Cara Buat Duit Musim Pkpb Covid 19
Hai... Assalamualaikum semua! Apa khabar? Korang sihat? ada ke di antara yang baca blog mommy ni yang kena Covid? Mommy harap tak ada lah yeah... Kalau ada, mommy doakan korang segera sembuh. Ini ujian dan dugaan kita kat dunia ni. Moga kesakitan itu menghapus dosa-dosa kita yang lalu. Setiap kejadian, perkara dan dugaan pasti ada hikmahnya.
Lately ni, kepala mommy selalu serabut. Terlalu banyak benda yang difikirkan. Sejak-sejak PKPB ni, anak-anak memang 24 jam kat rumah je... Masa mommy pun banyak habis mengemas, memasak dan pantau kerja sekolah anak-anak. Mujurlah bulan lepas dah pulun siapkan order-order untuk Mommylin Junior Food. Harapnya bulan ni, boleh lah mommy fokus kat Mommylin Junior Happy pula.
Hampir 5 tahun mommylin berniaga dari rumah. Tapi tak kaya2 kan... hihihi... orang tengok pun pelik. Orang lain, berniaga cukup 3 tahun dah boleh beli banglo, tapi mommy? sale pun ciput.. huhuhu
Sebenarnya mommy tak 100% fokus pada business. Business mommy adalah sampingan. Sambil urus keluarga, rumah dan anak-anak, mommy buat dan jual biskut baby. Niat asal berniaga memang lah nak cari duit, tapi tujuan utama mommy resign adalah nak membesarkan anak-anak sendiri. Tak nak stress dari office di bawa kerumah. Jadi mangsa anak-anak. Mommy seorang yang mudah stress. Mudah naik angin dan mudah beremosi.
Untuk buang perangai tak elok tu, mommy terpaksalah korbankan kerjaya tu. Zaman sekarang ni, korang jangan main-main dengan emosi/stress. Banyak dah kes-kes bunuh diri, bunuh anak dan terbaru bunuh kawan kan. Jadi, berbalik lah kepada Allah.
"Jangan di kejar harta yang takkan pernah cukup. Jangan di kejar bahagia yang sementara dan jangan diikutkan emosi yang memakan diri."
Buang semua tu, dekatkan diri kepada Allah. Insyaallah... Allah bantu kita. Berniaga untung sedikit, tapi ada berkat. Dapat belanja anak-anak dengan duit hasil berniaga.. dapat spend masa dengan anak-anak di rumah. Itu lebih bahagia
Untuk korang yang nak cuba berniaga, tak tahu nak berniaga apa? mommylin boleh bantu. Mommy nak share kan kat korang 2 jenis business yang sangat sesuai untuk ibu-ibu kat luar sana.
Business JUNIOR FOOD
Menjual makanan bayi ni, dah jadi trend sekarang. Zaman 2020 ibu-ibu bekerjaya, urus kerja, urus anak.. Kita nak bagi anak-anak makanan yang sihat, terbaik dan air tangan ibu. Tapi masa membataskan segalanya. Mungkin ada ibu yang sempat siapkan makanan anak, mungkin ada yang tidak. Masalah utama kt Malaysia ni, kalau yang bekerja kat bandar, ibu-ibu kena keluar rumah awal untuk mengelak jem. Sama juga waktu balik. Jem sana sini. Masa banyak terluang di dalam kereta. Bila sampai rumah terkejar-kejar pula nak masak untuk suami dan anak-anak yang lain. Makanan baby lagi.
Bila anak menyusu badan pula, kita dah kena berhenti semua kerja dan fokus susukan anak. Tak mungkin lah ada yang susukan anak sambil memasakkan? hiihhi ke ada? hebat kalau korang boleh buat camtu... ihihih
Masa itu emas. Serius mommy cakap, mommy yang duduk rumah 24jam pun tak cukup masa nak buat kerja office, kemas rumah, masak, tengok homework anak. Jadi, apa kata masa yang kita gunakan untuk masak makanan baby tukar kepada masa bersama anak-anak. Sesi bermesra dengan anak itu lebih afdhal. Atau pun gunakan masa itu untuk mengaji bersama-sama. Menonton TV. ttu
Anak-anak kita membesar, biar dengan kasih sayang ... Jadi, kami di Mommylin Junior Food, nak bantu ibu-ibu yang tiada masa untuk buat snack anak, tak cukup perkakas nak baking, meh kami tolong. InsyaAllah... semua snack kami selamat untuk bayi, sedap dan sihat semestinya... Tanpa tambahan, gula, garam, dan bahan penambah rasa.
Yang ada anak kecil tu, boleh lah membeli sambil berniaga. Sambil bagi anak Makan, kita promot.. mudah je jual ni. Lagi-lagi anak kecil ni, sentiasa ada. Umat nabi Muhammad setiap hari lahir. Korang hanya perlu, keluar modal sikit, dan promot di sosial media korang. Kalau tak ada pun tak pe. Hanya share di wasap story dah cukup. Kalau dah tertulis rezeki kita tak kemana.
Untuk korang yang berminat nak jadi Agent Mommylin Junior Food. Boleh lah whatsapp mommy di link ni ye. www.wasap.my/60183587660/Agent+mommylinjuniorfood Nak chat panjang, nak tanya semua boleh. Korang boleh tengok pakage agent yang mommy bagi ni ye...
Business MOMMY HAPPY
Korang pernah dengar tak nama Mommy happy? Haaa... mana yang tak tahu tu, Mommy Happy ni adalah syarikat yang mengeluarkan bahan bantuan belajar. Buku-buku, education toy dan pelbagai lagi barang dan buku2 viral.
Kita ibu-ibu ni, mesti suka lah bila beli barang untuk anak. Tak kisah lah barang tu, baju ke, mainan atau buku kan? Ini memang perangai ibu-ibu solehah gitu... ihihhi duit gaji pun banyak habis beli macam-macam barang untuk anak, betul tak?
Mommylin dengan Mommy Happy ni, baru je 2 bulan. Apa yang mommy suka, mudah je kita nak jual barang dari Mommy Happy ni. Tak perlu amik stok, dan pos barang. Sistem mereka macam dropship tapi, dapat harga agent dan bonus kalau capai minimum PV. Best kan?
Sebab tu mommylin share dengan ibu-ibu kat luar sana, kalau korang tak ada bajet untuk mulakan perniagaan, korang boleh cuba jual barangan dari Mommy Happy ni. Korang hanya perlu bayar RM50.50 dan akan dapat buku panduan usahawan serta membeli dengan harga agent.
Di sini mommy sharekan kat korang sedikit kelebihan dan keuntungan dengan berbusiness buku ni k...
Menarik bukan? ok lah, mommy nak kena pantau anak-anak pula, sampai jumpa lagi. Kalau berminat nak join business kat atas wasap mommy k. nah link, klik je boleh terus cit chat...
www.wasap.my/60183587660/nak+buat+business
LOVE,
Mommylin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mommylin.com/2020/11/cara-buat-duit-musim-pkpb-covid-19.html