Cantik Dan Sihat Dengan Buah Tomato



Bila disebut tentang tomato, pastinya yang tergambar di fikiran anda adalah ianya sangat masam dan berwarna merah terang.  Ada yang mengemarinya secara mentah atau yang sudah dimasak.

Tomato boleh didapati dengan mudah di Malaysia kerana senang ditanam dan dijaga.  Sangat popular di Itali dan sajian yang disediakan oleh mereka. Walaupun ianya masam, tomato mempunyai pelbagai khasiatnya tersendiri.

Warna merah pada tomato adalah disebabkan oleh likopena iaitu sejenis pigmen yang boleh menghasilkan warna merah pada sayur-sayuran.  Pigmen ini penting kerana mempunyai antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan badan.

Tidak kira dimakan secara mentah mahupun setelah dimasak, tomato tetap akan memberi khasiat kepada kita.    
Khasiat tomato akan lebih mudah diserap oleh tubuh badan jika dimakan dalam bentuk jus, pes, atau sos.  Mengamalkan tomato dalam diet seharian kita sedikit sebanyak boleh membantu untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran tubuh badan kita
Cantik dan Sihat dengan Buah Tomato
Obesiti Obesiti atau kegemukkan melampau yang melanda Malaysia kini terutamanya golongan kanak-kanak dan juga orang dewasa amat membimbangkan.

Untuk mengurangkan berat badan, amalkan memakan satu atau dua biji tomato setiap hari tanpa perlu mengambil sarapan selama 2 bulan.

Kaedah ini dianggap cara yang paling selamat untuk mengurangkan berat badan, walaupun anda tidak mengambil sarapan usah bimbang kerana tomato akan membekalkan elemen-elemen penting yang diperlukan untuk badan seperti tenaga dan gula semulajadi.   
Gangguan Pernafasan Gangguan pernafasan seperti lelah dan asma sangat merimaskan dan membataskan pergerakan anda bukan?

Dengan hanya meminum satu gelas jus tomato segar dicampurkan bersama madu dan buah pelaga setiap hari mampu melawan penyakit ini.

Tomato akan bertindak sebagai agen pertahanan badan dan selain itu juga membantu untuk mengurangkan pencampuran ubat-ubatan yang selalunya terjadi pada penghidap penyakit batuk berdarah

Usus dan Hati Berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam perut dan sembelit.  Anda hanya perlu meminum segelas penuh jus tomato segar setiap hari yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Seeloknya diminum di awal pagi kerana ia memudahkan penghadaman.  Selain daripada membantu merawat masalah usus dan hati, ia juga boleh membantu ibu yang mabuk di awal kehamilan.  Lebih elok sebelum dijadikan jus, kulit buah tomato itu dibuang untuk memudahkan penghadaman dan masalah sembelit

Mata Tomato sangat baik untuk kesihatan mata kerana ia kaya dengan vitamin A. 

Penyakit mata seperti rabun malam dan rabun jauh atau penyakit mata yang lain terjadi kerana kurangnya vitamin didalam badan.  Bukan sahaja lobak merah atau berri baik untuk mata, tomato juga boleh membantu menghasilkan vitamin yang diperlukan oleh badan. 

Tidak hanya tomato berfungsi membantu mendapatkan mata yang sihat, daun dari pokok tomato jika direndamkan didalam air panas selama 15 minit dan ditutup rapat mampu untuk merawat penyakit saraf mata.  Tomato hanya perlu dijadikan jus dan diminum setiap hari pada waktu pagi dan malam

Kulit Tomato sangat sinonim dengan kecantikan dan kesihatan kulit juga.  Manfaatnya yang tersendiri untuk melicinkan dan menegangkan kulit amat diyakini oleh masyarakat dunia. 

Dikatakan makanan yang dimasak dengan kandungan tomato yang tinggi boleh membantu kerosakkan kulit akibat cahaya matahari.  Jika tidak gemar untuk dimakan, apakata cuba jadikan tomato sebagai masker pada muka.

Hanya potongkan tomato dan gosokkan nya pada muka setiap hari sebagai amalan. Nescaya kulit anda akan lebih berseri kerana air dari tomato membantu untuk membuang sel-sel kulit mati.  Untuk hasil yang lebih baik pada kulit anda, makan tomato mentah setiap hari kerana ia mempunyai vitamin A, vitamin C dan vitamin E

Kanser Prostat Untuk kaum lelaki, tomato sangat besar khasiatnya untuk mengurangkan risiko mendapat kanser prostat. 

Kanser prostat didapati boleh membunuh kaum lelaki secara perlahan-lahan kerana tiadanya tanda-tanda awal yang drastik. 

Amalan memakan 10 biji tomato setiap minggu mengurangkan anda kepada risiko kanser ini sehingga 35%.  Apa sahaja makanan yang berasaskan tomato dianggap baik diamalkan

Kencing Manis Kandungan karbohidrat yang sangat rendah didalam tomato menjadikan ianya salah satu sayur-sayuran yang baik untuk pesakit kencing manis.  Tomato berfungsi untuk mengawal peratusan gula dalam darah dan air kencing pesakit kencing manis ini. 

Amalkan memakan tomato secara mentah setiap hari apabila lapar bagi mengantikan nasi atau makanan manis yang lain.  Diet ini membantu pesakit kencing manis untuk mendapat khasiat yang sama seperti memakan nasi tetapi melalui makanan yang lebih baik dan berkhasiat

Kutil Jika anda mempunyai kutil atau ketuat ditubuh anda, tomato boleh membantu untuk membuang masalah luaran anda itu. 

Hanya perlu rendamkan tempat yang mempunyai kutil atau ketuat itu ke dalam air suam selama 10 saat dan kemudian hiris kecil tomato yang masih hijau untuk diletakkan pada kutil atau ketuat yang ada selepas itu balut dengan kain dan hanya buka pada keesokan paginya.  Amalkan setiap malam nescaya kutil dan ketuat itu akan berkurangan dan mati

Sumber: Pesona Pengantin
Petua tambahan, memberi anak makan buah atau puree tomato secara konsisten boleh mencegah penyakit cacing yang sering menyerang kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas... 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2014/02/khasiat-si-merah-jingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Kekalkan Kulit Cantik Dan Sihat Ketika Bulan Puasa

Cara Kekalkan Kulit Cantik Dan Sihat Ketika Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 812 hits
Ramai yang risau akan kesihatan kulit ketika bulan puasa Ini kerana pengambilan air pada waktu siang tidak mencukupi untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari Lebih teruk lagi jika kalian adalah individu yang berada dalam situasi te...
Tips Dan Panduan Beli Buah Delima Yang Betul

Tips Dan Panduan Beli Buah Delima Yang Betul

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 633 hits
Tip Dan Panduan Beli Buah Delima Yang Betul Jika anda jarang beli buah delima anda tentu tak pasti mana satu buah delima yang terbaik dan elok luar dan dalamnya kan So kena ambil tahu tips dan panduan beli buah delima yang betul masih elok ...
Owhhhh Saya Nak Balik Kampung Jumpa Anak Buah

Owhhhh Saya Nak Balik Kampung Jumpa Anak Buah

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 385 hits
MOHD SHAH RIMEncik kat kemana ni Nak balik kampung tuan Perintah MCO tak benarkan encik balik kampung Saya Menteri
Buat Kuih Kelepong A K A Onde Onde A K A Buah Melaka

Buat Kuih Kelepong A K A Onde Onde A K A Buah Melaka

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1065 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Buat Kuih Kelepong a k a Onde Onde a k a Buah Melaka Mrs A panggil kuih ni kuih kelepong kalau ikut bahasa daerah Negeri Sembilan kuih kolopong ha gitteww tapi nama lain kuih ...
Karamah Maryam Dengan Mendapatkan Buah Yang Bukan Pada Musimnya

Karamah Maryam Dengan Mendapatkan Buah Yang Bukan Pada Musimnya

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 233 hits
Kali ini kita akan melihat di antara mukjizat Maryam Maryam pernah mendapati buah yang bukan pada musimnya di mihrabnya Kali ini juga dibahas bagaimanakah Maryam menjadi wanita terpilih Posting ditampilkan lebih awal di
Covid 19 Kisah 71 Gelandangan Warga Asing Dari 18 Buah Negara Di Kl

Covid 19 Kisah 71 Gelandangan Warga Asing Dari 18 Buah Negara Di Kl

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 305 hits
Ravin Palanisamy 71 orang gelandangan warga asing ditempatkan di Dewan Serbaguna Alam Damai untuk melindungi mereka ketika wabak Covid 19 menular Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal 8 April 2020 APABILA pihak berkuasa mula mengumpu...
Domino S Memperkenalkan Ratu Kek Lava Bersama Raja Buah Durian Lava Cake

Domino S Memperkenalkan Ratu Kek Lava Bersama Raja Buah Durian Lava Cake

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 650 hits
Lazat menyelerakan dan kaya dengan aroma dan rasa raja buah inilah yang dapat dinikmati apabila kek lava klasik digabungkan dengan raja segala buah iaitu durian Anda berani untuk mencuba Kepada penggemar Durian diluar sana bagi Cik iena and...
Ragam Anak Anak Buah Sepanjang Pkp

Ragam Anak Anak Buah Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 497 hits
Hi korang Sepanjang PKP ni SA memang x jumpa la anak anak buah yang lain kecuali Dida yang tinggal kat rumah SA dengan mommy dia rindunya kat diorang biasanya dapat gambar thru whatsaap dan buat video call je kadang kadang 2 hari sekali hil...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya