
Wasap.my berperanan sebagai perkhidmatan pemendek pautan dan penggunaannya amat mudah. Sila ikuti langkah-langkah berikut:
Jika anda tidak menggunakan WhatsApp Business, anda boleh menggunakan laman web wasap.my yang berfungsi sebagai pautan pendek WhatsApp.
Lawati https://www.wasap.my/.
Tambahkan “/” diikuti dengan kod negara dan nombor telefon anda. Contohnya: https://wasap.my/60198734605.
Salin dan kongsi pautan tersebut di media sosial atau laman web.
Cara Buat Link Whatapps
Buat Pautan Menggunakan Whatapps.link
Anda juga mempunyai pilihan untuk mencipta pautan WhatsApp tanpa perlu mendedahkan nombor telefon anda, sebagai langkah berjaga-jaga terhadap isu keselamatan dan potensi penipuan.
Langkah-langkahnya mudah. Cukup pergi ke laman web yang tersedia di bawah untuk mencipta pautan:
Untuk melindungi nombor telefon anda, anda boleh menggunakan perkhidmatan wa.link.
Lawati https://create.wa.link/.
Ikuti langkah-langkah yang disediakan di laman web tersebut untuk mencipta pautan WhatsApp yang selamat.
Cara Buat Link Whatapps
Maklumat Tambahan
Bonus: Buat link pendek
Pendekkan Pautan dengan bit.ly: Bagi membantu anda membuat link WhatsApp pendek, anda terlebih dahulu perlu lawati bit.ly dan daftar atau log masuk. – Masukkan link WhatsApp anda, dan ia akan dipendekkan secara automatik. – Gunakan link pendek itu untuk dikongsikan di media sosial atau blog.
Pendekkan Link & Cara Buat Link Whatapps
Pendekkan Pautan dengan Ow.ly : Dengan website Ow, anda juga boleh pendekkan sebagaimana biy.ly berfungsi. Ikuti step yang telah ditetapkan dan masukkan link whatapps anda bagi memendekkan link anda.
Pendekkan Link & Cara Buat Link Whatapps
Dengan menggunakan salah satu daripada cara di atas, anda boleh telah mendapat memberi kemudahan kepada pelanggan atau orang yang ingin menghubungi anda melalui WhatsApp tanpa perlu menyimpan nombor telefon anda terlebih dahulu. Pemilik perniagaan dalam talian dan sesiapa yang ingin memudahkan proses komunikasi boleh mendapatkan manfaat daripada pembuatan link WhatsApp yang mudah ini. Semoga panduan ini bermanfaat!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/10/cara-buat-link-whatapps.html