Cara Beli Tiket Kapal Terbang Air Asia Secara Online
Kepada anda yang baru pertama kali atau belum pernah cuba untuk beli flight ticket atau tiket kapal terbang Air Asia, anda boleh ikuti cara dan langkah mudah yang kami kongsikan disini. Mudah sahaja dan boleh buat secara online.
Air Asia antara airlines yang terkenal di Malaysia dan rantau Asia. Ini kerana mereka antara syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik anda boleh gunakan disini untuk travel ke luar negara tanpa perlu kopak duit poket.
Kalau nak terbang ke kawasan Asia Tenggara atau kawasan Asia, boleh sahaja menggunakan Air Asia ni. Kalau nak pergi Eropah atau lebih jauh, terpaksa dapatkan airline yang lebih besar seperti Malaysia Airlines (MAS).
Nak fly dekat-dekat seperti Jepun, Korea, Australia, Vietnam, Thailand, Taiwan semua ni, boleh je naik Air Asia. Penerbangan tak lama dan harga lebih murah berbanding dengan airlines besar yang lain. Boleh jimat duit.
Jadi kalau anda masih belum biasa dengan Air Asia, anda boleh ikuti langkah ini dengan menunjukkan cara untuk belit tiket flight Air Asia yang boleh dibeli secara online.
Cara Beli Tiket Flight Air AsiaTerdapat pelbagai cara anda boleh gunakan untuk beli tiket kapal terbang Air Asia iaitu menggunakan third-party seperti Trip.com, Airpaz, Syscanner, Traveloka dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya cara terbaik adalah menggunakan website atau aplikasi Air Asia itu sendiri.
Ikut pengalaman, Air Asia Superapp ni macam slow sikit, jadi lebih baik anda menggunakan website Air Asia terus kalau nak beli tiket flight. Boleh ikut cara seperti dibawah:
Tetapkan destinasiPilih waktu dan masa penerbanganBuat add-on luggage dan makanan jika perluMasukkan butiran diriBuat pembayaran
1) Pergi laman web Air Asia di www.airasia.com. Untuk pemula, daftar akaun terlebih dahulu dengan klik pada bahagian 'Sign up' di penjuru kanan atas pada halaman utama. Daftar menggunakan emel sehingga selesai.
Anda akan diberi airasia memberi ID. Boleh la start kumpul point selepas dah banyak beli tiket flight. Boleh tebus macam-macam dan boleh juga dapatkan diskaun nanti.
2) Kemudian pada halaman utama juga, pilih destinasi anda berlepas (cth : Kuala Lumpur ,KUL) dan destinasi yang anda ingin pergi (cth : Ho Chi Minh City, SGN).
3) Dah selesai pilih destinasi, pilih pula tarikh bila anda ingin terbang nanti. Paling lewat adalah dalam tempoh setahun enam bulan. Lepas dari tarikh tersebut, masih belum available. Klik pada tarikh pergi (depart) dan pulang (return).
Jangan risau, anda juga boleh sahaja beli tiket sehala. Hanya klik pada tarikh depart sahaja. Jangan klik tarikh retun. Dah lengkap semua, klik 'Search'
4) Anda akan dibawa ke halaman pemelihan waktu penerbangan mengikut tarikh dan destinasi yang anda telah tetapkan sebelum ini. Dalam halaman ini, dipaparkan semua waktu penerbangan yang ada dalam hari tersebut
Terlebih dahulu dipaparkan untuk waktu penerbangan pergi (depart). Akan dipaparkan harga, masa, tempoh pedan cabin class penerbangan (economy untuk biasa). Jika anda dah jumpa yang bersesuai, klik pada butang 'Select'.
*Sebenarnya dalam halaman ini juga, anda boleh tukar tarikh lain. Anda boleh cari tarikh dan waktu bila harga paling rendah. Kalau ada warna hijau, ianya menunjukkan harga paling rendah. Jadi boleh pilih waktu tersebut
Kemudian anda perlu buat tiket penerbangan pulang (return). Juga akan dipaparkan harga, masa, tempoh dan cabin class penerbangan (economy untuk biasa). Jika anda dah jumpa yang bersesuai, klik pada butang 'Select'.
5) Anda kena tahu, biasanya Air Asia tidak ada luggage diberi seperti airline besar yang lain. Jadi anda ada pilihan untuk beli atau add-on pada halaman berikutnya ini. Pada bahagian add-on, klik pada baggage option. Akan dipaparkan tanda harga bagi setiap berat yang ditawarkan. Kalau tak perlu, takyah beli pun. Anda boleh bawa beg dengan berat maksimum 7kg atas flight.
Selain bag, makanan pun tidak disediakan. Jadi kalau anda nak makan juga, boleh add-on. Beli online ini lebih murah jika anda beli di dalam flight. Beza RM5 juga. Ini juga pilihan, kalau perlu anda beli, kalau tidak, takperlu beli.
Sebagai cadangan, travel insurance takpayah la. Anda beli takaful daripada Etiqa 360 je. Pada bawah sekali, akan dipaparkan harga yang anda perlu bayar secara keseluruhan. Jika dah selesai semua, klik 'Continue'
6) Kemudian anda perlu lengkapkan booking details, guest details dan contact details. Cara nak isi nama untuk flight Air Asia ni, anda boleh rujuk disini. Dah selesai semua, klik 'Continue'
7) Akhir sekali ada pembayaran. Anda boleh bayar guna online bangkin atau menggunakan kad debit atau kad kredit. Sebagai cadangan, adalah lebih baik menggunakan BigPay. Kadang kala, anda boleh dapatkan lebih diskaun dan dalam masa yang sama boleh dapatkan big point air asia.
Untuk dapatkan BigPay, anda boleh daftar dengan mengikut langkah mudah disini. Pendaftaran adalah percuma sahaja. Dah siap pilih cara pembayaran, klik butang 'Purchase' dan buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai.
Selesai...
Selepas Selesai Membuat Pembelian Tiket Flight Air AsiaSelepas anda selesai buat pembayaran untuk pembelian tiket flight Air Asia ini, anda akan menerima emel daripada Air Asia dimana anda akan dapat Booking No. atau Confirmation No. Benda ni paling penting kalau-kalau tiket flight hilang.
Dalam emel ini juga, anda boleh tengok tarikh dan waktu bila penerbangan akan bermula. Destinasi pergi dan balik. Nama anda dan sebagainya. Simpan dan jangan hilang.
Selain di emel juga, anda juga boleh semak di website Airasia atau aplikasi Airasia iaitu dibahagian 'My Booking'. Jika ada semuanya, ini bermakna pembelian tiket anda berjaya.
Langkah seterusnya adalah anda perlu 'Check-in' iaitu seminggu sebelum tarikh penerbangan untuk dapatkan Boarding Pass atau nama lain Tiket Kapal Terbang. Pass nilah yang anda perlu bawa masa nak terbang nanti.
Untuk cara check-in airasia, anda boleh rujuk di pautan ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aimanabdullah.com/2023/06/cara-beli-tiket-air-asia-secara-online.html