Capai Sasaran 200 Pingat Taufiq Johari Ucap Tahniah Terhadap Kontinjen Malaysia
Capai Sasaran 200 Pingat, Taufiq Johari Ucap Tahniah Terhadap Kontinjen Malaysia
KUALA LUMPUR — Malaysia hari ini berjaya merekodkan kutipan 203 pingat secara keseluruhan, sekali gus berjaya mencapai sasaran 200 pingat pada Sukan SEA Thailand 2025 yang berbaki dua hari lagi.
Kejayaan itu turut diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS), Mohammed Taufiq Johari menerusi satu muat naik di media sosial, menzahirkan kecemerlangan altet-altet negara pada temasya kali ini.
“Saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada semua wira dan wirawati kita yang telah bertungkus-lumus berjuang di Thailand dalam Sukan SEA 2025.
“Alhamdulillah, hari ini kita telah mencapai sasaran pingat ke-200 dan itulah sasaran yang telah ditetapkan oleh kita,” katanya dalam hantaran itu.
Sementara itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mantan menteri KBS, Hannah Yeoh dan mantan timbalan menteri, Adam Adli yang memimpin pencapaian ini.
Tambah Taufiq, beliau kini sedang dalam perjalanan untuk berangkat ke Thailand untuk menyaksikan SEA Games termasuk majlis penutupan temasya dwitahunan itu yang bakal melabuhkan tirainya pada Sabtu ini.
“Sekali lagi saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada semua dan sekarang ini saya sedang dalam perjalanan untuk berangkat ke Thailand untuk menyaksikan SEA Games dan juga acara penutupan pada hari Sabtu nanti.
“Sekali lagi syabas dan tahniah semua kita semua Team Mas,” katanya lagi.
Pada petang tadi, skuad berbasikal trek menerusi acara kejar-mengejar berpasukan lelaki berjaya menyumbangkan pingat ke-200 apabila meraih emas di Hua Mark Veledrom, Bangkok.
Sumber: Facebook Taufiq Johari
BACA: Sukan SEA Thailand: Detik-Detik Penuh Mendebarkan Pecutan ‘Emas’ Aisyah Zubir
The post Capai Sasaran 200 Pingat, Taufiq Johari Ucap Tahniah Terhadap Kontinjen Malaysia appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/18/capai-sasaran-200-pingat-taufiq-johari-ucap-tahniah-terhadap-kontinjen-malaysia/