Cara Bermain 9 Ball Pool
Untuk kali ini Jamal telah diminta oleh boss untuk menulis
mengenai permainan pool iaitu bagi kategori 9-ball pool. Jamal bukan pakar
dalam permainan indoor games ni tapi memandangkan telah diberi tugas maka Jamal
cuba sebaik mungkin untuk menulis artikel mengenai salah satu jenis kategori
dalam permainan pool.
Sebelum tu elok kiranya Jamal terangkan serba sedikit
mengenai pool ni. Ia merupakan sukan dalam (Indoor sport) dimana permainan
dilakukan di meja yang mempunyai 6 poket dimana bola perlu dimasukkan ke
dalamnya. Dalam pool terdapat banyak kategori seperti ‘ eight-ball’, ‘nine-ball’,
‘ten-ball’,’seven-ball’, ‘straight pool’ dan banyak lagi.
Seperti yang Jamal bagitau sebelum ini, Jamal akan
menerangkan mengenai kategori ‘9-ball pool’.
PENGENALAN
Namapun 9-ball jadi ianya mempunyai 9 biji bola yang disusun di dalam cue. Pemenangnya adalah pemain yang berjaya memasukkan bola no 9 yang berwarna kuning dan putih(sila rujuk gambar di bawah ni). Untuk memasukkan bola tersebut anda perlu memasukkan bola lain secara turutan.
SUSUNAN
Susunan bola juga sedikit sukar memandangkan hanya terdapat 9 bola dimana akan terdapat 6 ruang kekosongan ketika meletakkan bola di segi tiga (triangular) tu(rujuk gambar bawah). Susunan bola tidak tetap cuma no 9 mesti di tengah dan no 1 di hadapan.
PERATURAN
Peraturan adalah mudah dimana anda perlu memasukkan semua
bola mengikut turutan dengan diakhiri bola bernombor 9. OO ye, tak semesti anda
kena masukkan nombor ikut turutan tetapi yang pastinya anda perlu menembak bola
ikut turutan. Sebagai contoh : kalau sekarang ada no 2, anda perlu menembak kea
rah bola nombor 2. Tetapi sekiranya bola nombor 2 yang ditembak itu mengenai
bola nombor 5 maka anda tetap dikira lepas untuk tembakan selanjutnya. Kalau
terus tembak dan kena no 9 lagi cantik, anda dah terus menang je game tu.
Sekiranya tembakan anda tidak memasukkan bola maka pusingan
anda akan diambil oleh pihak lawan.
DENDA (FOUL)
Anda akan dikenakan denda sekiranya :-
Melanggar atau mengusik bola putih(bola yang
disasarkan tu)Dilatih dalam perlawananMenonjol bola dengan kedua-dua belah kaki tidak
dijejak lantaiBola putih masuk ke poket atau terkeluar dati
mejaMenembak bola tidak mengikut turutanBola putih tidak terkena sasaranMemasukkan bola 9 dan juga bola putih sekaligus
Selepas dikenakan denda, pemain
lawan boleh meletakkan bola tersebut di mana-mana kawasan di meja.
PERKARA LAIN PERLU DIKETAHUI
Sekiranya seseorang pemain melakukan
kesilapan(denda) tiga kali berturut-turut maka perlawanan tersebut secara automatic
dimenangi pihak lawan.Bola dan poket lebih besar dari bola ‘8-ball’
Itu serba sedikit yang dapat Jamal terangkan mengenai
permainan pool ‘9-ball’ ni. Untuk lebih
lanjut korang boleh tengok video ni
Sumber :-Rileys.co.uk
Sukan pool 9 ball ini ada dipertandingkan di Sukan SEA namun para atlet Malaysia semakin suram dengan sukan ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ligakampung.com/blog/cara-bermain-9-ball-pool/