Calon Pm Perlu Diputuskan Majlis Presiden Ph Ali Baba 40 Penyamun



Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto fail NSTP/Nurul Shafina Jemenon 


KUALA LUMPUR: Keputusan untuk memilih calon perdana menteri bagi Pakatan Harapan (PH) dan parti sekutunya perlu diputuskan Majlis Presiden gabungan itu supaya ia tidak menjadi mainan politik peribadi tokoh tertentu.Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata parti itu sedia berbincang perkara itu walaupun sebelum ini sudah menyatakan pendiriannya berhubung calon perdana menteri."Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengadakan mesyuarat bulanan hari ini dan membincangkan beberapa perkara termasuk pendirian parti dalam isu calon perdana menteri, mandat rakyat dan persediaan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)."Walaupun PKR sudah menyatakan pendirian dalam isu calon perdana menteri sebelum ini, parti sedia untuk berbincang, namun sebarang keputusan di peringkat PH perlu diputuskan oleh Majlis Presiden."Sebarang cadangan baharu tidak harus dijadikan mainan politik peribadi mana-mana tokoh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Saifuddin berkata, PKR juga kekal dengan pendirian bahawa mandat rakyat mesti dikembalikan kepada PH seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk dalam isu peralihan kuasa antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya, MPP berpendirian bahawa kerjasama antara parti dalam PH perlu diperkukuhkan dan mengingatkan supaya semua pihak sentiasa berwaspada serta jangan terperangkap dengan sebarang usaha atau langkah yang direncana untuk melagakan parti di dalam gabungan itu."PKR dan PH akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-15 lebih awal dari tahun 2023," katanya.Dr Mahathir semalam dilaporkan berkata cadangan supaya Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri bagi PH dan sekutunya dipersetujui sebulat suara dalam pertemuan tidak rasmi gabungan itu pada 25 Jun lalu.Dr Mahathir dalam kenyataan itu berkata, perbincangan tidak rasmi itu dihadiri Shafie, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; beberapa pimpinan DAP termasuk Setiausaha Agung, Lim Guan Eng; Tan Kok Wai, Anthony Loke, M Kulasegaran dan Liew Chin Tong. Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Wira Marzuki Yahya turut hadir.Kenyataan itu juga menyebut, Anwar akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri I manakala Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II.Bagaimanapun, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP dalam satu kenyataan selepas itu memaklumkan kedudukan Mohd Shafie masih belum diputuskan PH.Ini kerana cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu, serta dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH untuk diputuskan secara bersama. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rebut jawatan PM oleh pemimpin PH macam cerita dari filem P.Ramlee 'Ali Baba Bujang Lapok (1960an)'. Isu konflik dalam kes membagi-bagikan harta samunan atas samunan, antara dua beradik Ali Baba dengan Kasim Baba..
Fikir, fikirlah..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/calon-pm-perlu-diputuskan-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shafie Apdal Pm Rujuk Mesyuarat Majlis Presiden Ph

Shafie Apdal Pm Rujuk Mesyuarat Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 215 hits
KENYATAAN Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara pada petang ini telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pencalonan Dato Seri Shafie Afdal sebagai calon Perdana Menteri seperti yang dicadangkan di dalam satu pertemuan tid...
Bendahari Agung Pkr Lee Chean Chung Bukan Anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan

Bendahari Agung Pkr Lee Chean Chung Bukan Anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 309 hits
Kenyataan Bersama Amanah dan DAP bertarikh 20 Jun 2020 1 Kami merujuk kepada kenyataan Bendahari Agung PKR Sdr Lee Chean Chung yang mempertikaikan kenyataan kami semalam berhubung 2 opsyen calon Perdana Menteri yang diputuskan dalam Mesyuar...
Keputusan Ph Terima Atau Tolak Shafie Selepas Mesyuarat Majlis Presiden

Keputusan Ph Terima Atau Tolak Shafie Selepas Mesyuarat Majlis Presiden

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 287 hits
Keputusan PH sama ada menerima atau menolak pencaonan Presiden Warisan sebagai calon PM hanya akan diketahui selepas Jumaat ini Menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sekretariat PH dijadual bermesyuarat pada Khamis ini bagi...
Presiden Bersatu Calon Pm Ke 9 Pas Sokong

Presiden Bersatu Calon Pm Ke 9 Pas Sokong

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 693 hits
KUALA LUMPUR PAS menzahirkan kepercayaan dan sokongan kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang Kesembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru A...
Tolak Adu Domba Hancurkan Ph Isu Shafie Dibincang Majlis Presiden

Tolak Adu Domba Hancurkan Ph Isu Shafie Dibincang Majlis Presiden

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 271 hits
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN semalam memutuskan untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam kalangan parti parti komponen Pakatan Harapan di tengah tengah adu domba pelbagai pihak bertujuan memecahkan kesatuan yang dibina sejak dua ...
Cadangan Shafie Sebagai Pm Perlu Dibawa Ke Majlis Presiden Ph

Cadangan Shafie Sebagai Pm Perlu Dibawa Ke Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 225 hits
Cadangan untuk menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu Demikian menurut Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guang ...
Pkpp Sabah Benarkan Penganjuran Majlis Kerajaan Swasta Dengan Sop

Pkpp Sabah Benarkan Penganjuran Majlis Kerajaan Swasta Dengan Sop

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 319 hits
KOTA KINABALU 22 Jun Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan pelaksanaan majlis majlis anjuran kerajaan dan swasta sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dengan mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan ...
Uitm Adakan Survey Bagi Adakan Majlis Konvokesyen Secara Janji Temu

Uitm Adakan Survey Bagi Adakan Majlis Konvokesyen Secara Janji Temu

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 462 hits
Nampaknya UiTM akan membatalkan segala aktiviti konvokesyen yang berlaku dalam tahun 2020 bagi program Diploma dan Ijazah kerana penularan pandemik COVID 19 masih lagi berlaku Selain itu Kerajaan juga telah mengeluarkan arahan Perintah Kawa...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama

Aaliyah Massaid Umumkan Hamil Anak Pertama Tepis Gosip Miring Di Awal Pernikahan

Mihun Goreng Melimpah