Cameron Highlands Cabaran Buat Parti2 Melayu Dalam Ph Untuk Menangkan Dap




Esok, 12 Januari adalah hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Cameron Highlands, manakala hari pengundian ialah 26 Januari depan.


Pakatan Harapan telah memutuskan wakil DAP, M Manogaran sebagai calonnya, sementara BN meletakkan Ramli Mohd Nor, bekas pegawai polis yang berketurunan suku kaum Senai.


Seorang lagi calon, M Kayeas daripada MyPPP dijangka turut menawarkan diri sebagai calon Bebas.


Komposisi kaum bagi Cameron Highlands ialah Melayu 34 peratus, Cina 29 peratus, India 15 peratus dan Orang Asli 22 peratus.


Pada PRU14 lalu, calon MIC yang mewakili BN, C Sivarajah telah menang dengan menewaskan calon DAP, M Manogaran, calon Pas, Mohd Tahir Kassim dan calon PSM,  B Suresh Kumar dengan majoriti 597 undi.


Pada pilihanraya kecil 26 Januari depan, selain MIC menarik diri dengan memberi laluan kepada UMNO memilih calon, Pas juga memutuskan tidak bertanding dan secara terbuka menyatakan sokongan kepada BN.


Dengan yang demikian, pertembungan sebenar bagi pilihanraya kecil Cameron Highlands ini adalah antara Pakatan Harapan melalui calonnya daripada DAP, M Manogaran dan BN yang meletakkan Ramli Mohd Nor sebagai calon.


Dalam ertikata lain, pilihanraya kecil Cameron Highlands ini adalah pertembungan Melayu dengan bukan Melayu serta pertembungan DAP dengan UMNO.


Di atas kertas, laluan BN ternampak lebih mudah kerana pengundi Melayu dan Orang Asli sudah pasti akan memihak kepada Ramli Mohd Nor berbanding M Manogaran. Ditambah lagi dengan adanya bantuan dan sokongan daripada Pas, laluan menuju kemenangan itu ternampak lebih cerah lagi.


DAP barangkali hanya boleh bergantung harap kepada undi kaum Cina dan India saja yang masing-masing mewakili peratusan pengundi sebanyak 29 peratus dan 15 peratus.


Jika DAP gagal menembusi kelompok pengundi Melayu yang mewakili 34 peratus dan Orang Asli yang mewakili 22 peratus, ia bukan saja menyukarkan laluannya untuk menang, malah akan menyebabkan majoriti kekalahan akan bertambah besar lagi berbanding PRU14 lalu.


Realitinya, di Cameron Highlands ini, ia adalah suatu pilihanraya yang mencabar kemampuan Bersatu, PKR dan Amanah untuk menarik pengundi Melayu agar memberi sokongan kepada calon DAP yang mewakili Pakatan Harapan.


Di sebalik pelbagai isu seperti kenaikan harga barang, kos sara hidup, janji manifesto yang belum tertunai, kenyataan Tun Mahathir Mohamad berkenaan peranan penting DAP dalam kerajaan dan sebagainya, mampukah parti-parti Melayu dalam Pakatan Harapan menarik sokongan yang diharap-harapkan itu? (ShahbudinHusin 11/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/cameron-highlands-cabaran-buat-parti2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Cameron Highlands Selepas Calon Dap Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Pakatan Harapan Ugut Tok Batin Pula

Prk Cameron Highlands Selepas Calon Dap Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Pakatan Harapan Ugut Tok Batin Pula

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 662 hits
Selepas Manogaran Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Taktik Ugut Digunakan PH Calon DAP M Manogaran yang bersikap rasis apabila melabelkan Orang Asli sebagai Kuih yang tidak akan di beli Orang Melayu kini Pakatan Harapan mula menggugut Tok Bat...
Dap Tak Tahu Malu Letak Calon Di Cameron Highlands

Dap Tak Tahu Malu Letak Calon Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 410 hits
Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran KUALA LUMPUR DAP bukan sahaja bongkak dan retorik tetapi seolah olah tidak tahu malu apabila tanpa segan silu meletakan calon bertanding Pilihan Raya Kecil P078 Cameron Highlands Dengan begitu teruja mas...
Dap Advantage With Mic In Cameron Highlands Polls

Dap Advantage With Mic In Cameron Highlands Polls

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 352 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng conceded that DAP will face a stiff fight in the by election on Jan 26 Lim said MIC would be at an advantage as the party had held the parliamentary seat for a long time The seat has never been won by Paka...
Prk Cameron Highlands Dap Akui Persaingan Cukup Sengit

Prk Cameron Highlands Dap Akui Persaingan Cukup Sengit

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 372 hits
GEORGE TOWN Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui DAP akan berdepan dengan perlawanan sengit pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands 26 Jan ini Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kelebihan sudah tentu berpihak kepada ...
Tediaa Nenek Sekolahkan Calon Dap Prk Cameron Highlands

Tediaa Nenek Sekolahkan Calon Dap Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 647 hits
LIPIS Saya dah tak tahan nak pendam jadi hari itu saya suarakan apa yang terbuku Itu reaksi seorang nenek yang juga pemilik sebuah kedai runcit di Felda Sungai Koyan 1 Rahana Hassan 76 yang tular selepas klip rakaman video berdurasi tiga mi...
Prk Cameron Highlands Kayveas Lawan Calon Dap

Prk Cameron Highlands Kayveas Lawan Calon Dap

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 425 hits
PETALING JAYA Tan Sri M Kayveas dijangka akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya kecil 26 Januari ini Menurut sumber bekas presiden MyPPP itu akan membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat termasuk parti ma...
Bekas Calon Dap Parlimen Cameron Highlands Mula Turun Padang

Bekas Calon Dap Parlimen Cameron Highlands Mula Turun Padang

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 305 hits
Kit Siang berkata masih terlalu awal untuk DAP menamakan siapa calon sebenar bagi mewakili parti itu pada PRK berkenaan kerana untuk bertanding sebagai calon pada mana mana pilihan raya ia akan membabitkan pelbagai peringkat proses dan tapi...
Bn Letakkan Calon Orang Asli Tanding Di Cameron Highlands

Bn Letakkan Calon Orang Asli Tanding Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 639 hits
LIPIS Tidak sampai 24 jam lagi teka teki siapa calon Barisan Nasional yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands akan terjawab apabila pengumuman berhubung perkara itu dijadual akan dilakukan di ibu negara esok...
Prk Selesaikan Masalah Jalan Sesak Di Cameron Highlands

Prk Selesaikan Masalah Jalan Sesak Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 438 hits
LALUAN sempit ditambah pula dengan jumlah kenderaan terlalu banyak sering mengakibatkan perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 minit dari Tringkap ke Brinchang boleh mencecah hingga sejam pada musim cuti umum Ini antara masalah lapuk ya...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998

S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini