Cagu Masalah Kecil Yang Menyebabkan Kesakitan Besar Dr Ahmad Mahyuddin



Baru-baru ini seorang gadis berusia datang ke klinik saya dan mengadu kesakitan pada ibu jari kaki kanan beliau. Ibu jari kaki kanan beliau kemerahan pada kedua sisi, membengkak dan berbau busuk. Kuku jari tersebut pula hampir tidak kelihatan akibat kebengkakan tisu yang berlaku.
“Sebenarnya doktor, ini sudah kali kedua ia terjadi. Sebelum ni, lepas doktor cabut kuku tu, ia baik la sekejap. Bila kuku tu panjang, cagu tu jadi balik”. Getus beliau, kecewa.
Anda pernah mengalami masalah ini?
Apa itu Cagu
Cagu atau di sesetengah tempat dikenali sebagai cengkam adalah keadaan di mana kuku jari menumbuh ke sisi dan menekan tisu di bahagian tepi jari. Sebagai tindakbalas, tisu di sisi kuku mengalami keradangan dan menjadi tebal. Ia paling kerap berlaku pada ibu jari kaki. Kerap kali pula ia dijangkiti kuman dan mengeluarkan nanah.
Ia menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang amat sangat. Ia juga mengakibatkan gangguan emosi terhadap pesakit akibat bau yang kurang menyenangkan dan pesakit tidak boleh memakai kasut akibat kesakitan.
Kenapa ia terjadi?
Cagu terjadi akibat cara memotong kuku yang tidak betul. Ia menyebabkan kuku tumbuh secara tidak betul dan mula menekan tisu di bahagian tepi kuku. Ia juga boleh disebabkan oleh pemilihan kasut yang terlalu ketat atau berbentuk tirus sehingga mengakibatkan tekanan pada tisu di bahagian sisi kuku. Tekanan berpanjangan pada tisu akan menyebabkan keradangan berlaku.
Keadaan lebih teruk apabila berlaku jangkitan kuman pada kuku yang terlibat. Ini mengakibatkan ia mengeluarkan nanah dan berbau busuk.
Rawatan
Mencuci dan merendam kuku terlibat dengan air suam setiap hari. Kemudiannya gauze bersih dilapik pada hujung kuku di tempat cagu berlaku. Krim antibiotik disapu jika terdapat jangkitan kuman. Ini akan memberi masa bagi kuku bahagian cagu untuk tumbuh melepasi tisu yang mengalami radang. Antibiotik akan diberikan sekiranya terdapat bukti jangkitan kuman berlaku. Ia termasuk keadaan jangkitan kulit (Cellulitis) dan nanah. Pembedahan biasanya tidak akan dilakukan sehinggalah jangkitan kuman telah sembuh. Ubat anti-radang berfungsi bagi mengurangkan kesakitan akibat keradangan yang berlaku. Contoh ubat anti-radang adalah seperti mefenemic acid (Ponstan), diclofenac (Voltaren) dan celecoxib (Celebrex). Pemilihan kasut yang sesuai bagi mengurangkan tekanan pada bahagian cagu dapat membantu mengurangkan kesakitan Mengurangkan aktiviti berjalan kaki, berlari dan bersukan semasa kondisi ini berlaku bagi mengawal kesakitan dan keradangan yang berlaku.
Pembedahan hanya akan dilakukan jika:
Rawatan tanpa pembedahan tidak berjaya Cagu berlaku berulangkali Cagu menyebabkan jangkitan kuman berlaku. Pembedahan hanya akan dilakukan setelah jangkitan kuman tersebut sembuh Terdapat 2 jenis pembedahan yang biasa dilakukan.
Nail avulsion Zadek Procedure Nail avulsion (Pembuangan kuku)
Nail avulsion ialah prosedur dimana kuku pesakit yang mengalami cengkam itu dibuang secara keseluruhannya.
Zadek Procedure (Prosedur Zadek)
Prosedur Zadek ialah sejenis prosedur dimana hanya sebahagian daripada kuku pesakit dibuang iaitu di sebelah yang mengalami cengkam. Bahagian pangkal kuku iaitu bahagian yang dikenali sebagai nail fold dan germinal matrix dibersihkan dengan menggunakan currete, diarthermy atau phenol bagi memusnahkan sel-sel precursor kuku dengan harapan kuku tidak lagi tumbuh di bahagian sisi. Ini akan dapat mengelakkan daripada cengkam daripada berulang.
Bagaimana mengelakkan ia dari terjadi?
Apa yang paling penting ialah kita mengetahui cara-cara memotong kuku dengan betul. Hujung kuku kaki perlu dipotong secara lurus mulai daripada sisi kuku. Elakkan daripada memotong kuku secara menyerong pada bucu kuku kerana ini boleh menyebabkan cagu berlaku.
Dr. Ahmad Mahyuddin seorang pakar bedah ortopedik di Pahang. Kenali beliau lebih lanjut di laman The Team.
 
Sumber: http://www.mmgazette.com
The post Cagu : Masalah Kecil Yang Menyebabkan Kesakitan Besar – Dr Ahmad Mahyuddin appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/cagu-masalah-kecil-yang-menyebabkan-kesakitan-besar-dr-ahmad-mahyuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Masa Kecil Je Penat Nak Jaga Dah Besar Nanti Kita Rindu

Anak Masa Kecil Je Penat Nak Jaga Dah Besar Nanti Kita Rindu

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 314 hits
Menjadi seorang ibu adalah momen terindah Tidak terasa masa berlalu cahaya mata yang dulu masih kecil kini semakin membesar Menjaga dan mendidik anak yang masih kecil memerlukan komitmen tinggi Penat yang dirasakan masa anak masih kecil pas...
Sebilangan Kecil Pengguna Samsung Galaxy A80 Melaporkan Masalah Kamera Pop Putar Tersekat

Sebilangan Kecil Pengguna Samsung Galaxy A80 Melaporkan Masalah Kamera Pop Putar Tersekat

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 216 hits
Samsung Galaxy A80 baru sahaja dilancarkan di Malaysia dengan penawaran edisi khas Blackpink Ia mungkin antara peranti yang paling unik di pasaran kerana penggunaan sistem kamera pop putar yang boleh digunakan untuk pengambilan gambar biasa...
Dosa Lagi Besar Jika Kita Kecil Hati Dengan Orang Hina Kita

Dosa Lagi Besar Jika Kita Kecil Hati Dengan Orang Hina Kita

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 1594 hits
Mengecilkan hati orang adalah berdosa berkecil hati juga adalah berdosa tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati PERBUALAN SEORANG USTAZ DAN MURIDNYAMURID Ustaz saya ada seorang kawan Dia suka menyakitkan hati saya Sering buat say...
Pupr Buka Peluang Ada Proyek Infrastruktur Besar 5 Tahun Mendatang

Pupr Buka Peluang Ada Proyek Infrastruktur Besar 5 Tahun Mendatang

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 165 hits
Presiden Joko Widodo telah menyampaikan visi pemerintahannya untuk 5 tahun ke depan Pada kesempatan tersebut hal pertama yang disampaikan Jokowi yakni ingin kembali melanjutkan pembangunan infrastruktur PUPR tak menutup kemungkinan adanya t...
Turun 42 Kg Dalam Masa 5 Bulan Je Abam Besar Kongsi Rahsia Diet Calorie Deficit

Turun 42 Kg Dalam Masa 5 Bulan Je Abam Besar Kongsi Rahsia Diet Calorie Deficit

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 271 hits
Misi menurunkan berat badan bukanlah satu perkara yang mudah Ramai yang berazam untuk kurus setiap kali bulan puasa sebelum buka semester ataupun sebelum konvokesyen namun tak semua berjaya mencapai impian menjadi lebih kurus Bukan sahaja u...
Ladang Besar Atau Estet Felda Tampung Pendapatan Peneroka

Ladang Besar Atau Estet Felda Tampung Pendapatan Peneroka

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 350 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
3 Politikus Muda Anak Petinggi Partai Berpeluang Besar Jadi Menteri Jokowi

3 Politikus Muda Anak Petinggi Partai Berpeluang Besar Jadi Menteri Jokowi

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 203 hits
Beberapa nama anak dari ketum partai politik mulai bermunculan dan memiliki peluang besar menjadi calon menteri Jokowi
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye