Cara Buat Duit Melalui Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Google


Hari-hari kita menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Google. Syarikat Google telah memperkenalkan pelbagai applikasi bagi memudahkan kehidupan dan urusan kita.
 
Sama ada bagi tujuan melayari internet, mencari maklumat, menonton video dan banyak lagi.
 
Jika anda juga sama seperti saya, merupakan pengguna smartphone dengan operating system dari Android, bermakna hidup kita makin banyak menggunakan servis dari Google.
 
Tapi tahukah anda, yang sebenarnya Google juga ada sediakan servis yang mana jika kita gunakan servis tersebut, kita boleh jana pendapatan melaluinya.
 
Artikel kali ini saya akan kongsikan, 4 cara bagaimana kita boleh manfaatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Google untuk hasilkan pendapatan di internet.
 
(1) Siarkan iklan-iklan berbayar milik Google Ya, pihak Google akan membayar anda upah, jika anda bersedia untuk menyiarkan iklan-iklan milik mereka. Program ini dikenali dengan nama Google Adsense.

Setakat hari ini, ada 3 cara bagaimana untuk anda menyertai program penyiaran iklan ini.
 
Pertama, melalui laman blog.
Anda perlu memiliki sebuah blog, sama ada blog yang anda bina menggunakan platform wordpress self hosted, ataupun blog yang anda bina menggunakan blogspot. Pastikan blog anda mempunyai konten yang banyak dan mempunyai bilangan trafik yang ramai.
 
Anda hanya perlu masukkan kod iklan pada blog anda, dan iklan tersebut akan muncul secara automatik dimana-mana lokasi yang sesuai didalam artikel blog anda.
 
Blog ini juga ada menyiarkan iklan dari Adsense, dan untuk makluman anda, lokasi iklan ditetapkan sendiri oleh pihak Adsense. Kita tak perlu susah payah nak setting iklan.

 
Kedua, melalui platform Youtube.
Sekarang ni popular dengan istilah Youtuber. So kalau anda lebih selesa untuk beraksi dihadapan kamera, atau lebih senang menghasilkan karya dalam bentuk video, bolehlah sertai program pengiklanan Youtube.
 
Cara yang ketiga adalah dengan menghasilkan apps.
Anda bebas untuk hasilkan apps sama ada apps game, apps konten, apps berita dan sebagainya. Lebih ramai yang menjadi pengguna apps anda, maka lagi tinggi peluang untuk anda dapatkan pendapatan dari program ini.
 
Sekiranya anda minat untuk belajar dengan lebih mendalam topik tentang buat duit dengan apps Android, boleh baca posting saya sebelum ini yang bertajuk Cara menjana pendapatan dengan Android Apps.
 
(2) Belajar menggunakan teknik Search Engine Optimization untuk buat duit secara autopilot Teknik Search Engine Optimization atau Teknik SEO ini adalah satu teknik bagaimana kita memastikan laman web atau artikel yang kita hasilkan di blog kita berjaya masuk ke halaman pertama Google bagi kata kunci yang kita sasarkan.
 
Umumnya, pengguna internet yang mencari maklumat menggunakan Google akan menaip kata kunci tertentu di halaman carian. Jika anda mahir dengan teknik SEO, anda boleh pastikan bahawa laman web anda akan keluar dimuka surat paling hadapan di Google.
 
Lebih banyak pelawat yang masuk ke laman web anda, yang membaca artikel atau konten yang anda hasilkan, maka peluang untuk buat duit lebih cerah.
 
Sekadar berjaya masuk ke halaman pertama google, itu masih belum cukup untuk membantu anda buat duit. Anda perlu gandingkan ia sama ada dengan program pengiklanan Adsense, ataupun untuk hasil yang lebih baik, gabungkan juga dengan program affiliate.
 
Anda banyak program affiliate yang anda boleh sertai, dan kalau masih confuse tak tau nak sertai yang mana satu, saya syorkan anda sertai semua yang saya dah senaraikan dalam posting berjudul Senarai Program Affiliate yang menawarkan komisen bertingkat-tingkat.
 
Tak kisah apa program yang anda pilih, asalkan
i. Konten yang anda hasilkan menarik
ii. Laman web atau artikel anda berjaya masuk ke page pertama Google untuk keyword yang anda sasarkan
iii. Copywriting anda berjaya membuatkan pembaca rasa yakin dengan apa yang anda promosikan,
 
In Shaa Allah anda juga akan berjaya buat duit secara autopilot menerusi program affiliate. Untuk saya sendiri, saya menggabungkan program affiliate Lazada dengan teknik SEO, dan bawah ini adalah hasilnya.

Kesemua jualan ini datangnya daripada pembaca atau pelawat yang pernah membaca laman blog ataupun artikel-artikel yang pernah saya hasilkan sebelum ini.
 
Saya percaya, anda juga pasti boleh buat dan dapat hasil yang sama seperti yang saya lakukan, setelah anda mahir menggunakan teknik SEO.
 
(3) Daftar program survey Google Opinion Rewards Google Opinion Rewards ini adalah program survey atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai program tinjauan. Kita sebagai peserta dikehendaki untuk menjawab survey yang disediakan oleh pihak Google.
 
Survey ini ada pelbagai dan ia berkaitan dengan minat, hobi, kelakuan, dan citarasa kita. Antara soalan survey yang saya pernah jawab adalah mengenai tempat dimana saya suka shopping, jenama minuman ringan kegemaran dan juga jenis sukan yang saya minati.
 
Untuk sertai program ini, anda boleh terus muat turun applikasi Google Opinion Rewards dari Google Playstore.

Setiap survey hanya mengambil masa kurang dari 5 minit untuk disiapkan. Dari pengalaman saya, bukan semua survey yang kita siapkan, kita akan terima bayaran. Ada survey yang tak menyediakan sebarang ganjaran terutama sekali survey yang kita siapkan pada kali pertama.

Bayaran adalah dalam bentuk kredit yang akan dimasukkan dalam akaun kredit play milik anda. Jadi kat sini, kita kena semak mana-mana merchant yang boleh terima bayaran menggunakan Google Pay kalau nak guna duit tersebut.
 
Kalau anda nak beli sebarang produk yang dijual melalui platform google, maka kredit ini boleh digunakan.

Survey pertama yang saya buat, saya dapat bayaran sebanyak RM0.42 dan setakat artikel ini saya tulis, saya telah berjaya kumpul sebanyak RM0.84

Kalau anda merasakan RM0.42 untuk jawab satu survey sangatlah rendah, maka saya syorkan anda join juga program jawab survey yang ditawarkan oleh Valued Opinion. Join dilaman web ini.

Menyertai program jawab survey online adalah merupakan salah satu cara mudah untuk buat duit di internet. Walaubagaimanapun, pendapatan yang bakal dihasilkan mungkin tidaklah begitu banyak.
 
Kalau setakat untuk buat duit dimasa lapang, bolehlah pertimbangkan untuk join program jawab survey.
 
(4) Gunakan Adwords untuk pastikan iklan anda sampai kepada target audience yang tepat Ini satu lagi perkhidmatan yang cukup power dan berguna yang disediakan oleh Google.
 
Kalau anda nak iklankan sesuatu produk ataupun servis, tak kiralah sama ada produk tu anda punya sendiri atau milik orang lain, anda boleh gunakan servis adwords bagi memastikan iklan anda sampai ke golongan sasaran dalam masa yang lebih cepat.
 
Menggunakan Adwords ni, kita tak perlu susah payah nak sediakan konten, sama ada dalam bentuk video mahupun artikel. Kita hanya perlu sediakan ayat-ayat iklan, beserta dengan gambar yang menarik, seterusnya anda sediakan bajet yang mencukupi bagi memastikan iklan adwords anda berjalan dengan sendirinya.
 
Adwords ini kalau digunakan dengan teknik dan strategi yang betul, boleh memberikan hasil yang sangat lumayan. Tapi awas, ia bukan untuk semua orang. Kalau saja-saja nak guna Adwords tanpa ilmu pengiklanan yang betul, anda hanya akan bakar duit sahaja. Buat iklan tanpa hasil yang jelas.
 
Saya tak akan bercerita secara terperinci tentang Adwords, tapi kalau anda nak belajar, boleh mulakan dari laman web ini. Kalau anda tak ada produk sendiri untuk dijual, boleh sahaja gunakan adword untuk promosikan produk orang lain.
 
Namun anda kenalah pastikan, komisen yang bakal anda terima nanti berbaloi dengan bajet pengiklanan yang anda akan keluarkan.
 
 
The post Cara buat duit melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Google appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/cara-buat-duit-melalui-perkhidmatan-yang-disediakan-oleh-google/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Hack Duit Car Parking Multiplayer 2020 Paling Mudah Tanpa App Terbukti

Cara Hack Duit Car Parking Multiplayer 2020 Paling Mudah Tanpa App Terbukti

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 2682 hits
carahackduit carparkingmultiplayerAssalamualaikum Hairangers So video kali ini aku bermain satu mobile game iaitu Car Parking Multiplayer yang viral baru baru ini Semasa main tu aku tak banyak duit dan aku dengar cerita yang game Car Parkin...
Cara Terbaru Daftar Blog Dan Sitemap Ke Google Search Console Untuk Seo

Cara Terbaru Daftar Blog Dan Sitemap Ke Google Search Console Untuk Seo

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 317 hits
MENDAFTARKAN atau submit blog dan sitemap ke Google Search Console merupakan dasar pengoptimalan mesin telusur untuk blog baru Google mengatakan daftarkan blog dan sitemap ke Google Search Console merupakan cara terbaik untuk meningkatkan k...
Cara Mudah Daftar Yezza 2020 Perniagaan Melalui Whatsapp

Cara Mudah Daftar Yezza 2020 Perniagaan Melalui Whatsapp

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 627 hits
AMARAN Artikel ini hanya untuk peniaga yang bersungguh sungguh untuk upgrade dan mengubah perniagaan anda Zaman serba moden ini kita tak dapat lari dari menggunakan teknologi yang sedia ada untuk membuat perniagaan sama ada kecil atau pun b...
Cara Nak Keluarkan Rm500 Secara Bulanan Di Kwsp Melalui I Lestari

Cara Nak Keluarkan Rm500 Secara Bulanan Di Kwsp Melalui I Lestari

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 343 hits
Sejak kerajaan mengumumkan pencarum KWSP dibawah umur 55 tahun boleh keluarkan sehingga RM500 secara bulanan uncle berfikir panjang sama ada patut ke tak uncle keluarkan duit tersebut Ye la kita simpan untuk hari tua tapi hari ini sebab COV...
Sekarang Anda Boleh Keluar Duit Dari Asnb Secara Online Melalui Myasnb

Sekarang Anda Boleh Keluar Duit Dari Asnb Secara Online Melalui Myasnb

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 711 hits
Amanah Saham Nasional Berhad anak syarikat pengurusan unit amanah Permodalan Nasional Berhad mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk tabung tabung unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myA...
Cara Menggunakan Fetch As Google Di Google Search Console Terbaru

Cara Menggunakan Fetch As Google Di Google Search Console Terbaru

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 437 hits
Fitur Fetch as Google di Webmaster Tools dulu favorit di kalangan blogger Kini di Webmaster Tool yang baru yakni Google Search Console fitur itu tidak ada Pengganti Fetch as Google sekaligusus Submit URL Google Webmaster di Google Search Co...
10 Cara Buat Duit Dari Rumah Semasa Pkp

10 Cara Buat Duit Dari Rumah Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 676 hits
10 Cara Buat Duit Dari Rumah Semasa PKP Fadzi faham ramai yang terkesan dengan situasi pandemik Covid19 sekarang Ada yang mula dikenakan status Unpaid Leave ataupun terus dibuang kerja Ramai juga kawan kawan Fadzi di Facebook yang mengadu t...
Pembelajaran Secara Online Melalui Google Classroom Bahasa Melayu

Pembelajaran Secara Online Melalui Google Classroom Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 588 hits
Pada musim wabak Covid19 ni kita harus bersyukur kerana masih lagi dapat belajar Negara kita dikatakan pengguna nombor satu dunia dalam Google Classroom Justeru saya hantarkan link di bawah untuk digunakan sebagai latihan Semoga memberi man...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1

Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka