Cara Betul Biak Ikan Laga Sendiri


 "Cara Biak Ikan Betta Sendiri"
Ikan betta atau ikan laga agak berlainan dengan jenis ikan hiasan lain cara membiakannya. Tidak seperti ikan gapi yang beranak secara terus atau mengandung (livebearer).

Cara Betul Biak Ikan Betta
Ikan betta memiliki teknik dan cara untuk dibiakkan. Walaupun berbeza cara antara pembiak ikan laga, namun konsepnya sama.



Penulis kongsikan pengalaman penulis sendiri dalam membiakkan ikan betta di rumah. Supaya bakal 'breeder' dan pemula pembiak bersedia dahulu sebelum membiakan ikan betta.
Langkah Satu Per Satu Membiakkan Ikan Betta
Perlu ada ilmu sebelum memulakannya kerana dengan persediaan dan ilmu awal maka tidak akan merumitkan keadaan kerana sudah bersedia dalam proses membiakkan ikan betta.

Tidak kira ikan betta hibrid atau ikan laga liar.
1. Pemilihan Induk Sesuai
Buat pemilihan induk jantan dan induk betina berdasarkan umur, saiz dan kesihatan ikan betta.
Umur yang sesuai untuk dibiakan adalah sekitar umur 4 bulan dan ke atas. Lebih baik adalah 6 bulan ke atas.
Ikan yang masih muda ada yang mentalnya belum bersedia untuk menjaga anak, maka terjadilah situasi induk makan telur, induk tidak mengutip telur dan induk memakan anak.
Saiz jantan haruslah lebih besar berbanding betina. Selain dari faktor siapa yang lagi kuat kerana saiz, saiz betina yang lebih besar dari induk jantan menyukarkan proses membelit ketika mengawan nanti.
Kesihatan amat penting untuk kedua-dua induk. Risau akan mewarisi kemurungan atau penyakit lain selain menjaga kualiti anak-anak ikan.

Ikan yang tidak kuat dari segi fizikal dan mental jarang akan berjaya dikahwinkan.
2. Makanan Ketika Pembiakan Ikan betta
Mengikut pengalaman penulis, untuk beberapa hari penulis tidak akan memberikan induk makanan sepanjang proses mengawan.
Berilah induk betta makan sebelum untuk dibiakan.
Ketika proses mengawan boleh sahaja beri makan tetapi demi menjaga kualiti air sebolehnya puasakan induk sepanjang proses perkahwinan.
3. Set Up Bekas Pembiakan (Pemijahan)
Perkara asas dan utama adalah bekas untuk induk ikan betta dikahwinkan. Bukan semua bekas boleh digunakan. Tidak terlalu kecil dan sempit apalagi terlalu besar dan luar.
Terlalu kecil pergerakan induk akan terhad dan susah untuk kawalan induk. Boleh menyebabkan ikan betta tekanan (stress).
Terlalu besar bekas boleh menyebabkan privasi dan perkenalan antara ikan betta jantan dan ikan betta betina terganggu.
Seperti juga manusia, bilik adalah tempat terbaik untuk bergurau senda.
Tips: Gunakan bekas yang besar atau panjang. Sediakan sekatan atau bekas untuk proses pembiakan.
4. Set Up Air Berkualiti
Kualiti air adalah paling penting bagi ikan laga. Tidak kira untuk belaan biasa apalagi untuk dikahwinkan.
Tidak perlu kita tahu nilai pH atau keasidan air dengan begitu terperinci.
Cukup mengetahui bahawa air yang akan digunakan sudah diperam 2 hingga 3 hari atau sudah diletakan anti-klorin.
Lebih terbaik diletakan air ketapang sedikit atau helaian daun pisang tua.
Bagi mengelakan ammonia dari najis ikan, bolehlah letakan juga tumbuhan air seperti kiambang atau lumut terapung.
5. Perkenalan (Percintaan) Induk Betta
Perkenalan betta biasanya diasingkan jantan betina walaupun dalam satu bekas pemijahan. Asingkan betina di dalam botol atau bekas lain yang jernih dan lutsinar (transparent) seperti botol plastik atau bekas belian air balang.
Memang fitrah ikan laga tidak kira jantan atau betina memang dalam genetiknya ada sifat agresif. Bagi penulis ikan betta memang memiliki sifat paranoid dalam minda mereka.
Perkenalan antara satu sama lain boleh dikatakan juga penting. Jika dalam proses pengenalan jantan mula membuat buih, itu tandanya, ia bersetuju dengan perkahwinan berkenaan.
Tapi ada juga ketika, jantan gagal membuat buih, namun selepas disatukan akan membuat buih dan terus bertelur.

6. Satukan Betta Jantan dan Betina : Perkahwinan Ikan
Apabila sudah banyak buih itu tandanya ikan sudah bersedia untuk mengawan. Proses pengenalan sudah tamat dan satukan sahaja kedua dua induk.
Walaupun gagal kelihatan buih, lepaskan sahaja betina. InshaAllah jika serasi tiada adegan kejar mengejar yang kadang kadang boleh menyebabkan kematian.
7. Proses Mengawan Ikan Betta
Proses ini memerlukan suasana yang amat sunyi dan tidak terang. Dinasihatkan bahawa perlu ditutup bekas pembiakan supaya senyap dan gelap.
Jangan ganggu seperti membuka dengan acap kali risau induk akan stress dan gagal mengawan.
Cara mengawan ikan betta adalah dengan jantan membelit tubuh betina dan menyuntik sperma ke dalam terus yang dilepaskan betina.
Jika ingin melihat keadaan atau ingin lihat sudah bertelur atau tidak, lakukan sekali pada pagi dan sekali pada petang.
8. Alihkan Induk Betta Betina
Setelah diyakini sudah ada telur pada buih bolehlah keluarkan betina dari bekas.
Cara untuk tahu sudah ada telur adalah pertama sekali si betina sudah menyorok dan berada di sudut. Si jantan menghalau ikan betina.
Suluh pada buih terdapat bentuk putih putih yang seperti nasi atau jika pernah melihat telur semut begitulah rupa telur ikan betta pada gelembung buih.
Sudah pasti angkat si betina dari bekas, supaya betina tidak 'dipukul' sampai mati oleh pejantan atau betina memakan telur.
9. Betta Jantan (Pejantan) Jaga Anak
Biarkan induk jantan menjaga telur. Biasanya ikan jantan akan mengutip telur yang jatuh ke dasar bekas dan memasukkan kembali ke gelembung buih.
Selain itu, ikan jantan akan memakan telur yang tembelang (kekuningan) supaya air tidak membusuk dan kotor.
Biarkan pejantan menjaga telur sehingga menetas
10. Alihkan Induk Betta Jantan 
Terdapat dua cara yang biasa dilakukan para pembiak ikan laga.  Bilakah waktu sesuai untuk alihkan pejantan betta dari bekas pembiakan ?
Apabila telur ikan betta menetas, ikan ini belum cukup kuat untuk berenang. Jika pernah lihat, ia (fry) berpusing pusing dan berenang tidak betul.
Ada juga fry yang jatuh ke bawah, oleh kerana belum cukup pandai berenang sukar untuk fry naik untuk mendapatkan udara.
Jadi, disinilah tugas induk jantan, membawa anaknya dengan menggunakan mulut untuk diletakan ke gelembung buih atau di bahagian atas bekas.
Boleh juga alihkan jantan selepas fry menetas, tetapi pastikan air disurutkan kepada 3/4 air asal supaya fry dekat dengan udara.

Ada saja pembiak ikan betta tidak mengalihkan induk jantan selama 3 minggu umur fry supaya mengawal pembiakan jentik-jentik. 
11. Beri Anak Ikan (Fry Betta) Makanan
Bahagian paling penting apabila membiakan ikan laga. Pastikan anda tahu makanan terbaik untuk anak ikan laga. Pastikan juga anda boleh mendapatkannya.
Anak ikan lagi hanya boleh diberi makan pada umur 4 hari selepas ia menetas.
Bagi hari menetas sehingga hari ketiga, mereka masih memiliki kantung makanan dalam badan.
Anak ikan laga terbaik diberi makanan hidup. Memang sifat ikan laga yang suka mengejar dan tertarik dengan makanan hidup.
Antara makanan hidup terbaik untuk anak ikan laga adalah;
- Kutu air
- Baby Brine Shrimp (BBS)
- Infusoria
- Microworm
Sebaiknya berikan kutu air yang sudah ditapis untuk mendapatkan kutu air yang halus.
Jika sukar untuk ditemui kutu air, BBS adalah pilihan lain. Tetaskan sendiri telur BBS, dan berikan kepada anak ikan atau fry betta.
Terdapat dua jenis BBS, small roe dan big roe. Penulis menggunakan BBS small roe untuk umur fry 4 hari sehingga 2 minggu. Dua minggu sehingga umur sebulan penulis gunakan BBS big roe.
Terdapat banyak alatan tetas dan telur BBS di pasaran.
[Beli Alatan dan Telur BBS Disini : KLIK SINI]
Infusoria adalah mikroorganisma dalam air yang membusuk. Terlalu kecil dan agak melambatkan pembesaran anak ikan.
Microworm sebolehnya jangan diberikan kepada anak ikan, namun, jika terdesak dan sukar mendapatkan makanan hidup lain bolehlah digunakan.
Tidak digalakan menggunakan pelet walaupun bersaiz kecil atau kuning telur kerana makanan seperti ini boleh merosakkan kualiti air yang akan menyebabkan anak ikan mati.
Pengalaman Membiakkan Ikan Betta Sendiri Di Rumah
Langkah langkah dan tips yang penulis kongsikan di atas adalah dari pengalaman penulis sendiri cuba membiak ikan betta dirumah.
Alhamdulillah semua berjaya. Antara jenis (line) ikan betta yang pernah penulis biakkan adalah;
- AOC Fancy Betta
- Yellow Fancy Betta
- Candy Betta
- Yellow Koi Betta
Semuanya berjaya dengan langkah dan cara pembiakan yang penulis kongsikan di atas. Mungkin lain pembiak (breeder) lain caranya, tapi inilah cara penulis.
Anda fikir anda tahu Langkah Langkah Lengkap Cara Biakan Ikan Laga (Betta) Sendiri ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2021/06/cara-betul-biak-ikan-laga-betta-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Pindah Duit Anak Dan Sendiri Ke Tabung Haji Secara Online

Cara Pindah Duit Anak Dan Sendiri Ke Tabung Haji Secara Online

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 780 hits
Sebelum ini saya pindah duit raya anak anak ke Tabung Haji melalui Akaun lain seperti CIMB dan Maybank tapi masa nak cuba Raya 2021 tahun ini tak dapat search Lembaga Tabung Haji di bahagian Paybills CIMB Baru teringat ada THijARI yang jara...
Cucur Udang Sedap Tak Serap Minyak Cara Perap Kena Betul Baru Jadi Sedap

Cucur Udang Sedap Tak Serap Minyak Cara Perap Kena Betul Baru Jadi Sedap

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 410 hits
Cucur rangup lejen cucur udang sememangnya menu yang sentiasa jadi kegemaran kita Mana tidaknya air tangan ibu sejak kita kecil ini menjadi kenangan makan bersama famili paling tidak boleh dilupakan Bagi yang cukup gemar makan cucur udang r...
Hiburan Ajar Peminat Cara Solat Yang Betul Tindakan Aishah Azman Dipuji Peminat

Hiburan Ajar Peminat Cara Solat Yang Betul Tindakan Aishah Azman Dipuji Peminat

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 212 hits
Pelakon Aishah Azman yang kini semakin manis mengenakan hijab tampil memberi peringatan kepada peminat tentang cara betul menunaikan solat lima waktu Dia yang berasa terpanggil untuk memperbetulkan kesilapan cara solat itu telah memuat naik...
Cara Cara Buat Ikan Cencaru Sumbat

Cara Cara Buat Ikan Cencaru Sumbat

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 229 hits
Bahan Bahan 2 ekor ikan cencaru2 biji cili merah ditumbuk8 biji cili api ditumbuk1 2 biji bawang besar dihirisSedikit belacan1 biji limau kasturiGaram secukup rasaCara Penyediaan Cuci ikan belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam Tum...
Cara Masak Rendang Ikan Bilis Paling Sedap

Cara Masak Rendang Ikan Bilis Paling Sedap

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 454 hits
Bila sebut pasal rendang aduhai tak usah cakaplah Terbayang saja dah buat kecur air liur Makan pula bersama nasi panas memang tak pandang kiri kanan Tapi pernah dengar tak pasal Rendang Ikan Bilis Haa senang sangat nak buatnya sebab hanya g...
Sedapnya Manis Sekata Ini Cara Sukatan Betul Nak Teh Tarik Rasa Kaw Kaw Padu

Sedapnya Manis Sekata Ini Cara Sukatan Betul Nak Teh Tarik Rasa Kaw Kaw Padu

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 395 hits
Dapat menikmati secawan teh tarik kaw kaw pasti satu kepuasan kepada kita Namun dek kerana PKP pastinya buat kita begitu rindukan teh tarik padu dari restoran mamak Tak perlu ke kedai ini cara hasilkan teh tarik kaw kaw sama macam kedai yan...
Masih Ada Yang Tidak Tahu Cara Berwuduk Dengan Sempurna Ikuti Cara Berwuduk Yang Betul

Masih Ada Yang Tidak Tahu Cara Berwuduk Dengan Sempurna Ikuti Cara Berwuduk Yang Betul

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 231 hits
Berwuduk ataupun bersuci merupakan salah satu yang wajib dilakukan sebelum melakukan solat Sekiranya cara wuduk tidak betul maka tidak sah lah solat yang dikerjakan
Cara Membuat Kuah Laksa Menggunakan Ikan Sardin Dalam Tin Dan Ulam Ulaman Yang Unik

Cara Membuat Kuah Laksa Menggunakan Ikan Sardin Dalam Tin Dan Ulam Ulaman Yang Unik

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 363 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Memandangkan PKP tak kerja dan duduk di rumah mula lah setiap hari berlegar legar dalam kepala nak masak apa Asal buka facebook je macam macam menu yang ada Nampak menyelerakan pulak So hari ni CCL plan n...
Abby Abadi Muat Naik Gambar Terbaru Sekali Marissa Dania Jadi Bualan Wargamaya Memang Cantik Betul Anak Abby Abadi Ni

Abby Abadi Muat Naik Gambar Terbaru Sekali Marissa Dania Jadi Bualan Wargamaya Memang Cantik Betul Anak Abby Abadi Ni

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 370 hits
Anak kedua kepada selebriti Abby Abadi dan bekas suaminya Norman Hakim yang dinamakan Marissa Dania sudah tidak lagi perlu diperkenalkan kepada umum kerana sedari kecil menjadi perhatian peminat
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation