Calon Dan Penyandang Mb Johor Takkan Ulangi Kesilapan Ph



Datuk Seri Hasni Mohammad dianggap orang lama dalam politik Johor, dengan lebih 20 tahun berkhidmat sebagai ahli Parlimen dan sudah tiga penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kini Menteri Besar.
Dalam wawancara bersama Sinar Ahad, beliau berkongsi gagasan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Johor, pengalaman 22 bulan sebagai pembangkang, tentang Undi18 serta tawaran masa depan oleh parti tertua itu.
Ikuti wawancara eksklusif yang dikendalikan oleh Penerbit Berita dan Program Sinar Harian, Hazwan Mokhtar bersama Hasni baru-baru ini.
SINAR AHAD: Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Barisan Nasional (BN) tumbang di peringkat Persekutuan dan Johor. Apakah perasaan yang bermain ketika itu dan pernahkah Datuk bayangkan BN akan ditumbangkan?
HASNI: Ada pihak mengatakan kalau BN tumbang di Johor, satu negara boleh tumbang. Maka pada PRU14 kalau masih ingat lagi, sama ada dari segi calon atau parti bertanding serta program yang diadakan menuju ke PRU14, gelombangnya begitu kuat untuk menjadikan Johor sebagai gelanggang utama pada PRU14.
Kita dapat lihat, ramai heavyweight yang bertanding pada waktu itu selain presiden-presiden parti serta tokoh-tokoh pemimpin daripada pelbagai parti. Apabila melihatnya begitu ketara, BN membuat persediaan seperti biasa. Kita menganggap isu-isu pada waktu itu adalah isu-isu persekutuan dan banyak tertumpu kepada soal personaliti. Isu berbangkit juga tidak melibatkan Johor, maka apa yang kita rasakan gelombang itu tidak akan sampai ke Johor.
Sewaktu kita berkempen, kita menyedari bahawa isu-isu yang berlegar dalam masyarakat, kempen-kempen dan siri ceramah yang dianjurkan banyak memperkatakan soal kerajaan Pusat. Maka, kita jangkakan bahawa calon-calon Parlimen ini berhadapan dengan cabaran yang cukup hebat tapi kita tak menjangkakan ia memberi kesan kepada kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kita menang dengan 19 kerusi dan satu daripada Pas, menjadikan 20 kerusi di pihak pembangkang dan selebihnya Pakatan Harapan (PH) waktu itu. Itu memang sesuatu di luar jangkaan. Kita sebagai parti menerima hakikat kekalahan itu dan menjadi satu peringatan yang mendalam dan kesedaran sebagai parti.
Kita terus menjunjung demokrasi yang ada dan tidak mengunci pagar, melarikan fail dari pejabat dan tidak berlaku sebarang kejadian, seolah-olah kita menyekat parti yang diberikan mandat oleh rakyat. Malah, kita mengikut peraturan yang ditetapkan, maka pada keesokannya proses pembentukan kerajaan berjalan lancar, Menteri Besar baharu mengangkat sumpah dan kerajaan terus mentadbir dan kita terima sebagai pembangkang.
Johor antara negeri yang paling panas sehinggakan dua kali bertukar Menteri Besar dan kini berhadapan dengan PRN. Bagaimana Datuk melihat ketidakstabilan politik ini, tiada satu parti politik yang berjaya memonopoli pentadbiran kerajaan?
Ketidakstabilan dengan pertukaran dua Menteri Besar tiada kaitan dengan BN. Malah, tiga daripada ADUN BN yang melompat ke sebelah PH waktu itu dan kita tidak mengganggu pentadbiran. Kita terus berfungsi sebagai pembangkang dan ketidakstabilan yang berlaku adalah pada PH waktu itu kerana ada perebutan kuasa dan perbalahan antara mereka.
Apabila itu berlaku, mereka terpaksa melantik seorang Menteri Besar yang baharu kerana yang lama diminta meletakkan jawatan. Kita sebagai pembangkang hanya memerhati dan melihat perubahan, malah kita mendesak Menteri Besar kedua melakukan yang lebih baik. Uniknya di Johor ini, walaupun pertukaran Menteri Besar itu berlaku sehingga tiga kali, apa yang kita dapat lihat, Johor terus ada pentadbiran dan bergerak sebagai satu kerajaan, sama ada kerajaan kuat atau tidak, bergantung kepada perancangan kerajaan dalam satu-satu tempoh.
Tapi, walau dengan bilangan dan ketidakstabilan DUN, urusan pentadbiran sepatutnya boleh berjalan dengan lancar dan tiada siapa yang nak mengganggu gugat. Buatlah apa jua perancangan, kita sebagai pembangkang waktu itu akan menjadi semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan negeri. Itu sahaja yang kita lakukan dalam tempoh 22 bulan untuk menjadi pembangkang yang baik dan benar-benar mengemukakan pandangan, cadangan, maklum balas untuk kita merangka bajet dan membentangkan bajet pada tahun 2019 dan 2020. Kita membuat teguran dan cadangan balas dalam bajet-bajet yang dikemukakan dan setiap kali Dewan bersidang, kita adakan FB Live untuk kita bincangkan perkara-perkara yang dibuat dalam DUN.
Tapi, setelah kita menjadi kerajaan, kita menjangkakan pembangkang (PH) akan buat perkara yang sama untuk mengulas dan berbincang, tapi tiada. Tiada apa yang dibuat kerajaan PH pada waktu itu, mereka bersetuju sahaja apa yang kerajaan buat dan cadangkan. Maka, saya kira itu bukanlah kematangan yang baik.
Ramai yang melihat PRN Johor ini merupakan satu indikator dalam menghadapi perang yang lebih besar iaitu PRU15. Sekiranya BN menang dalam PRN ini, adakah ini bermakna BN akan benar-benar menguasai PRU15 dengan selesa?
Pada pendapat saya, setiap pilihan raya ada kelainannya. Apa yang berlaku pada PRU14 tidak akan berlaku dalam PRN kali ini dan tentunya tidak akan berlaku dalam PRU15. Setiap pilihan raya, saya percaya ia ada kekuatan dan walaupun kerajaan BN yang mentadbir, ada sebab kenapa pilihan raya perlu diadakan. Kalau di Johor, saya juga ada sebab kenapa pilihan raya kena diadakan.
Jadi, setiap pilihan raya itu berbeza dan saya dari awal lagi menyatakan keputusan PRN Melaka dan Sarawak, itu tidak semestinya menjadi kayu pengukur kepada kedudukan dan keadaan pada pilihan raya di negeri Johor. Maka, parti-parti yang bertanding, kita perlu melihat pilihan raya ini sebagai pilihan raya yang penting dan kita turun berkempen dengan matlamat yang jelas.
Kita perlu nyatakan dengan bersungguh-sungguh bahawa mandat baharu daripada rakyat ini adalah bertujuan untuk kita membawa Johor kepada zaman kegemilangannya. Kita nak PRN ini berkesudahan dengan keputusan dan dapat membentuk kerajaan yang lebih kukuh, lebih berpengalaman dan lebih berupaya untuk membawa Johor ke hadapan berbanding negeri-negeri lain.
Kita tahu cabaran-cabarannya dan kita berdepan dengan Covid-19. Walau apapun yang berlaku di peringkat Pusat, Johor tidak sewajarnya terlepas peluang ini memandangkan kita sebagai negeri di hadapan yang menjadi pintu masuk di selatan ini. Johor mempunyai segala kemudahan infrastruktur dan mencatatkan kejayaan dalam pelbagai sektor yang tiada di negerinegeri lain. Maka, rekod dan peranan parti yang mentadbir kerajaan negeri ini harus bermula di situ, bukannya bermula dengan sekadar apa yang ada, jumlah hasil yang dipungut sekadar apa yang ada hari ini. Ia harus jauh ke depan.
Untuk itu, ia memerlukan parti yang berpengalaman, pernah tahu apa itu Johor Sivil Service (Perkhidmatan Awam Johor), apa itu Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, siapakah Ketua Eksekutif negeri ini. Maka, parti-parti yang bertanding harus juga mencerminkan mereka membawa pengalaman-pengalaman ini daripada awal mereka berkecimpung dalam pembangunan atau politik negeri. Kita tidak boleh melihat Johor dalam konteks Johor sahaja. Sebab itu, pengalaman dan sumbangan besar calon untuk dibariskan itu menjadi kriteria penting dalam menghadapi PRN.
Bagaimana Datuk menggambarkan calon-calon yang bakal bertanding daripada BN sendiri. Adakah Datuk berpuas hati dengan calon yang dinamakan?
Kalau kita segmenkan calon-calon BN yang dikemukakan, lebih 80 peratus berumur 55 tahun ke bawah dengan lebih 70 peratus adalah muka baharu. Kita juga menampilkan lebih 30 peratus wanita. Ia menggambarkan bahawa BN terus menuju ke arah meremajakan sistem pentadbiran dan politik dalam Johor.
Kalau kita lihat, lebih 88 peratus calon BN adalah berkelulusan, yang menjadi salah satu kriteria untuk kita mengetengahkan calon dan tiada satu pun dalam kalangan calon kita yang baru setahun dua dalam politik.
Kita belajar daripada pengalaman, yang mana salah satu daripada kelemahan PH dalam pentadbiran dahulu adalah terlalu ramai yang tidak pernah langsung berada dalam kerajaan. Maka, nak mengubah dasar, menukar itu dan ini, tetapi oleh kerana kegagalan mereka memahami struktur dan sistem dalam kerajaan, maka banyak perkara yang tidak dapat dibuat.
Sebab itu penting bila kita nak ketengahkan calon ini, haruslah mereka yang langsung atau tidak langsung, adalah pemimpin yang sering bergelumang dengan pentadbiran dan yang ada hubung kait dalam dasar-dasar.
Dalam keadaan kita di Johor ini yang terlibat sama dalam menggerakkan badan-badan bukan kerajaan, sukarelawan di Johor, kenal masyarakat di Johor, sistem pentadbiran ketua kampung sebagai contoh, yang menjadi tulang belakang dalam kita menguruskan masyarakat.
Maka, dalam membariskan calon-calon dalam pilihan raya ini, kita mengambil kira kebolehan dalam aspek-aspek ini supaya mereka akhirnya menjadi suara dan telinga kepada rakyat. Jangan jadi wakil rakyat sahaja tapi kurang mendengar.
Mereka juga kena jadi pendengar yang baik dan dengar apa yang rakyat di bawah mahukan. Bakat itu kita tak boleh cari dalam buku tapi ia bakat semula jadi yang ada pada seseorang, dan yang paling mudah adalah calon-calon yang orang kata mudah diterima rakyat kerana penampilannya, budi bahasanya dan pertuturannya. Itu semua menjadi kriteria untuk calon BN.
Apakah janji BN kepada bangsa Johor ?
Berikhtiar sesungguhnya. Itu janji kita. Pilihan raya harus ada matlamat. Saya percaya setiap parti yang bertanding ada matlamat sendiri maka kita juga akan memperkatakan matlamat dan ikhtiar yang kita nak buat dalam mencapai matlamat yang dihasratkan.
Jadi, lima ikhtiar, lima matlamat dan satu tujuan iaitu untuk mengembalikan semula kegemilangan negeri Johor ini. Kita akan persembahkan kepada rakyat agar mereka berpeluang mengukur ikhtiar yang dibuat itu secara bersungguh-sungguh ataupun sekadar ada.
Matlamat yang kita nak capai pula mencakupi semua aspek kehidupan atau perkara-perkara yang akan dapat memajukan negeri Johor dan dapat bawa Johor jauh ke hadapan.
Ikhtiar BN, Johor adalah satu tawaran kepada rakyat untuk mengukur sama ada mereka bersama-sama dengan kerajaan BN untuk melihat orang muda, usahawan, golongan pentadbir atau melihat kepada pertumbuhan ekonomi atau sektor lain, pelaburan.
Johor yang dulu dari tahun 2013 hingga 2018 menerima pelaburan tertinggi dalam negara, antara nombor satu dan dua. Di Johor, kita ada Iskandar Regional Development Authority, East Coast Economic Region dan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT). Kita juga akan strukturkan semula ekonomi untuk menarik lebih ramai pelabur.
Dalam hal ini, saya kata bahawa hayatilah ikhtiar yang BN akan lakukan dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Saya amat yakin bahawa ikhtiar yang kita ketengahkan ini adalah berasaskan kepada kefahaman yang mendalam terhadap potensi yang ada di Johor dan kesedaran yang mendalam terhadap cabaran yang ada untuk negeri Johor.
Bagaimana persediaan menjelang kempen PRN Johor. Adakah BN sudah bersedia?
Saya ucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana saya lihat prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan sewaktu PRN ini agak longgar sedikit berbanding Melaka. Ini memberi peluang kepada parti bertanding untuk berkempen mengikut SOP dan boleh berkunjung dari rumah ke rumah.
Banyak juga SOP yang saya amat berpuas hati kerana ia memberikan gambaran bahawa tidak ada parti yang boleh mendakwa sekatan SOP menyebabkan mereka tidak berjaya pada PRN dan mereka tidak boleh berjumpa dengan pengundi. Jadi, tiada siapa yang boleh mendakwa SOP yang dikenakan SPR menjadi penghalang kepada proses untuk berkempen. Ini saya kira adalah cukup baik bagi Johor.
Kalau dilihat antara PH dan PN, parti mana yang BN risaukan?
Semua parti. PH kita bimbang, PN kita bimbang. (Parti) Muda juga kita bimbang. Bukan soal kita bimbang dengan yang bertanding tetapi sebaliknya kita melihat parti kita yang hendak bertanding perlu mempunyai sebab yang kuat untuk bertanding.
Saya tidak fikir bahawa BN berdepan dengan parti yang sekadar nak bertanding. Tidak ada satu parti pun kita anggap cabaran utama kerana semua parti kita perlu hadapi dengan bersungguh-sungguh. Kita akan berhadapan dengan mereka termasuk calon Bebas dan akan ketengahkan BN sebagai pilihan rakyat. Kita akan bawa BN sebagai parti yang paling sesuai untuk mentadbir dan memimpin negeri Johor.
— Berdasarkan PRU14, BN mengalami kekalahan di bahagian utara dan selatan. Adakah PRN kali ini BN akan tumpukan lokasi ini?
Sudah tentu kerana hanya dua kerusi sahaja kita menang daripada 16 kerusi di sebelah utara. Kita melihat pada tujuh kawasan Parlimen yang berada di sebelah utara. Adakah di sebelah utara isu berbeza? Adakah calon yang bertanding pada waktu itu merupakan calon yang lebih baik daripada BN? Kita melihat adakah isu berbeza antara sebelah utara dan sebelah selatan Johor. Kita memang lihat di selatan kita tidak ada menang satu kerusi pun.
Kita buat kajian, kita bincang di peringkat parti dan BN maklum bahawa ada sebab-sebab kenapa kita kalah pada pilihan raya lepas. Sudah tentu kita tidak mahu mengulangi kelemahan yang ada dan akan tambah baik. Kawasan yang menang kita akan pertahankan dengan apa juga harga untuk pastikan bahawa rakyat di sebelah utara perlu sederap dengan pembangunan yang ingin dibawa oleh negeri Johor.
Tidak ada kawasan yang tidak akan menikmati hasil daripada ikhtiar yang saya sebutkan dalam kita merangka janji bagi menghadapi PRN.
Kita berbicara mengenai Undi18, ini pertama kali yang dilaksanakan. Jumlah pengundi baharu sebanyak 750,000. Apakah pendekatan yang diguna pakai BN untuk mendekati mereka?
Pengundi baharu yang ada di Johor berjumlah lebih 750,000. Dalam kita merangka ikhtiar yang nak dibawa BN, barisan calon yang diketengahkan harus mencerminkan perkara tersebut.
Maka, kalau lihat dari segi ikhtiar yang hendak kita ketengahkan, aspek orang muda Johor perlu jelas dinyatakan. Ia bukan hanya dari segi dasar atau ikhtiar yang kita nak kenalkan khusus untuk orang muda yang jadi pengundi, tetapi kita harus melihat kepada geografi atau bilangan orang muda yang ada di Johor.
Saya kira, tidak begitu sukar untuk kita menyediakan perkara yang dekat di hati mereka. Perumahan, peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan. Kalau kita lihat dan dekati orang muda, ia bukan berkisar pada soal ekonomi semata-mata, tetapi juga trend, budaya dan harapan mereka daripada segi minat dan kecenderungan yang kita harus fahami. Kita perlu wujudkan sebanyak mana ruang yang ada untuk membolehkan mereka berasa bahawa ada peluang turut mereka menyumbang kepada pembangunan negeri.
Ini adalah suatu yang perlu dan ia perlulah jelas dan tidak bersimpul-simpul untuk menyukarkan orang muda merasakan bahawa BN adalah pilihan terbaik kerana parti kita tidak pernah membelakangkan atau menafikan bahawa orang muda mempunyai suara yang besar dan penting dalam pembentukan kerajaan.
Seruan kepada rakyat Johor secara keseluruhan dalam melaksanakan tanggungjawab sempena PRN?
Kita kena rebut peluang ini kerana Johor tidak boleh berlengah-lengah dalam kita meningkatkan usaha untuk memajukan negeri ini. Kita tidak mahu berpolitik siang dan malam. Kita perlu segera bekerja bersungguh-sungguh dan meletakkan Johor di pentas dan boleh dilihat masyarakat antarabangsa.
Kita juga kena berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara jiran kita. Kalau mereka ada golongan muda profesional yang boleh diketengahkan, di Johor juga ada orang muda yang boleh bersaing di persada antarabangsa.
Kalau lihat Singapura boleh menjadi nombor satu daripada segi keupayaan penyediaan sumber makanan, mengapa kita berada di nombor 25? Mengapa tidak Johor menjadi penyumbang utama kepada sumber bekalan makanan untuk negara dan serantau? Kita mempunyai tanah yang luas, infrastruktur yang cukup. Ini semua ada di pemikiran BN.
Sebab itulah memilih BN adalah satu keputusan yang tepat dan dengan pengalaman yang lama dan luas, saya yakin bahawa BN akan meletakkan rakyat jauh ke hadapan dalam kita mengharapkan mandat baharu bagi menubuhkan kerajaan yang stabil demi masa depan Johor.
Sinar Harian 
PROFIL
Nama : Datuk Hasni Mohammad
Tarikh lahir : 27 Mac 1959
Kelulusan: Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam, Universiti of Missouri, Rolla, Amerika Syarikat
Kerjaya:
Menteri Besar Johor (2020-kini)
ADUN Benut (2008-kini)
Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor (2013-2018)
Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) (2004)
Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (2000)
Jurutera
Jawatan disandang dalam politik:
Pengerusi Barisan Nasional Johor
Pengerusi UMNO Negeri Johor
Ketua UMNO Bahagian Pontian
Baca Artikel Menarik:
KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib Leissner sogok suami Zeti Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid Saya tak ada kroni – Mahathir Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara

Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak

Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib

The post Calon dan penyandang MB Johor takkan ulangi kesilapan PH appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/27/calon-dan-penyandang-mb-johor-takkan-ulangi-kesilapan-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Masuk Akal Mana Ada Saya Calon Mb Najib Bidas Pengerusi Dap Johor

Tak Masuk Akal Mana Ada Saya Calon Mb Najib Bidas Pengerusi Dap Johor

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 137 hits
Menurut Najib Razak berdasarkan pertemuan dibuat di Johor beliau melihat mood pengundi lebih terarah kepada BN PONTIAN Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan sindiran seorang pemimpin DAP Johor yang mengatakan beliau berkempen pada p...
Senarai Penuh Calon Calon Yang Bertanding Pada Pilihan Raya Negeri Prn Johor 2022

Senarai Penuh Calon Calon Yang Bertanding Pada Pilihan Raya Negeri Prn Johor 2022

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 587 hits
Senarai calon calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri PRN Johor 2022 N01 BULOH KASAP 28 481C Subramani Mohd Hanafi Ahmad Norazman Md Diah Datuk Zahari Sarip N 02 JEMENTAH1 See Ann Giap 2 Cikgu Muna 3 Ng Kor Sim N03 PEMANIS 29 923Uzza...
Prn Johor Senarai Calon Pejuang Anak Bekas Mb Dan Bekas Calon Dap Antara Yang Terpilih

Prn Johor Senarai Calon Pejuang Anak Bekas Mb Dan Bekas Calon Dap Antara Yang Terpilih

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 188 hits
JOHOR BAHRU Anak kepada bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian Nornekman Osman dan bekas calon DAP bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai Mahdzir Ibrahim merupakan antara 42 calon Parti Pejuang Tanah Air yang bercadang bertanding dalam PRN...
Pas Pecat Adun Tunggalnya Di Johor Selepas Tanding Calon Bebas

Pas Pecat Adun Tunggalnya Di Johor Selepas Tanding Calon Bebas

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 241 hits
MALAYSIA DATELINEBekas Adun Bukit Pasir Najib Lep dari Pas dipecat ekoran memutuskan untuk bertanding sebagai calon bebas menentang rakan partinya sendiri Nur Iqbal Abd Razak dalam Pilihan Raya Negeri Johor Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahi...
Kejutan Menunggu Calon Dap Prn Johor

Kejutan Menunggu Calon Dap Prn Johor

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 251 hits
Kejutan Menunggu Calon DAP PRN Johor Calon PRN DAP bagi Johor Jaya Liow Cai Tung dileter oleh seorang penjaja tular dalam sebuah klip video ketika dia mengadakan program walkabout Dalam klip video itu penjaja yang menjual buah buahan itu be...
Prn Johor Seramai 37 Calon Wanita Bertanding

Prn Johor Seramai 37 Calon Wanita Bertanding

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 193 hits
PRN Johor Seramai 37 Calon Wanita Bertanding Pilihan Raya Negeri Johor menyaksikan peningkatan jumlah calon wanita yang bertanding berbanding sewaktu Pilihan Raya Umum ke 14 pada 2018 Pada PRN kali ini seramai 37 wanita menjadi calon berban...
Prn Johor Calon Heavyweight Pindah Kerusi Baharu Strategi Atau Makan Diri

Prn Johor Calon Heavyweight Pindah Kerusi Baharu Strategi Atau Makan Diri

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 178 hits
UMUM mengetahui Pilihan Raya Negeri Johor dianggap sebagai medan testing ground paling penting dalam menguji kekuatan parti parti politik di negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Berikutan itu sejumlah 10 parti sudah mengesahkan kese...
Parti Mahathir Masih Tiada Calon Mb Untuk Prn Johor

Parti Mahathir Masih Tiada Calon Mb Untuk Prn Johor

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 142 hits
MUAR Masih terlalu awal untuk Parti Pejuang Tanah Air mengumumkan sebarang calon Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri Johor pada 12 Mac ini kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahat...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly