Beberapa Cadangan Dari Rakyat Mengenai Harga Barang Zaman Dah Maju Jangan Pakai Kupon




 
HARGA BARANG

Saya ambil peluang buat posting hari ini. Sementara tunggu babies bangun. Saya tengah #puasapolitiksebulan. Jadi posting ini mengenai polisi dan cadangan #binanegaradari pandangan marhein seperti saya.

PM kita bagi 2 minggu tempoh kepada penjawat awam. Untuk bagi cadangan turunkan harga barang. Dah nak habis tempoh dah. Makanya, ini beberapa cadangan untuk dipertimbang:

1. Subsidi tersasar untuk barangan subsidi, please jangan saja kira keluarga B40 pakai gaji ibubapa serumah. Boleh masukkan juga:

- keluarga bottom M40 yang punya tanggungan ramai, sama ada anak atau ibu bapa tua. Kalau gaji sederhana pun, tanggungan tinggi, boleh tergolong dalam B40 juga.

- Miskin bandar yang mungkin terkeluar dari definisi B40 biasa.

- Pelajar universiti M40 dan B40. Mereka perlukan bantuan sama.

2. Jangan la pakai kupon subsidi macam zaman 90an. Kertas kecik yang senang hilang. Zaman dah ada IoT dan Big data. Pakai lah microchip di IC kita. Atau e-sistem khusus untuk uruskan. Kita banyak orang muda yang boleh bangunkan. Buat pertandingan. Award pada mereka yang layak, bukan bagi kroni pula.

3. Lebihan dari penjimatan subsidi tersasar kalau boleh dimasukkan di bawah Dana baru, dibawah MOF. Khusus untuk stabilkan harga barang keperluan bila stok barang kurang. Boleh juga guna duit tu untuk buat Stok Penimbal barang2 yang dijangka ada isu setiap musim. Kita bersedia awal. Tak susahkan rakyat. Panggil la Dana tu Dana Makanan Rakyat ke apa. Janji Kerajaan put aside duit untuknya.

4. Jangan perkenalkan GST dulu. Itu punca inflasi naik tahun 2016-2018. Tunggu sampai rakyat sedikit ok dah tidak terbeban. Kerajaan carilah punca pendapatan lain. Naikkan tax golongan kapitalis dan kayangan ke. Mereka tengah recession pun buat duit.

5. Kartel barang hanya boleh ditangani melalui Akta Persaingan. Tapi Suruhanjaya Persaingan kita kecil dan tak berapa upaya dari segi penyiasatan dan penguatkuasaan. Lebih afdal MyCC ni diletakkan terus di bawah PMO seperti Singapura, Filipina dan Amerika. Perkasakan mereka dengan kuasa lebih luas dan besar. Boleh lawan kartel yang ada.

6. Penguatkuasa KPDN juga seringkali terbeban. Kerja hakiki kena kuat kuasa undang2. Tapi banyak terbeban dengan kerja pentadbiran Kementerian. Patutnya dah lama Penguatkuasa KPDN jadi Jabatan. Pohon pertimbangkan. Makanya, mereka boleh fokus kerja buat penguatkuasaan.

7. Control Supplies Act 1961 kena up to date. Dah lama sangat tu. Kena rombak besar2an, buat Akta yang setara dengan zaman. Akta Persaingan 2010 perlu juga dilihat semula segera. Sudah lebih 10 tahun. Prinsipal undang2 Persaingan ini cepat berubah. Perlu selalu diperkasa.

8. Import barang melalui AP pun kena disemak. Dasar open trade kita tak seharusnya semua. Ni sampai 65% makanan kita diimport. Sangat bahaya. Untuk food security perlu ada infant industry yang kita jaga dan polisi perlindungan. Perkasakan peniaga dan petani tempatan. Itu yang dibuat oleh negara maju pun selama ini.

8A. Malaysia kena fokus kembali menjadi negara pertanian moden dan perindustrian. Bukan hanya semata Perdagangan transit tanpa barangan sendiri. Itu lambat laun akan harakiri. Kena ingat lanskap ekonomi kita bukan macam Singapura. Kenapa perlu kita jadi seperti mereka?

9. Cerita nak kawal harga ni bukan hanya kerja satu Kementerian. Banyak Kementerian: KPDNKSH, MAFI, MITI, dan pelbagai agensi. Perlu lebih senergi. Mungkin PM atau wakil boleh Pengerusi. Dan kena selalu bersidang. Kalau boleh lantik Pengerusi alternatif yang betul2 faham. Takut PM pun busy memanjang.

Itu cadangan rakyat marhein seperti saya. Cadangan perubahan dari segi polisi, undang2 dan struktural. Yang sempat saya pikir dan ingat. Mungkin ada ramai di kalangan kita terpikir benda yang sama. Mungkin dah masuk dalam cadangan Jawatankuasa.

Macam mana pun, semangat bina negara ni, tak boleh dimonopoli sesetengah pihak. Semua ada tanggungjawab, kita boleh bina negara sama2.

Harap2 inner circle Menteri dan penjawat awam yang ada, boleh la panjangkan kepada mereka yang berkuasa. Kadang cadangan2 rakyat biasa boleh juga diperguna.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/beberapa-cadangan-dari-rakyat-mengenai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Ayah Jangan Salah Beli Lampin Pakai Buang Elak Risikokan Anak Pilih Bebas Klorin

Mak Ayah Jangan Salah Beli Lampin Pakai Buang Elak Risikokan Anak Pilih Bebas Klorin

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 253 hits
Satu hal yang membuatkan kita teramat bimbang bila mana anak mudah terkesan dengan pemilihan lampin pakai buang yang tidak sesuai Malah alahan pada lampin pakai buang melecet ruam dan sebagainya merupakan masalah kulit biasa yang dihidapi a...
Berhentilah Gugat Kerajaan Rakyat Mahu Kita Maju Ke Depan

Berhentilah Gugat Kerajaan Rakyat Mahu Kita Maju Ke Depan

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 122 hits
DR SHAHNOR BASRIPas nampaknya tidak pernah reda kebencian dengan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim Baru baru ini pula sebelum YAB Perdana Menteri mengumumkan kabinetnya seorang ahli jawatankuasa Pas Pusat berkata bahawa PM sangat lambat ber...
Kerajaan Harapan Kena Tunai Janji Menifesto Jangan Ulang Kencing Rakyat Era Mahathir

Kerajaan Harapan Kena Tunai Janji Menifesto Jangan Ulang Kencing Rakyat Era Mahathir

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 291 hits
Tunai janji samada ada pihak lain suka atau tidak Dulu ada umno yang mungkin membantah harapan rakyat kini pada PN Membantah juga mungkin boleh dikategorikan racist
Jangan Bangga Digelar Kingmaker Hadapi Realiti Ditolak Rakyat Shahril

Jangan Bangga Digelar Kingmaker Hadapi Realiti Ditolak Rakyat Shahril

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 158 hits
Naib Ketua Pemuda UMNO Shahril Hamdan menegaskan parti UMNO perlu menerima hakikat dan menghadapi realiti ditolak rakyat di dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu dengan hanya memenangi 20 kerusi Parlimen sahaja di Semenanjung Katanya ahli ahli...
Cadangan Sistem Kupon Beli Minyak Masak Bersubsidi

Cadangan Sistem Kupon Beli Minyak Masak Bersubsidi

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 173 hits
Cadangan Sistem Kupon Pembelian Minyak Masak Bersubsidi Cadangan penggunaan sistem kupon pembelian minyak masak pek polibeg satu kilogram bersubsidi akan dibawa pada Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara minggu depan Menteri Perda...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm