Dutch Lady Maxgro Baharu Menyokong Tumbesaran Optimum Untuk Kanak Kanak


Dutch Lady MaxGro Baharu Menyokong Tumbesaran Optimum Untuk Kanak-kanak | Malaysia sedang menghadapi masalah malnutrisi. Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar prevalens bantut dan kurang berat badan dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun di Malaysia telah meningkat daripada 17.7% pada 2015 kepada 21.9% pada 2019². Sebuah kajian yang dijalankan oleh Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS) pada 2012 juga mendedahkan bahawa 1 daripada 2 kanak-kanak di Malaysia tidak mencapai Pengambilan Nutrien Yang Disarankan (RNI, 2017) untuk Kalsium dan Vitamin D³, di mana kedua-duanya merupakan nutrien yang penting untuk tumbesaran tulang.
Dutch Lady MaxGro Baharu Menyokong Tumbesaran Optimum Untuk Kanak-kanak
Bagi memastikan generasi akan datang mendapat nutrisi yang mencukupi, Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI), syarikat tenusu yang terkemuka di Malaysia, telah melancarkanan makanan diet formula berasaskan susu yang pertama iaitu DUTCH LADY MaxGro. DLMI juga telah melancarkan sebuah kempen baharu bersempena dengan pelancaran produk inovatif terkini itu. Dengan tema Cita-Cita Tinggi Mampu Dimiliki, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keperluan nutrisi bagi kanak-kanak di Malaysia dan menggalakkan penjejakan ketinggian secara berkala bagi memastikan cita-cita untuk membesar dengan lebih tinggi dan sihat dapat dicapai, untuk memenuhi potensi tumbesaran yang optimum.
Dutch Lady MaxGro Baharu Menyokong Tumbesaran Optimum Untuk Kanak-kanak
Diformulasi khas untuk membekalkan 80% daripada pengambilan nutrien yang disarankan untuk kanak-kanak⁴ (Malaysia RNI 2017), DUTCH LADY MaxGro sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 1 – 9 tahun dan kaya dengan pelbagai nutrien penting untuk membantu mereka memenuhi keperluan diet yang seimbang dan lengkap. Inovasi terkini oleh DUTCH LADY ini mengandungi 9 Asid Amino Penting (9EAA) – yang merupakan blok asas dalam protein untuk pertumbuhan tulang dan otot, Asid Dokosaheksaenoik (DHA), Kalsium – untuk tulang yang kuat, dan Vitamin D – untuk membantu penyerapan Kalsium. Nutrien-nutrien lain yang boleh didapati di dalam DUTCH LADY MaxGro termasuklah Zat Besi, Magnesium, Fosforus, Zink, Vitamin A, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C – bagi menyokong tumbesaran dan perkembangan yang optimum untuk kanak-kanak. 

“Jenama DUTCH LADY telah membina keluarga yang kuat selama lebih 50 tahun, dan kami ingin memenuhi tujuan kami untuk mengkhasiatkan rakyat Malaysia dengan pemakanan tenusu yang berkualiti untuk membantu mereka maju dalam kehidupan,” kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan, DLMI. “Bagi memenuhi keperluan seharian rakyat Malaysia, kami berusaha untuk menghasilkan satu produk baharu dengan rasa yang lazat dan pada masa yang sama memberi nilai yang terbaik kepada pengguna kami. Produk susu terbaru kami, DUTCH LADY MaxGro, membuktikan cita-cita kami untuk membantu kanak-kanak di Malaysia memulakan perjalanan mencapai nutrisi yang mencukupi untuk masa depan yang lebih sihat dan baik,” katanya.
Sebagai syarikat tenusu yang terkemuka di Malaysia, DLMI menggiatkan lagi usaha tersebut dengan memperkenalkan aplikasi MaxGro Growth Tracker, yang merupakan penjejak tumbesaran yang membantu ibu bapa menjejak perkembangan dan tumbesaran anak-anak mereka. Selain daripada menjejak Pertumbuhan Fizikal, aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa memantau Perkembangan Kognitif anak-anak mereka, memeriksa Jadual Imunisasi, mengemas kini Log Pertumbuhan Gigi, dan banyak lagi. 
Aplikasi MaxGro Growth Tracker telah dihasilkan untuk ibu bapa bagi membantu anak-anak mereka mencapai cita-cita untuk membesar dengan lebih tinggi dan sihat dengan mudah, dan boleh didapati secara percuma di Google Play.
Zatur Hassim, Pengarah Pemasaran, Nutrisi Khusus, DLMI, menekankan bahawa penemuan-penemuan utama dalam kaji selidik yang sering dijalankan di kalangan ibu-ibu di Malaysia telah membantu DLMI memahami kebimbangan mereka tentang tumbesaran anak-anak mereka. “Berdasarkan pemerhatian kami, selain daripada mencari susu yang boleh memberikan sokongan nutrisi yang lengkap untuk tumbesaran, ibu-ibu di Malaysia juga inginkan cara yang mudah untuk menjejak tumbesaran anak-anak mereka. Inilah sebabnya jenama DUTCH LADY mengambil langkah yang proaktif dengan menghasilkan aplikasi penjejak tumbesaran untuk menjadikan ia lebih mudah diakses oleh semua ibu bapa di Malaysia. Bersesuaian dengan matlamat kempen ini, kami ingin menekankan mesej Cita-Cita Tinggi, Mampu Dimiliki kerana ia boleh membawa maksud cita-cita yang tinggi atau cita-cita untuk menjadi lebih tinggi boleh dicapai,” tambah beliau. 
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan ke atas sekumpulan ibu-ibu di Malaysia:

99%⁵ akan mengesyorkan DUTCH LADY MaxGro kepada kawan-kawan dan keluarga 
Rasa dan kesesuaian produk baharu ini juga telah mendapat maklum balas yang positif daripada anak-anak mereka:

96%⁵ bersetuju bahawa anak-anak mereka menyukai rasa susu DUTCH LADY MaxGro, dan 98%⁵ bersetuju bahawa selepas meminum susu DUTCH LADY MaxGro, anak-anak mereka tidak mengalami masalah penghadaman.


Kaji selidik ini telah dijalankan dengan usaha sama Home Tester Club di Malaysia. 
Turut hadir di acara pelancaran maya tersebut adalah Dr Azam Mohd Nor, Pakar Runding Pediatrik dari Pantai Hospital Kuala Lumpur. Menurut Dr Azam, ketinggian adalah salah satu petunjuk utama bagi kesihatan seseorang kanak-kanak dan nutrisi yang tidak mencukupi adalah masalah yang besar di Malaysia. Salah satu cara yang terbaik untuk menangani malnutrisi adalah melalui pengambilan susu yang kaya dengan nutrien serta ibu bapa perlu mengukur ketinggian dan tumbesaran anak-anak mereka secara konsisten bagi memastikan mereka membesar dengan sihat. 


Bantulah anak anda mencapai potensi tumbesaran yang optimum dengan DUTCH LADY MaxGro yang boleh didapati di semua cawangan peruncitan utama di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari www.smartmoments.com.my dan mohon sampel percuma sekarang.


Rujukan:
¹ Petikan daripada Laporan Kantar mengenai Susu Formula Tumbesaran 1+ di Semenanjung Malaysia dari 30 Disember 2019 hingga 3 Januari 2021, yang disediakan sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Panel Kantar BB
² Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan
Report_NHMS2019-NCD_v2.pdf (moh.gov.my)
³ Status pemakanan dan pengambilan diet untuk kanak-kanak yang berumur 6 bulan hingga 12 tahun: penemuan Kaji Selidik Pemakanan untuk Kanak-Kanak di Malaysia (SEANUTS Malaysia)
Nutritional status and dietary intakes of children aged 6 months to 12 years: findings of the Nutrition Survey of Malaysian Children (SEANUTS Malaysia)
⁴ 80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrien terpilih daripada saranan pengambilan nutrien yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C
⁵ Kaji selidik yang dijalankan oleh Home Tester Club antara 11/12/2020 dan 19/01/2021, 252 ahli Home Tester Club telah menerima dan menggunakan DUTCH LADY MaxGro selama 2 minggu.


p2322


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/02/dutch-lady-maxgro-baharu-menyokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Capai Potensi Tumbesaran Optimum Dengan Dutch Lady Maxgro Baharu

Capai Potensi Tumbesaran Optimum Dengan Dutch Lady Maxgro Baharu

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 276 hits
Hi Korang Malaysia sedang menghadapi masalah malnutrisi Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kadar prevalens bantut dan kurang berat badan dalam kalangan kanak kan...
Maxis Fibre Kini Menawarkan Penghala Baharu Yang Menyokong Wifi6

Maxis Fibre Kini Menawarkan Penghala Baharu Yang Menyokong Wifi6

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 124 hits
Teknologi berkembang terlalu pesat sehingga kadang kala anda terlupa teknologi di tangan lebih maju dari perkakasan lain Sebagai contoh router di rumah tidak menggunakan teknologi WiFi6 sedangkan telefon pintar sejak dua tahun lalu telahpun...
Realme Akan Hadir Dengan Aksesori Audio Baharu Yang Menyokong Anc Bekerjasama Dengan The Chainsmokers

Realme Akan Hadir Dengan Aksesori Audio Baharu Yang Menyokong Anc Bekerjasama Dengan The Chainsmokers

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 154 hits
Selepas bekerjasam dengan Alan Walker Realme dilihat akan bekerjasama dengan The Chainsmokers pula Seperti biasa kerjasama ini adalah untuk produk audio Realme mungkin akan hadir dengan aksesori audio yang menyokong pembatalan hingar aktif ...
Jam Tangan Pintar Huawei Akhirnya Menyokong Muat Turun Aplikasi

Jam Tangan Pintar Huawei Akhirnya Menyokong Muat Turun Aplikasi

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 206 hits
Huawei telah lama melancarkan jam tangan pintar mereka yang menggunakan sistem operasi tersendiri Kelebihan jam tangan mereka ialah bateri yang boleh bertahan sehingga dua minggu berbanding hanya beberapa hari pada Apple Watch Tizen dan Wat...
J Powell Menyokong Permintaan Risiko Dan Menolak Keprihatinan Mengenai Rancangan Fed Gambaran Keseluruhan Usd Cad Jpy

J Powell Menyokong Permintaan Risiko Dan Menolak Keprihatinan Mengenai Rancangan Fed Gambaran Keseluruhan Usd Cad Jpy

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 152 hits
Semasa berucap di Kongres ketua Fed J Powell menghilangkan kebimbangan mengenai kesediaan Fed untuk terus membeli bon yang menyokong permintaan untuk aset berisiko Secara khusus Powell mengatakan bahawa inflasi dan pekerjaan pada masa ini b...
Sony Playstation 5 Akan Menyokong Storan Tambahan Bermula Pertengahan 2021

Sony Playstation 5 Akan Menyokong Storan Tambahan Bermula Pertengahan 2021

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 245 hits
Konsol yang hangat di pasaran sekarang ialah Sony PlayStation 5 Ia sangat hangat sehingga hampir mustahil untuk dibeli kerana permintaan yang lebih tinggi daripada bekalan Bagi yang sudah memilikinya pula konsol ini mempunyai isu besar iait...
Pln Menyokong Ekosistem Kendaraan Listrik

Pln Menyokong Ekosistem Kendaraan Listrik

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 175 hits
PLN Menyokong Ekosistem Kendaraan Listrik Direktur Teknik dan Lingkungan Ketenagalistrikan Kementerian ESDM mengungkapkan bahwa percepatan implementasi program Kendaraan Bermotor Listrik Berbasis Baterai penting untuk memperkuat ketahanan e...
Video Gara Gara Menyokong Pengambilan Vaksin Pendakwah Selebriti Ini Digelar Ustaz Dajjal

Video Gara Gara Menyokong Pengambilan Vaksin Pendakwah Selebriti Ini Digelar Ustaz Dajjal

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 146 hits
Wabak pandemik COVID 19 yang sedang melanda seluruh dunia kini seperti sinar harapan buat semua orang apabila pelbagai jenis vaksin untuk menangani jangkitan penyakit ini sudah dimulakan Malah program vaksinasi di negara kita turut telah di...
Google Classroom Kelak Akan Menyokong Pembelajaran Secara Luar Talian Dan Mengesan Plagiarisme

Google Classroom Kelak Akan Menyokong Pembelajaran Secara Luar Talian Dan Mengesan Plagiarisme

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 158 hits
Penularan Covid 19 bukan sahaja mengubah gaya hidup manusia bahkan memberi cabaran kepada ramai pihak Ini termasuklah para ibu bapa anak anak dan guru untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu kehidupan yang memerlukan perubahan dalam gay...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan

Selepas 20 Tahun Berhubung Baru Abang Berani Nikahi Aku Malam Itu Penentu Segalanya

Lepas Bergaduh Suami Cakap Hidup Dia Sial Sebab Kahwin Dengan Aku Padahal Dia Tak Pernah Bagi Nafkah

Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India