Koleksi Doa Kuat Semangat Arab Rumi Dan Jawi
Doa Kuat Semangat Pertama
اَللّٰهُمَّ اَعِنِّيْ عَلٰى ذِ كْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Allaahumma a’innii ‘alaa dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatika’
Maksudnya: Ya Allah, bantulah aku agar selalu mengingatMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah kepadaMu dengan baik
Doa Kuat Semangat Kedua
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal hazan, wa a’udzubika minal ‘ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min gholabatid dayni wa qohrir rijaal
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebingungan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepadaMu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung kepadaMu dari bebanan hutang dan tekanan manusia”
Koleksi Kata Kata Semangat
Bangkit Daripada Sedih – Kata Kata Semangat Islam
Putus Asa – Koleksi Kata Kata Semangat Malaysia
Gambar: Kata Kata Semangat Untuk Berjaya – Malaysia
Gambar – 70 Kata Kata Semangat Dalam Bahasa Melayu
Bergambar: 31 Kata Kata Semangat
Hadis – 10 Kelebihan Surah Lazim Terpilih
Hadis : 10 Kelebihan Al Quran (Bergambar)
Doa Kuat Semangat Ketiga
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Robbish rohli sodri wayasirli amri wahlul uqdatamilisaani yafqahu qauli
Maksudnya: “Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”
(Surah Thaha : 25-28)
Doa Mohon dikuatkan Semangat Keempat
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ
Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika
Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang reda dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu
Doa Kuat Semangat Kelima
رَبَّنَآ اَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَّثَبِّتْ اَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ
‘Rabbanaa afrig ‘alainaa shabraw wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa ‘alal qaumil kafiriin’
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”
(Surah al-Baqarah : 250)
Lain-Lain Doa Berkaitan Termasuk Daripada Hadis Nabi
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan denganMu daripada rasa susah hati dan kesedihan, daripada lemah dan malas, daripada sifat bakhil dan sifat penakut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang. – Hadis Riwayat al-Bukhari
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali. Ya Allah, kurniakanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpa diriku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya. – Hadis Riwayat Muslim
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong di kalangan orang-orang yang zalim. – Hadith riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim
Ya Allah, tiada sesuatu yang mudah melainkan Engkau menjadikan ianya mudah. Engkaulah yang menjadikan sesuatu yang susah itu mudah apabila Engkau mahu menjadikan ianya mudah. – Riwayat lbnu Hibban, lbnu As-Sunni, lbnu Hajar
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan pembalasanNya, daripada kejahatan hamba-hambaNya, daripada hembusan dan tiupan syaitan dan daripada kehadirannya. – Hadith riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi
The post Koleksi Doa Kuat Semangat – Arab, Rumi dan Jawi appeared first on Dennis G. Zill.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dennisgzill.com/koleksi-doa-kuat-semangat-arab-rumi-dan-jawi/