Calon Pengganti Maria Anggap Pj Dekat Di Hati


 
Calon Parlimen PJ PKR Lee Chean Chung mengakui perlu membuktikan dirinya kepada pengundi.PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, mungkin anak jati Kuantan, namun PJ bukanlah asing baginya apabila pernah tinggal di situ pada 2003 selama sedekad.
Lee berkata, pengalamannya selama hidup di PJ memudahkannya memahami isu dihadapi penduduk di situ pada hari ini, namun beliau mengakui mempunyai tanggungjawab besar untuk memikul tugasan yang pernah digalas bekas Ahli Parlimen di situ, Maria Chin Abdullah.
“Saya pernah tinggal di PJ selama 10 tahun. Memang saya kenal benar kawasan ini,” kata Lee, yang juga pernah memegang jawatan naib ketua pemuda PKR Petaling Jaya Utara pada 2010.
Lee berkata beliau pernah bekerja rapat bersama kumpulan-kumpulan di PJ sebelum ini, malah menegaskan mereka bukan asing baginya, selain menyuarakan azam untuk meneruskan kerja hebat Maria.
“Memang besar tanggungjawab yang perlu saya galas daripada Maria. Beliau begitu banyak melakukan pelbagai aktiviti pemerkasaan, malah begitu dipuji ramai penduduk dan kumpulan.
“Saya memang perlu membuktikan keupayaan diri untuk meneruskan tahap perkhidmatan tinggi beliau untuk penduduk PJ,” katanya.
Keputusan PKR untuk mencalonkan Lee dan bukannya Maria mencetuskan kekecewaan segelintir penduduk yang menganggapnya sesuatu yang tidak perlu.
Disoal bagaimana beliau mampu meyakinkan penduduk supaya menerimanya sebagai Ahli Parlimen, Lee berkata tiada formula magis, sebaliknya penting supaya rakyat tahu beliau akan bersama mereka untuk tempoh jangka panjang.
“Umum mengetahui pengundi di PJ antara yang paling sofistikated di Malaysia. Adalah penting untuk mereka yakin bahawa saya bukan sekadar mahu bertanding, malah akan berada di sini untuk tempoh lama demi berkhidmat untuk rakyat,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak pernah membayangkan dirinya sebagai ahli politik, tetapi pada usia muda merasa tidak berpuas hati bahawa peluang dan keistimewaan lebih mudah untuk golongan tertentu saja.
Ads by Kiosked“Kita diajar, sekiranya melakukan yang terbaik kita akan berjaya, namun itu bukan hakikatnya apabila memasuki masyarakat,” katanya dengan menambah perkara ini membakar semangatnya untuk masyarakat yang lebih adil.
Beliau juga melihat perubahan struktur dan pembaharuan institusi yang ada tidak cukup untuk membawa perubahan sebenar, sebaliknya ahli politik yang bagus sebenarnya penting untuk tujuan itu.
“Kita mungkin mempunyai sistem terbaik, tetapi jika orang yang melaksanakannya di peringkat atasan bukan yang terbaik mereka masih mampu mengawal sistem itu. Tugas saya sebagai orang dalam parti adalah untuk turut memastikan calon yang terbaik,” katanya.
Diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa PJ memerlukan “Cina berpendidikan” ketika melepaskan Maria, Lee berkata terpulang kepada kepimpinan untuk menyatakan pandangannya namun beliau sendiri tidak menggunakan isu perkauman.
“Kita tidak sekadar melabel diri kita berdasarkan kaum. Saya juga mahu membuktikan keupayaan sendiri berdasarkan rekod prestasi, bukan semata-mata atas identiti saya,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/11/calon-pengganti-maria-anggap-pj-dekat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Calon Ph Paling Dekat Dengan Komposisi Kaum Di Malaysia

Jumlah Calon Ph Paling Dekat Dengan Komposisi Kaum Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 272 hits
BORHAN AHMADBerdasarkan komposisi kaum di Malaysia calon yang dinamakan oleh Pakatan Harapan adalah paling hampir dengan komposisi kaum berkenaan berbanding parti parti lain Bahkan Harapan menamakan calon Melayu Bumiputra dan India lebih da...
Pru15 Penyokong Calon Tidak Puas Hati Punca Kekecohan Di Tenom

Pru15 Penyokong Calon Tidak Puas Hati Punca Kekecohan Di Tenom

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 447 hits
Kekecohan yang berlaku di Pusat Penamaan Calon di Tenom Sabah pada Sabtu tercetus apabila seramai 300 penyokong Datuk Peter Anthony tidak berpuas hati lalu cuba memecah masuk pintu Dewan DSP Antanom Bagaimanapun Pesuruhjaya Polis Sabah Datu...
Pru 15 Di Gugurkan Sebagai Calon Bn Ismail Muttalib Di Risik Oleh Parti Lain

Pru 15 Di Gugurkan Sebagai Calon Bn Ismail Muttalib Di Risik Oleh Parti Lain

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 281 hits
MARAN Selepas dikatakan tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional di Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang dilihat sebagai calon boleh menang kini dirisik oleh parti pembangkang Difahamkan sebuah parti Melayu telah menawarkan Isma...
Susunan Calon Zahid Hamidi Walau Ada Ciri Keberanian Ramai Yakin Cuma Mampu Menang Kurang 40 Kerusi Parlimen

Susunan Calon Zahid Hamidi Walau Ada Ciri Keberanian Ramai Yakin Cuma Mampu Menang Kurang 40 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 242 hits
Daripada satu segi berdasarkan senarai calon calon BN yang diumumkan semalam ia dengan ketara menunjukkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memiliki suatu keberanian yang boleh diberikan pujian Bukan senang untuk mengenepikan mereka yang ber...
Ahli Politik Berdepan Kes Rasuah Tak Patut Jadi Calon Pru15 Kata C4

Ahli Politik Berdepan Kes Rasuah Tak Patut Jadi Calon Pru15 Kata C4

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 322 hits
Ahli politik yang berdepan dakwaan rasuah di mahkamah tidak sepatutnya bertanding pada pilihan raya umum ke 15 kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme Pengerusi kumpulan anti rasuah itu Edmund Terence Gomez berkata ahli politik terbabit me...
Pas Gugurkan Nik Abduh Che Abdullah Dari Senarai Calon Pru15

Pas Gugurkan Nik Abduh Che Abdullah Dari Senarai Calon Pru15

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 338 hits
FMT ReportersBekas Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawi digugurkan dalam senarai calon PRU15 Perikatan Nasional Kelantan PETALING JAYA Bekas Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Ab...
Ahmad Idham Eizlan Yusof Jadi Calon Gta Di Port Dickson Dan Sabak Bernam

Ahmad Idham Eizlan Yusof Jadi Calon Gta Di Port Dickson Dan Sabak Bernam

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 399 hits
BANGI Pelakon dan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri serta pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof diumumkan sebagai calon bagi Gerakan Tanah Air bagi Pilihan Raya Umum Ke 15 Ahmad Idham dan Eizlan daripada badan bukan kerajaan Gagasan Bangsa masing...
Pas Sabah Seru Ahli Penyokong Undi Calon Grs Bn

Pas Sabah Seru Ahli Penyokong Undi Calon Grs Bn

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 269 hits
SEMUA ahli serta penyokong PAS Sabah diminta untuk membantu dan mengundi calon mewakili Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Setiausaha PAS Sabah Aliakbar Gulasan berkata sokongan kepad
Imigresen Tumpas Aktiviti Pengurup Wang Didalangi Warga Asing

Selangor Dan Arm Latih 10 000 Jurutera Tempatan Dalam Rekabentuk Cip Semikonduktor

Langgar Lari Wanita Pejalan Kaki Maut Bayi Stabil Di Hospital

Best Online And Offline Marketing

Jersi Terkini Big 6 Premier League Musim 2025 26 Home Away Third Kit

The Forgotten Postal Rebellion When Mail Carriers Went On Strike In 1970

Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

Packaging Kopi Custom Membezakan Jenama Anda Dari Pesaing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lepas Dia Tiada Jalan Di Upsi Rasa Kosong Throwback Sahabat Karib Mangsa Tragedi Bas Upsi Meruntun Jiwa

Lumos Tablet Berkualiti Tinggi Paling Murah Hanya Rm499

The Ultimate Guide To Facelift In Malaysia Everything You Need To Know

Dulu Susu Pampers Sekarang Yuran Semester

Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas

Edysport Sesalku Chord