Cara Buat Kek Mini Hokkaido Super Lembut Memang Sedap


Kalau inginkan kek yang sedap dan lembut tapi dalam saiz kecil/mini, boleh cuba resipi kek mini Hokkaido ini. Memang sedap!
Setiap suapan yang masuk dalam mulut, pasti nikmat dengan inti filling kastard yang ada di dalamnya.
Resipi yang dikongsikan Sarihah Ismail ini, pasti menambat hati kerana teksturnya yang lembut dan cukup rasa manis serta wangi.
 
KEK MINI HOKKAIDO

BAHAN-BAHAN:
4 biji putih telur
4 biji kuning telur
4 sudu besar gula halus
3 sudu besar gula
½ cawan susu cair
5 sudu besar minyak masak
½ cawan tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung/kastard*
½ sudu kecil baking powder*
(ayak bahan bertanda *)
TONTON Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera
TONTON Macaron Teh Tarik
CARA-CARA:
1. Pecahkan 4 biji putih telur (kuning telur letak dalam bekas lain).
2. 4 sudu besar gula halus (mixer kan sampai meringue dan letak tepi dulu yang meringue). Pastikan meringue tu jangan ada bercampur dengan sedikit air atau kuning telur. Nanti tak menjadi pula adunan.

3. Kacau-kacau 4 biji kuning telur dengan 3 sudu besar gula menggunakan whisk (godek-godek macam tu je).
4. Masukkan susu cair (boleh guna dutch lady) dan minyak masak. Sambung kacau guna whisk sampai sebati.

5. Masukkan tepung gandum, tepung jagung/kastard dan baking powder ke dalam adunan susu tadi. Kacau-kacau guna whisk.
6. Masukkan adunan putih telur. Kacau-kacau sampai sebati.
7. Panaskan ketuhar terlebih dahulu dalam.masa 10 minit, suhu 170C.

8. Masukkan adunan ke dalam bekas/acuan. Bakar di dalam ketuhar, gunakan api atas bawah pada suhu 160C selama 20 minit.
9. Kek akan betul-betul masak jika lidi yang dicucuk bersih dan tiada lekatan.
BAHAN FILLING:
1 sudu marjerin
200ml susu cair
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar kastard
1 biji telur
4 sudu besar gula

CARA-CARA:
1. Panaskan dulu marjerin bersama susu cair untuk cairkan marjerin.
2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, telur dan gula. Masak je semua. Pastikan sentiasa kacau guna api kecil.

NOTA:
*Jangan masak terlalu lama, nanti jadi keras. Cukup sekadar sedikit pekat / likat.
*Buat lubang di bahagain tengah kek menggunakan chopstick. Kemudian, pipe filling kastard tadi.
*Guna telur gred A untuk dapat banyak adunan.
*Tabur gula ising untuk hiasan
Kredit: Sarihah Ismail
 
The post Cara Buat Kek Mini Hokkaido Super Lembut, Memang Sedap! appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/06/cara-buat-kek-mini-hokkaido-super.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kek Batik Versi Lembut Kenyal Memang Sedap Rasanya

Resipi Kek Batik Versi Lembut Kenyal Memang Sedap Rasanya

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 257 hits
Penggemar Kek Batik harus cuba resipi Kek Batik lembut dan kenyal perkongsian saudari Mawar Wilsa ini Kata beliau resipi yang dicuba dari saudari Faridzoh mempunyai tekstur yang sangat enak dan lain dari yang lain Sedap Anak anak pun suka s...
Goreng Ikan Rangup Cara Orang Dulu Dulu Memang Sedap

Goreng Ikan Rangup Cara Orang Dulu Dulu Memang Sedap

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 205 hits
Anda ada masalah bila goreng ikan sering kali tak cantik dan tak garing Boleh ikut petua ni kalau nak elok kejadian ikan yang digoreng Makan dengan nasi panas panas ada sambal belacan budu ulam ulaman dan petai pergh memang cukup nikmat IKA...
Cara Masak Simple Menu Nasi Ayam Briyani Memang Sedap

Cara Masak Simple Menu Nasi Ayam Briyani Memang Sedap

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 310 hits
Cuaca sejuk dan hujan ni sedap bila dapat makan hidangan yang menyelerakan seperti Nasi Ayam Briyani ni Cara masak pun mudah je Inilah namanya menu simple yang berperisa Menurut tuan kongsi resipi ini Aisyah Humaira dia olah mengikut bahan ...
Lunch Ke Dinner Ke Memang Sedap Kat A J Burger Grill Sungai Buloh

Lunch Ke Dinner Ke Memang Sedap Kat A J Burger Grill Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 167 hits
Assalamualaikum Kita story pasal makan lagi la kan Ikutkan selalu je makan kat A J Burger Grill Sungai Buloh sebelum PKP Ingat lagi last datang sini bulan Mac 2020 bawa Thaqif lepas operate buang 5 batang gigi Lepas tu dah tak datang lagi o...
Sukatan Kena Tepat Ini Rahsia Bancuhan Kopi Jadi Lagi Sedap Macam Kopi Mewah Memang Power

Sukatan Kena Tepat Ini Rahsia Bancuhan Kopi Jadi Lagi Sedap Macam Kopi Mewah Memang Power

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 170 hits
Bagi penggemar kopi tanpa secawan kopi panas setiap hari pasti rasa seperti tidak lengkap Apa kata kali ini anda buat sendiri di rumah dengan perkongsian resipi pekerja dari restoran kopi mewah Penggemar kopi Tak dinafikan ramai antara kita...
Bake Cheese Cakes Moist Mewah Dengan Rasa Cheese Memang Sedap

Bake Cheese Cakes Moist Mewah Dengan Rasa Cheese Memang Sedap

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 183 hits
Ramai peminat kek ni paling viral dan sedap sangat Kalau korang jenis suka kek yang ada cheese elok sangat cuba dan mudah je membuatnya Biasa jual di kafe dan hotel mahal lepas ni buat di rumah pun boleh Baked Cheese CakeBase300g oreo bisku...
4 Resipi Mudah Masak Soto Laksa Memang Sedap

4 Resipi Mudah Masak Soto Laksa Memang Sedap

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 233 hits
Menu soto dan laksa hidangan paling sesuai untuk menggantikan nasi Sedap dan juga mengenyangkan Sesuai dimakan pada bila bila masa saja lagi lagi sarapan dengan soto dan laksa memang terangkat Soto dan laksa sajian kaya rempah dan berperisa...
5 Resipi Petua Tip Cara Hasilkan Kuih Pau Yang Gebu Lembut

5 Resipi Petua Tip Cara Hasilkan Kuih Pau Yang Gebu Lembut

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 302 hits
Kuih pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis diuli dan dibentuk bulat serta mempunyai inti di dalam Pelbagai jenis yang ada seperti daging isi ayam coklat mentega kacang kacang merah dan banyak lagi Namun untuk men...
3 Resipi Masak Ikan Patin Cara Mudah Sedap

3 Resipi Masak Ikan Patin Cara Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 319 hits
Bila sebut je ikan patin mesti terbayang ikan patin masak tempoyak Sebenarnya banyak lagi menu lain yang boleh anda cuba Masakan masakan ini juga ternyata sedap dan wajb anda cuba Jadi kami kongsikan 3 menu yang boleh anda masak di rumah Se...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi