Cadangan Sistem Kupon Beli Minyak Masak Bersubsidi


Cadangan Sistem Kupon Pembelian Minyak Masak Bersubsidi
Cadangan penggunaan sistem kupon pembelian minyak masak pek polibeg satu kilogram bersubsidi akan dibawa pada Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, selain disasarkan kepada isi rumah B40, sistem kupon berkenaan turut dinikmati pengusaha industri Kecil Dan Sederhana (IKS).
Adakah anda bersetuju dengan sistem ini? Ikuti berita selanjutnya di bawah.
Cadangan Sistem Kupon Beli Minyak Masak Bersubsidi PUTRAJAYA: Cadangan penetapan harga melalui sistem dua peringkat dan kupon pembelian minyak masak peket bersubsidi akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata kedua-dua cadangan tersebut merupakan hasil sesi libat urus yang diadakan hari ini bersama pemain industri dan wakil Persatuan Pengilang Minyak Masak.
“Pelaksanaan harga minyak masak dua peringkat yang dicadangkan MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) ini akan diperincikan dan mengambil kira semua aspek.
“Cadangan kupon pula telah dikemukakan menteri sebelum ini tetapi masih belum dilaksanakan. Jadi kedua-dua cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat NACCOL,” katanya.
Salahuddin berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri minyak masak dan wakil Persatuan Pengilang Minyak Masak Malaysia di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di sini.
Semalam media melaporkan, Salahuddin akan mengadakan perjumpaan khas dengan pemain industri telur ayam dan minyak masak peket bersubsidi hari ini bagi mengenal pasti situasi sebenar dan mendapatkan maklumat terkini berhubung bekalan kedua-dua barangan tersebut.
Menyifatkan sesi libat urus itu sebagai suatu perbincangan terbuka antara kementerian dan pemain industri, Salahuddin yang juga urus setia NACCOL berkata cadangan yang dikemukakan amat berguna dan akan dicerakinkan secara terperinci sebelum sebarang keputusan atau polisi baharu diperkenalkan oleh kerajaan.
“Ini bagi memastikan situasi menang-menang dapat dihasilkan kepada pengilang, peniaga dan pengguna,” katanya.
Pada mesyuarat 27 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan NACCOL untuk mencerakin dan menelusuri implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu.
— BERNAMA
Baca juga:
Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia Qatar 2022 Harga Telur Terkini – Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mat Sabu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kupon-minyak-masak-bersubsidi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kupon-minyak-masak-bersubsidi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ghana Akan Beli Minyak Mentah Dengan Emas Bukan Dolar Amerika

Ghana Akan Beli Minyak Mentah Dengan Emas Bukan Dolar Amerika

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 172 hits
Ini merupakan kebijakan baru yang diungkapkan Wakil Presiden Ghana Mahamudu Bawumia belum lama ini
Beberapa Cadangan Dari Rakyat Mengenai Harga Barang Zaman Dah Maju Jangan Pakai Kupon

Beberapa Cadangan Dari Rakyat Mengenai Harga Barang Zaman Dah Maju Jangan Pakai Kupon

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 174 hits
HARGA BARANG Saya ambil peluang buat posting hari ini Sementara tunggu babies bangun Saya tengah sebulan Jadi posting ini mengenai polisi dan cadangan dari pandangan marhein seperti saya PM kita bagi 2 minggu tempoh kepada penjawat awam Unt...
Pakistan Beli Minyak Rusia Pada Harga Diskaun

Pakistan Beli Minyak Rusia Pada Harga Diskaun

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 144 hits
Pakistan beli minyak Rusia pada harga diskaun Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 6 Dec 2022 7 19AM
Rafizi Akui Tidak Mudah Turunkan Harga Minyak

Rafizi Akui Tidak Mudah Turunkan Harga Minyak

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 198 hits
bebasnews myBy 06 12 2022Photo by on KUALA LUMPUR Ditakdirkan kita ambil alih kuasa beri saya 24 jam saya umum Harga minyak turun begitulah kata kata yang pernah dilafazkan Ketua Pembangkang yang kini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahi...
Menteri Komunikasi Digital Gesa Sanusi Disiasat Isu Pengundi Tuntut Duit Minyak

Menteri Komunikasi Digital Gesa Sanusi Disiasat Isu Pengundi Tuntut Duit Minyak

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil menggesa pihak berkuasa menyiasat Menteri Besar Kedah Dato Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor atas dakwaan membeli undi Ia selepas Sanusi dalam satu ceramah di Padang Serai Kedah pada Jumaa...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur