Cap Dedah Trend Gula Gula Bentuk Vape Picagari Jangan Sampai Tragedi Berulang Lagi


Cukup sekali tragedi, selamatkan anak-anak! Bahaya trend gula-gula bentuk vape & picagari! Pastinya kita masih belum lupa kejadian pilu yang meragut nyawa seorang kanak-kanak akibat pengambilan gula-gula gummy yang berbahaya. Satu nyawa melayang, satu keluarga kehilangan insan tersayang cukup untuk membuka mata kita semua tentang bahaya makanan yang kelihatan ‘tidak bersalah’ ini.

Demi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang, langkah tegas diambil dengan melarang sebarang makanan berbahaya, termasuk kemunculan gula-gula berbentuk peranti vape dan jarum suntikan membanjiri pasaran tempatan yang kemungkinan akan dijual atau dibawa ke sekolah.
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N.V Subbarow meluahkan kebimbangan apabila trend itu dilihat semakin membimbangkan kerana produk berkenaan menyerupai alat vape dan jarum suntikan sebenar, dengan rekaan warna-warni yang menarik perhatian kanak-kanak.

“Corak dan reka bentuk gula-gula ini boleh mendorong kanak-kanak meniru tabiat merokok apabila meningkat usia. Lebih membimbangkan, ada yang direka seperti jarum suntikan, menyerupai picagari yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.”

“Gula-gula ini bukan sekadar manisan biasa, tetapi boleh menjadi titik permulaan kepada ketagihan vape dan rokok. Ibu bapa mungkin tidak menyedari risiko ini dan membelinya untuk menenangkan anak-anak mereka.”
Katanya lagi, pihaknya bimbang jika tanpa kawalan produk gula-gula itu yang memasuki pasaran tempatan sejak enam bulan lalu dan semakin popular dalam kalangan kanak-kanak meningkatkan risiko ketagihan terhadap vape serta rokok pada usia muda.
“Tanpa kawalan, lebih banyak produk serupa akan membanjiri pasaran. Jika dibiarkan, kanak-kanak yang membesar dengan gula-gula berbentuk vape ini mungkin akan beralih kepada produk sebenar seperti e-rokok dan rokok konvensional,” ujarnya

Dia berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengharamkan penjualan produk ini demi kesihatan generasi akan datang.
KPM Larang Jualan Gula-Gula Berbentuk Vape
Kementerian Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.
“KPM memberi jaminan bahawa makanan berbahaya tidak akan dijual dalam kawasan sekolah namun kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Kesihatan diperlukan bagi mengawal penjualan makanan itu di luar kawasan sekolah.”
Beliau menegaskan, KPM tidak mahu murid terdedah kepada makanan yang tidak sihat dan berbahaya sama ada di dalam atau luar sekolah.
The post CAP Dedah Trend Gula-Gula Bentuk Vape & Picagari, Jangan Sampai Tragedi Berulang Lagi! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cap-dedah-trend-gula-gula-bentuk-vape-picagari-jangan-sampai-tragedi-berulang-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Larang Jualan Gula Gula Bentuk Vape Di Sekolah

Kpm Larang Jualan Gula Gula Bentuk Vape Di Sekolah

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 259 hits
Kementerian Pendidikan menegaskan semua jenis makanan yang boleh membahayakan kesihatan murid termasuk gula gula berbentuk vape tidak dibenarkan dijual dalam premis sekolah Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata KPM akan bertindak tegas j...
Cap Urges Ban On Vape Syringe Shaped Sweets To Protect Kids

Cap Urges Ban On Vape Syringe Shaped Sweets To Protect Kids

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 222 hits
The Consumers Association of Penang has raised concerns over the increasing availability of vape and syringe shaped sweets in the local market warning that they could contribute to the normalisation of smoking habits among children Its educ...
Jangan Sahur Air Kosong Je Doktor Dedah Rahsia Elak Lesu Lembik Ketika Puasa

Jangan Sahur Air Kosong Je Doktor Dedah Rahsia Elak Lesu Lembik Ketika Puasa

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 227 hits
Setiap kali menjelang waktu sahur ramai yang mengambil peluang untuk mengisi perut sebelum memulakan ibadah puasa Walaupun bukan satu kewajipan bersahur adalah amalan sunat yang sangat digalakkan kerana ia membawa keberkatan dan memberi ten...
Penjawat Awam Jangan Terlalu Bermewah Jika Mampu Pakai Myvi Jangan Beli Vios

Penjawat Awam Jangan Terlalu Bermewah Jika Mampu Pakai Myvi Jangan Beli Vios

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 213 hits
SITI NUR ZAWANIMarch 9 2025Ramai kakitangan awam suka bermewah dan berbelanja melebihi kemampuan sendiri kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar Beliau berkata terdapat anggota perkhidmatan awam yang membuat pinjaman kew...
Datuk Vida Muat Naik Gambar Cik B Semasa Kecil Mohon Netizen Jangan Konfius Jantina Anak

Datuk Vida Muat Naik Gambar Cik B Semasa Kecil Mohon Netizen Jangan Konfius Jantina Anak

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 257 hits
Sebelum ini anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas memuat naik beberapa keping foto di Instagram Penampilan Seperti Seorang Lelaki via Instagram Cik B Dalam hantaran sebelum ini Cik B dil...
Seram Jangan Nginap Apartment Ni Bila Pergi Cameron

Seram Jangan Nginap Apartment Ni Bila Pergi Cameron

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 191 hits
Seram di Seram Jangan Pilih Apartment Ini di Cameron Highlands Hai semua Kalau korang bercadang nak pergi bercuti ke Cameron Highlands ada satu apartment yang korang patut elak apartment ni namanya ssee mo re Serius banyak cerita seram yang...
Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro

Schizzo Redux Walzwerk S Made To Order Bmw R 12 Caf Racer

Kenapa Bisnes Anda Perlu Pilih Syarikat Design Printing Profesional Jimat Masa Kos Hasil Lebih Berkualiti

Kelantan Cuba Rempuh Polis Lepas Tembakan

Indonesia Siasat Kemungkinan Terdapat Kesan Radioaktif Dalam Udang Eksport Harian Metro

Zii Jia Kembali Mahu Akhiri Kempen Di Paris Tanpa Kecederaan

Pertama Kali Join Group Tadabbur Bersama Ustazah Wan Jah

Murid Kejar Kereta Ibu Tular Polis Buka Kertas Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anwar Rasmi Fasiliti Kenderaan Perisai Mildef Bernilai Rm2 Bilion

Usung Kereta Naik Tangga Ramai Kagum Tengok Kegigihan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal

Isu Bendera Kena Matang Jangan Jejas Kerjasama Umno Dap Kata Nur Jazlan

Mujahid Using Non Muslim Firms In Th S Rebranding Is Permissible

Prs Chief To Make Way For Vice President John Sikie Tayai

Jadwal Al Nassr Vs Al Ahli Di Final Saudi Super Cup 2025 Malam Ini Penentuan Juara