Capai Potensi Tumbesaran Optimum Dengan Dutch Lady Maxgro Baharu


Hi Korang,
Malaysia sedang menghadapi masalah malnutrisi. Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar prevalens bantut dan kurang berat badan dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun di Malaysia telah meningkat daripada 17.7% pada 2015 kepada 21.9% pada 2019². Sebuah kajian yang dijalankan oleh Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS) pada 2012 juga mendedahkan bahawa 1 daripada 2 kanak-kanak di Malaysia tidak mencapai Pengambilan Nutrien Yang Disarankan (RNI, 2017) untuk Kalsium dan Vitamin D³, di mana kedua-duanya merupakan nutrien yang penting untuk tumbesaran tulang



Bagi memastikan generasi akan datang mendapat nutrisi yang mencukupi, Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI), syarikat tenusu yang terkemuka di Malaysia, telah melancarkanan makanan diet formula berasaskan susu yang pertama iaitu DUTCH LADY MaxGro. DLMI juga telah melancarkan sebuah kempen baharu bersempena dengan pelancaran produk inovatif terkini itu. Dengan tema Cita-Cita Tinggi Mampu Dimiliki, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keperluan nutrisi bagi kanak-kanak di Malaysia dan menggalakkan penjejakan ketinggian secara berkala bagi memastikan cita-cita untuk membesar dengan lebih tinggi dan sihat dapat dicapai, untuk memenuhi potensi tumbesaran yang optimum



Diformulasi khas untuk membekalkan 80% daripada pengambilan nutrien yang disarankan untuk kanak-kanak⁴ (Malaysia RNI 2017), DUTCH LADY MaxGro sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 1 – 9 tahun dan kaya dengan pelbagai nutrien penting untuk membantu mereka memenuhi keperluan diet yang seimbang dan lengkap. Inovasi terkini oleh DUTCH LADY ini mengandungi 9 Asid Amino Penting (9EAA) – yang merupakan blok asas dalam protein untuk pertumbuhan tulang dan otot, Asid Dokosaheksaenoik (DHA), Kalsium – untuk tulang yang kuat, dan Vitamin D – untuk membantu penyerapan Kalsium. Nutrien-nutrien lain yang boleh didapati di dalam DUTCH LADY MaxGro termasuklah Zat Besi, Magnesium, Fosforus, Zink, Vitamin A, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C – bagi menyokong tumbesaran dan perkembangan yang optimum untuk kanak-kanak

“Jenama DUTCH LADY telah membina keluarga yang kuat selama lebih 50 tahun, dan kami ingin memenuhi tujuan kami untuk mengkhasiatkan rakyat Malaysia dengan pemakanan tenusu yang berkualiti untuk membantu mereka maju dalam kehidupan,” kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan, DLMI. “Bagi memenuhi keperluan seharian rakyat Malaysia, kami berusaha untuk menghasilkan satu produk baharu dengan rasa yang lazat dan pada masa yang sama memberi nilai yang terbaik kepada pengguna kami. Produk susu terbaru kami, DUTCH LADY MaxGro, membuktikan cita-cita kami untuk membantu kanak-kanak di Malaysia memulakan perjalanan mencapai nutrisi yang mencukupi untuk masa depan yang lebih sihat dan baik,” katanya

Sebagai syarikat tenusu yang terkemuka di Malaysia, DLMI menggiatkan lagi usaha tersebut dengan memperkenalkan aplikasi MaxGro Growth Tracker, yang merupakan penjejak tumbesaran yang membantu ibu bapa menjejak perkembangan dan tumbesaran anak-anak mereka. Selain daripada menjejak Pertumbuhan Fizikal, aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa memantau Perkembangan Kognitif anak-anak mereka, memeriksa Jadual Imunisasi, mengemas kini Log Pertumbuhan Gigi, dan banyak lagi

Aplikasi MaxGro Growth Tracker telah dihasilkan untuk ibu bapa bagi membantu anak-anak mereka mencapai cita-cita untuk membesar dengan lebih tinggi dan sihat dengan mudah, dan boleh didapati secara percuma di Google Play

Zatur Hassim, Pengarah Pemasaran, Nutrisi Khusus, DLMI, menekankan bahawa penemuan-penemuan utama dalam kaji selidik yang sering dijalankan di kalangan ibu-ibu di Malaysia telah membantu DLMI memahami kebimbangan mereka tentang tumbesaran anak-anak mereka. “Berdasarkan pemerhatian kami, selain daripada mencari susu yang boleh memberikan sokongan nutrisi yang lengkap untuk tumbesaran, ibu-ibu di Malaysia juga inginkan cara yang mudah untuk menjejak tumbesaran anak-anak mereka. Inilah sebabnya jenama DUTCH LADY mengambil langkah yang proaktif dengan menghasilkan aplikasi penjejak tumbesaran untuk menjadikan ia lebih mudah diakses oleh semua ibu bapa di Malaysia. Bersesuaian dengan matlamat kempen ini, kami ingin menekankan mesej Cita-Cita Tinggi, Mampu Dimiliki kerana ia boleh membawa maksud cita-cita yang tinggi atau cita-cita untuk menjadi lebih tinggi boleh dicapai,” tambah beliau

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan ke atas sekumpulan ibu-ibu di Malaysia:
● 99%⁵ akan mengesyorkan DUTCH LADY MaxGro kepada kawan-kawan dan keluarga, Rasa dan kesesuaian produk baharu ini juga telah mendapat maklum balas yang positif daripada anak-anak mereka:
● 96%⁵ bersetuju bahawa anak-anak mereka menyukai rasa susu DUTCH LADY MaxGro, dan
● 98%⁵ bersetuju bahawa selepas meminum susu DUTCH LADY MaxGro, anak-anak mereka tidak mengalami masalah penghadaman


Kaji selidik ini telah dijalankan dengan usaha sama Home Tester Club di Malaysia

Turut hadir di acara pelancaran maya tersebut adalah Dr Azam Mohd Nor, Pakar Runding Pediatrik dari Pantai Hospital Kuala Lumpur. Menurut Dr Azam, ketinggian adalah salah satu petunjuk utama bagi kesihatan seseorang kanak-kanak dan nutrisi yang tidak mencukupi adalah masalah yang besar di Malaysia. Salah satu cara yang terbaik untuk menangani malnutrisi adalah melalui pengambilan susu yang kaya dengan nutrien serta ibu bapa perlu mengukur ketinggian dan tumbesaran anak-anak mereka secara konsisten bagi memastikan mereka membesar dengan sihat

Bantulah anak anda mencapai potensi tumbesaran yang optimum dengan DUTCH LADY MaxGro yang boleh didapati di semua cawangan peruncitan utama di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari www.smartmoments.com.my dan mohon sampel percuma sekarang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2021/02/capai-potensi-tumbesaran-optimum-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dutch Lady Maxgro Baharu Menyokong Tumbesaran Optimum Untuk Kanak Kanak

Dutch Lady Maxgro Baharu Menyokong Tumbesaran Optimum Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 340 hits
Dutch Lady MaxGro Baharu Menyokong Tumbesaran Optimum Untuk Kanak kanak Malaysia sedang menghadapi masalah malnutrisi Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kadar pr...
Kfc Zero Chicken Burger Baharu Sedap Macam Ayam Tapi Bukan Ayam

Kfc Zero Chicken Burger Baharu Sedap Macam Ayam Tapi Bukan Ayam

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR 8 FEBRUARY 2021 2021 may have started with a sense of d j vu but here s something excitingly new for you and your tastebuds KFC Malaysia is planting itself in yet another thrilling territory in the foodie scene with the debut o...
Permata Baharu Terengganu Fc

Permata Baharu Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 235 hits
KuaIa Terengganu SeIepas dinaikkan pangkat permata baharu Terengganu FC Muhammad AIif Zakaria idam untuk mengintai peIuang membarisi kesebeIasan utama skuad itu musim ini Bekas pertahanan kiri skuad Terengganu FC II berusia 23 tahun itu men...
Dolphin Skin Terma Solekan Baharu Mesti Kamu Ketahui

Dolphin Skin Terma Solekan Baharu Mesti Kamu Ketahui

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 133 hits
Terma dolphin skin mengambil tempat istilah solekan dewy inilah trik solekan baharu yang jadi kegilaan Ayuh kuasai sebelum kamu ketinggalan Pelik mendengar dolphin skin dan apa kaitannya dengan solekan Jika sebelum ini kita sudah terbiasa m...
Lulus Perjawatan Baharu Petugas Untuk Perkukuh Sistem Kesihatan Kata Tok Mat

Lulus Perjawatan Baharu Petugas Untuk Perkukuh Sistem Kesihatan Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 187 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata sistem kesihatan perlu ditambah baik kerana wabak Covid 19 dijangka berterusan sehingga 2024 PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menggesa sistem kesihatan terus ditambah baik susul...
Koh Kim Keok Bersama Ebit Liew Menaiki Kereta Baharu Sumbangan Penceramah Itu Di Kota Bharu Semalam

Koh Kim Keok Bersama Ebit Liew Menaiki Kereta Baharu Sumbangan Penceramah Itu Di Kota Bharu Semalam

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 178 hits
KOH Kim Keok bersama Ebit Liew menaiki kereta baharu sumbangan penceramah itu di Kota Bharu semalam Sebuah kereta Myvi terpakai berharga RM15 000 peranti tablet untuk kegunaan anak anak mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah se...
Buku Bacalah Sayang Jawi Baharu

Buku Bacalah Sayang Jawi Baharu

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 205 hits
Buku keluaran FARGOES ini ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia Buku ini menyediakan latihan topical yang memnuhi kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran terkini Ianya membantu mur...
Selangor Positif Hadapi Musim Baharu Walaupun Pra Musim Singkat

Selangor Positif Hadapi Musim Baharu Walaupun Pra Musim Singkat

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 138 hits
Liga Malaysia kini telah mendapat lampu hijau dari kerajaan Malaysia untuk dilangsungkan dengan kaedah gelembung sukan Walaupun ianya nampak baik di atas kertas akan tetapi ianya sedikit menyukarkan kesemua pasukan bertanding kerana pra mus...
Menerusi Media Sosial Ebit Berkongsi Suasana Sambutan Sederhana Tahun Baharu Cina Bersama Ahli Keluarganya

Menerusi Media Sosial Ebit Berkongsi Suasana Sambutan Sederhana Tahun Baharu Cina Bersama Ahli Keluarganya

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 199 hits
Menerusi media sosial Ebit berkongsi suasana sambutan sederhana Tahun Baharu Cina bersama ahli keluarganya Foto Instagram Berbeza latar bahasa budaya agama atau kepercayaan tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan hubungan sesama man...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Eugene Levy S Toronto

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Ringgit Opens Lower Ahead Of Bnm S Opr Release

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Kaya Raya Bayar Rm17 Juta Secara Tunai Rumah Mewah Jennie Bp Didedahkan

Jangan Pandang Belakang 2



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Bolehkah Nak Henti Ambil Ubat Tidur Lor Azepam

Kenapa Muhyiddin Kluster Mahkamah Mudah Dapat Passport

Unleashing The Miracle Of Retinol For Your Skin

Elak Menyerabutkan Fikiran Sendiri Dengan Mengamalkan 7 Perkara Ini

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

The Houston Hemp Flower Community Connecting With Like Minded Users