Calon Pm Tak Boleh Takut Debat Rakyat Nak Nilai Kualiti


agendaily.com25/10/2022
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan debat diadakan dalam kalangan calon Perdana Menteri, tetapi 'poster boy' Barisan Nasional Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolaknya dengan alasan "debat bukan budaya kita".
Calon Perdana Menteri (PM) sepatutnya berani menghadapi sebarang cabaran, termasuk tidak takut berdebat dengan mana-mana pihak, bagi menjelaskan polisi dan hala tuju negara.

Malah, dalam keadaan di mana rakyat akan membuat pilihan siapa yang sewajarnya menjadi PM mereka, perdebatan itu adalah penting untuk menunjukkan kredibiliti.

Sehubungan itu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) membidas kenyataan ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menolak perdebatan dengan pemimpin lain yang dicalon sebagai PM Malaysia kesepuluh dengan alasan “bukan budaya kita”.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO sebelum ini, menerima pencalonan 100 peratus daripada UMNO bahagian sebagai PM sekiranya UMNO dan BN menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Mempersoalkan bila pula debat tidak menjadi budaya Malaysia, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi contoh debat pernah dilakukan antara Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sejak bila pulak debat bukan budaya kita? Bossmu (Najib) pun dah berdebat dengan Anwar bulan Mei lepas.

“Bagilah peluang kepada rakyat Malaysia nak nilai calon PM kita. Inilah cara politik sihat dengan berlawan hujah dengan fakta dan data.

“Kita kalau nak beli barang pun tengok kualiti. Jangan nanti barang order, barang sampai lain,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini mengulas alasan Ismail Sabri yang menolak debat dalam kalangan calon PM.

Pada 20 Oktober, Anwar mencadangkan calon PM daripada tiga gabungan utama yang bertembung dalam PRU-15 perlu berdebat antara satu sama lain sebelum hari pengundian.

Pengerusi PH itu berkata debat berkenaan harus tertumpu kepada perkara berkaitan dasar dan tidak menghina serta mengetengahkan isu yang menjadi tumpuan dalam kempen pilihan raya mereka.

Bagaimanapun, Ismail Sabri hari ini (Selasa, 25 Oktober 2022) menolak cadangan itu dengan mendakwa Malaysia tidak mempunyai “budaya” melihat calon PM berdebat secara terbuka.

Perdana menteri sementara daripada BN itu mendakwa Anwar akan menjanjikan “bulan dan bintang” dalam debat, tatkala beliau sibuk menjalankan kempen pilihan rayanya.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata sebagai pemimpin seseorang itu perlu berani menjawab persoalan dibangkitkan sama ada pihak lawan atau rakyat sendiri.

“Pemimpin kena tunjuk pelan dasar dan polisi untuk hala tuju negara. Kena tunjuk pemimpin yang bakal memimpin Malaysia ada kredibiliti.

“Tunjuk kepada rakyat yang bakal PM kita ini berani ambil sebarang cabaran. Barulah rakyat confident (yakin) nak mengundi calon mana nanti,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/calon-pm-tak-boleh-takut-debat-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manjakan Anak Tu Boleh Tapi Jangan Ikut Sangat Apa Dia Nak Takut Naik Lemak

Manjakan Anak Tu Boleh Tapi Jangan Ikut Sangat Apa Dia Nak Takut Naik Lemak

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 168 hits
Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai Sebenarnya dalam tidak sedar kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif Jika dibiarkan mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti Artikel Menarik Sebaga...
Tradisi Dera Rakyat Nak Pru Pun Suruh Harung Banjir

Tradisi Dera Rakyat Nak Pru Pun Suruh Harung Banjir

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 166 hits
Tradisi dera rakyat Nak PRU pun suruh harung banjirPosted By on October 13 2022Pembubaran parlimen di tengah tengah musim tengkujuh adalah penderaan terkini yang disediakan oleh Kerajaan BN PN kepada rakyat Malaysia Menurut Setiausaha KEADI...
Anwar Takut Nak Menentang Azmin Di Gombak Betoi Ka

Anwar Takut Nak Menentang Azmin Di Gombak Betoi Ka

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 219 hits
Perikatan Nasional menggesa Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menepati kenyataannya yang mahu bertanding di kerusi yang disandang pengkhianat PKR pada pilihan raya akan datang menyifatkan sikap pemimpin pembangkang itu yang bertukar nada ker...
Dah Bubar Parlimen Baru Nak Cakap Mandat Rakyat Ph Tak Sebarang Jawatan Dalam Kabinet

Dah Bubar Parlimen Baru Nak Cakap Mandat Rakyat Ph Tak Sebarang Jawatan Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 163 hits
AHMAD ALBABDah bubar parlimen baru nak sembang pasal mandat rakyat PH pikir kesuhsahan rakyat di musim banjir tak ada sebab PH tak takut parlimen dibubarkan sebab PH tak ada jawatan pun dalam kabinet BN PNkhianat tu yang takut hilang jawata...
Kalau Bongkak Bodoh Sombong Boleh Kah Urus Rakyat Dan Negara

Kalau Bongkak Bodoh Sombong Boleh Kah Urus Rakyat Dan Negara

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 207 hits
KENYATAAN hilang akal dari Rafizi Ada 1001 lagi alasan lain tolak Mahathir tetapi alasan memperbodohkan diri sendiri sangat rugi pada bangsa ugama dan negara Kemenangan dalam Demokrasi cukup dengan majoriti 1 undi Dan setiap calon boleh men...
Rakyat Nilai Sendiri Pemimpin Umno

Rakyat Nilai Sendiri Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 144 hits
Semoga rakyat melihat dan menilai tindak tanduk pemimpin Umno ini Mereka bukan sahaja menyusahkan rakyat selepas mereka bersekongkol dengan pengkhianat dalam menjayakan Langkah Sheraton kemudiannya menjadi kerajaan dengan dua PM yang kesemu...
Pru 15 Rakyat Perlu Pilih Calon Berintegriti Jangan Hanya Fokus Parti Getaran 27 10 2022

Pru 15 Rakyat Perlu Pilih Calon Berintegriti Jangan Hanya Fokus Parti Getaran 27 10 2022

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 188 hits
KUALA LUMPUR Rakyat negara ini digesa memilih calon atau pemimpin yang berintegriti pada Pilihan Raya Umum Ke 15 akan datang sekiranya ingin menentang dan menghapuskan budaya rasuah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadz...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi