10 Dalil Kenapa Perlu Undi Calon Bebas Cmk Shukri Ramli



Pilihanraya kecil DUN Chini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain dan dua orang calon bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli. Justeru pengundi Chini diminta membuat pilihan yang terbaik ketika membuang undi pada 4 Julai ini. Kenapa ada perlu memilih calon bebas Pro Rakyat yang juga seorang aktivis masyarakat iaitu calon nombor dua CMK Shukri Ramli?. Di bawah ini 10 dalil kenapa rakyat perlu mengundi beliau

PERTAMA
Beliau sudah bersama dengan perjuangan rakyat secara serius sejak tahun 1998 lagi. Sepanjang perjuangan itu berbagai cabaran, dugaan dan  rintangan telah dilalui termasuk ditahan pihak polis, disaman, dibelasah, diugut, rumah dipecah masuk, bertanding pilihanraya serta berbagai-bagai lagi.  Sepanjang hampir 22 tahun itu, ia berjaya mematangkan diri beliau untuk terus istiqomah berjuang bersama rakyat walau pun dalam apa jua keadaan. Beliau  sanggup meletakkan jawatan (tetap dan berpencen) 24 jam daripada  Kerajaan Negeri Pahang untuk bersama dalam arus perjuangan rakyat.  Perletakkan jawatan beliau bermula pada 31 Oktober 2003, pada usianya 33 tahun selepas menabur bakti kepada kerajaan negeri selama 8 tahun. Beliau juga pernah terlibat dengan NGO di Pahang seperti Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Pahang (DPMM) sebagai Pengarah Keahlian dan Majlis Belia Negeri Pahang (MBN) dibawah Jawatankuasa

KEDUA
Beliau kini adalah  aktivis bebas, tidak bekerja tetap dan boleh berkhidmat kepada  rakyat 24 jam. Ini bermakna rakyat boleh berjumpa dan berinteraksi  dengan beliau pada bila-bila masa yang sesuai tanpa perlu ada protokol. Sebagai aktivis, beliau lebih mudah didampingi oleh segenap lapisan rakyat walau dimana sahaja tanpa ada sebarang kekangan dan sekatan. Beliau bermula dari bawah dan tidak naik secara mendadak seperti lain-lain pemimpin yang tiba-tiba  muncul seleas melompat parti sana sini untuk kejar jawatan. Laman blog nya www.cucumatkilau.blogspot.my, Facebook, IG dan Twitter #cmkcucumatkilau #cucumatkilau

KETIGA 
Kehadiran beliau sebagai wakil rakyat bakal membuka mata dan telinga semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam membuat apa jua tindakan  terutamanya yang berkaitan dengan rakyat. Beliau amat popular dengan "trademark" yang amat dikagumi serta dikenali oleh seluruh rakyat Pahang iaitu CMK  (Cucu Mat Kilau) dan PDO (Pahang Daily Online). Beliau adalah bekas krew PDO yang paling disegani satu ketika dulu. Satu lagi trademark terbaru yang kini  semakin popular dihati rakyat ialah CMK FM iaitu radio internet yang dikendalikan oleh beliau sendiri. Sekiranya semua trademark ini digabungkan dan berada  di dalam Dewan Undangan Negeri Pahang, maka ia memberi kekuatan kepada rakyat kerana "mata dan telinga" mereka kini berada di  dalam DUN untuk menjadi "fighter" dalam isu berkaitan pencemaran alam sekitar, pencerobohan hutan, pengondolan bukit, perlombongan haram yang berlaku di Chini dan Pahang amnya. 

KEEMPAT
Beliau sudah empat kali terlibat dengan pilihanraya. Pertamanya pada tahun 2004 (PRU-11) di DUN Lepar, namun kerusi itu diserahkan kepada  calon PAS (Ust Rosli Abd Jabar) akibat krisis dalaman yang melanda Parti Keadilan Nasional (PKN) Bahagian Paya Besar ketika itu. Keduanya, beliau bertanding di DUN Kemayan atas tiket  Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2008 (PRU-12), pernah ditawar tarik diri namun beliau terus lawan biar pun tewas. Ketiga, beliau pernah menjadi calon bebas di DUN Semambu pada PRU-13 namun tewas dengan mendapat 885 undi. Selepas itu beliau cuba menyertai PRK Parlimen Rompin, namun gagal akibat masalah teknikal. Dengan pengalaman ini, ia telah berjaya mematangkan diri beliau untuk terus berjuang  membela rakyat tanpa  mengambilkira fahaman dan ideologi politik masing-masing sebenarnya. 

KELIMA
Beliau antara pelopor awal media baru di Pahang khasnya dan Malaysia amnya. Beribu-ribu tulisan beliau kini dibaca oleh jutaan manusia seantero  dunia. Beliau cukup berpengalaman dalam bidang penulisan yang berorientasikan suara rakyat. Semangat untuk membuat pendedahan siu-isu rakyat telah  mendapat pujian dan sanjungan semua pihak termasuk dari istana sendiri. Beliau banyak mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam agensi kerajaan,  anak syarikat kerajaan, badan berkanun, NGO serta lain-lain lagi. Pendedahan beliau telah diberi perhatian oleh seluruh rakyat, dan ia tidak hanya berkisarkan  masalah politik semata-mata. Dengar pengalaman sebagai Blogger, ia memberi satu kelebihan untuk beliau menjadi seorang wakil rakyat yang lebih berkesan  dalam membawa lebih banyak isu-isu rakyat ke Sidang  DUN Pahang nanti


KEENAM
Beliau banyak membongkarkan isu-isu rakyat di kawasan Kuantan termasuk isu ceroboh tanah, curi balak, curi bijih besi, roboh gerai, saman parking,   peniaga Melayu terpinggir, monopoli perniagaan warga asing, sukan, sampah sarap, bekalan air dan sebagainya. Kebanyakkan pendedahan yang dibuat telah  mendapat perhatian daripada pihak atasan. Malah beliau juga pernah membawa isu ceroboh tanah rezab surau yang pernah disiarkan dua hari berturut-turut  oleh Buletin Utama TV3. Semua isu ini diperjuangkan tanpa mengenal erti jemu semata-mata kerana rakyat. Maka itulah beliau sering dilihat hadir ke majlis  dan program yang berkaitan dengan rakyat selama ini. Hasil kerja beliau telah dapat perhatian semua pihak. termasuk Kerajaan Negeri Pahang sendiri  sebenarnya.  Maknanya suara beliau amat bermakna buat rakyat. Segmen Titik Sentuhan TV1 juga pernah menyiarkan perjuangan rakyat beliau tentang isu jalan rosak di Bukit Sekilau, Kuantan. Pada masa ini beliau aktif dengan NGO Pertubuhan Angkatan Pembela Rakyat. Beliau adalah Pengasas dan Penyelaras NGO terbabit yang kini panas dengan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan premis warga asing yang tumbuhkan bagaikan cendawan lepas hujan di  Jalan Bukit Ubi, Kuantan kebelakangan ini. Isu yang beliau bangkitkan telah mendapat perhatian jutaan netizen seluruh negara kerna beliau satu-satunya rakyat Malaysia dibuat laporan polis oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam isu ini. 
Blog NGO terbabit www.angkaraterjah.blogspot.my , Facebook, IG dan Twitter #Angkatan Pembela Rakyat.

KETUJUH
Beliau satu-satunya individu yang konsisten dalam perjuangan rakyat walau pun sudah dua kali meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu  pada tahun 2004 dan 2008. Beliau bukan sahaja tidak menyertai mana-mana parti politik malahan lebih berani menegur semua pihak yang melakukan kesilapan dan kesalahan kepada rakyat baik kerajaan mahu pun pembangkang. Semasa bersama KeADILan beliau sempat memegang jawatan Ketua Penerangan  AMK Pahang dan Ketua Pemuda KeADILan Paya Besar. Beliau terus konsisten dengan perjuangan walau pun menerima berbagai tohmahan dan kritikan oleh  semua pihak. Semua cabaran serta segala  rintangan itu terus dihadapi dengan hati yang tabah  tanpa mengenal erti jemu. 

KELAPAN
Beliau bukan sahaja berpengalaman dalam bidang penulisan dan IT, malahan juga dalam bidang penyiaran. Pernah bertugas secara sambilan di  Radio Malaysia Pahang dan beberapa buah radio yang lain sebelum ini. Beliau banyak mengendalikan berbagai acara keramaian baik rasmi atau tidak rasmi di  peringkat daerah, negeri mahu pun kebangsaan. Info lanjut di blog www.djshukrie.blogspot.com. Pernah muncul dalam beberapa rancangan TV termasuk  Sinaran  Pasport Kegemilangan pada tahun 1996. Semasa di RTM Pahang beliau mengendaikan segmen "Kuantan Ekspress" dan rancangan kanak-kanak "Jaja  Dan Cici".  Beliau juga banyak terlibat dengan majlis orang kenamaan termasuk melibatkan pemimpin besar negeri dan negara. Kini menubuhkan radio online  streaming di Facebook  yang dikenali sebagai CMK FM. Radio ini bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi banyak membicarakan soal-soal perjuangan rakyat yang beliau bangkitkan


KESEMBILAN
Selepas berehat daripada parti politik pada 11 Februari 2011, beliau banyak menjalinkan hubungan rapat dengan semua pihak termasuk dari kerajaan  mahu pun pembangkang. Hubungan erat yang bertujuan memudahkan urusan membela rakyat itu dilihat sebagai satu landasan terbaik untuk suaranya lebih  didengari. Walau pun agak rapat dengan semua pihak, namun dalam bab membela rakyat beliau tidak kira sesiapa pun jika mahu membuat teguran. Ini penting  untuk beliau membawa suara rakyat dengan lebih lantang  dan berkesan lagi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang


KESEPULUH
Beliau berani bersuara lantang dalam mempertahankan hak-hak rakyat. Malah dia tidak takut dengan sesiapa pun jika mahu membongkarkan  sesuatu isu yang difikirkan membelakangkan rakyat. Banyak isu rakyat  berjaya ditangani dengan baik menerusi beberapa siri pembongkaran yang dibuat. Beliau juga berani naik ke pentas ceramah  untuk membicarakan sebarang isu. Kepetahan beliau bercakap memberi kelebihan untuk dia lebih digeruni jika menjadi wakil rakyat. Beliau membea sesiapa  sahaja tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Maka itu, rakyat DUN Chini perlu memberi undi agar beliau menang pada pilihanraya kecil ini. #pahangdailyhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/06/10-dalil-kenapa-perlu-undi-calon-bebas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Dun Chini Jika Ramai Calon Bebas Cmk Mungkin Undur Diri

Prk Dun Chini Jika Ramai Calon Bebas Cmk Mungkin Undur Diri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 599 hits
KUANTAN Seorang calon bebas mungkin menarik diri dari meneruskan hasrat bertanding di Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada 4 Julai ini nbsp Mohd Shukri Mohd Ramli dalam satu kenyataan hari ini mendakwa dia kurang selesa apabila dua calon bebas...
Bn Dicabar 2 Calon Bebas Di Prk Chini

Bn Dicabar 2 Calon Bebas Di Prk Chini

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 427 hits
PETALING JAYA Pilihan Raya Kecil Chini akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara calon Barisan Nasional dan 2 calon bebas Calon BN Mohd Sharim Md Zain 41 berdepan saingan daripada ahli perniagaan Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin 64 d...
Calon Bebas Tujukan Pantun Azimat Khas Untuk Rakyat Chini

Calon Bebas Tujukan Pantun Azimat Khas Untuk Rakyat Chini

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 365 hits
PEKAN Calon bebas yang dilaporkan akan bertanding di Pilihanraya Kecil DUN Chini Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menukilkan sebuah pantun azimat khas untuk para pengundi dan rakyat di kawasan itu Shukri yang juga seorang blogger di Pahang d...
Calon Bebas Pro Rakyat Prk Dun Chini Yakin Tak Hilang Deposit

Calon Bebas Pro Rakyat Prk Dun Chini Yakin Tak Hilang Deposit

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 516 hits
PEKAN Calon bebas pro rakyat DUN Chini Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau sedia berhadapan pertembungan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Chini 4 Julai ini Beliau yang ditemui ketika mengadakan kunj...
Calon Sama Sama Yakin Guna Kaedah Tersendiri Rayu Undi

Calon Sama Sama Yakin Guna Kaedah Tersendiri Rayu Undi

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 215 hits
Mohd Shahrim menemui masyarakat setempat pada hari kedua tempoh berkempen semalam PEKAN Ramalan umum Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini kini memihak kepada calon Barisan Nasional Mohd Shahrim Md Zin yang dijangka menang dengan m...
Nak Tanding Takut Hilang Deposit Taja Dan Sokong Calon Bebas Itulah Satu Satu Pilihan

Nak Tanding Takut Hilang Deposit Taja Dan Sokong Calon Bebas Itulah Satu Satu Pilihan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 363 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad menggesa pengundi menyokong calon bebas yang juga bekas ahli PPBM Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin pada pilihan raya kecil DUN Chini Bekas perdana menteri itu berharap pengundi tidak akan dipengaruhi sogo...
Prk Chini Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat

Prk Chini Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 292 hits
PEKAN Bahang pilihanraya kecil DUN Chini kian terasa Di sana sini orang memperkatakan soal PRK Chini biar pun pada awalnya ramai yang melihat calon BN akan menang tanpa bertanding selepas Pakatan Harapan mengumumkan tidak sertai PRK kali in...
Tun M Gesa Pengundi Sokong Calon Bebas Lawan Bn

Tun M Gesa Pengundi Sokong Calon Bebas Lawan Bn

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 228 hits
Calon BN tidak boleh dibenarkan menang selesa dalam pilihan raya kecil DUN Chini Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir menggesa pengundi Chini agar menyokong calon Bebas yang juga bekas ahli PPBM Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin bagi menunjuk...
Prk Dun Chini Seorang Lagi Individu Umum Jadi Calon Bebas

Prk Dun Chini Seorang Lagi Individu Umum Jadi Calon Bebas

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 859 hits
PEKAN Seorang lagi individu menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil DUN Chini 4 Julai iniCalon terbaharu ialah Datuk Mohd Mazri Mahmud yang menggunakan logo kereta berdasarkan poster yang diedarkan di ...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live