Razer Kishi V1
Razer Kishi V1 (RM229.00)
Razer Kishi V1 adalah pilihan selamat untuk telefon anda. Ia tak sempurna namun hadir dengan beberapa ciri utama seperti sokongan rasmi Xbox Xinput dan butang L2 dan R2 analog dengan suis tekanan. Harganya kini sudah berkurang dengan kehadiran Razer Kishi V2. Buat masa ini terdapat potongan harga di kedai rasmi Razer: https://shope.ee/20NcDZRGbO
Gamesir X2 Pro
Gamesir X2 Pro (RM259.50)
Satu lagi gamepad yang boleh saya katakan mudah untuk dicadangkan. X2 Pro adalah versi naik taraf daripada X2. Kini dengan butang Dpad sebenar dan butang trigger dengan suis hall sensor yang sensitif dengan tekanan. Ia juga sudah mendapat pengiktirafan rasmi dari Xbox dan tersedia dalam 2 warna, putih dan hitam. Butang ABXY nya adalah jenis ‘clicky’ yang mungkin tidak digemari penggemar gamepad retro yang bergetah. X2 Pro juga hadir dengan dua butang tambahan di belakang yang boleh digunakan sebagai hotkey. Setelah versi baru X3 Pro, harganya menurun sedikit.
Gamesir X2 Type C
Gamesir X2 New 2021 Version (RM220)
Versi abang kepada X2 Pro. X2 berharga lebih murah tetapi ada beberapa kekurangan bagi saya. Port USB-C nya berada di sebelah kanan dan ia menjadikan penggunaannya agak kekok berbanding port di sebelah kiri. Butang trigger L2 dan R2 tiada suis tekanan. Tiada butang tambahan di belakang untuk digunakan sebagai hotkey seperti pada X2 Pro. Untuk beza harga hanya RM50 berbanding X2 Pro, saya cadangkan anda bersabar dan cuba dapatkan X2 Pro.
Gamesir X3
Gamesir X3 (RM315 tanpa diskaun)
Gamepad paling inovasi tahun ini. Hadir dengan kipas penyejuk terbina bersama, ia memfokuskan kepada penggunaan gaming berspesifikasi tinggi dan untuk masa yang lama. Banyak aksesori disediakan dengan pilihan butang magnet yang boleh ditukar. Butang trigger L2 dan R2 menggunakan suiz Kailh dan tiada sensor tekanan. Boleh dapatkan di bawah RM300 dengan baucer dan ketika diskaun.
BSP-D3 Mobile Gamepad (RM46.00)
Raja gamepad bajet! Dengan sokongan Xbox Xinput, anda boleh menggunakan gamepad ini terus secara plug&play. Boleh digunakan terus dalam permainan yang menyokong controler seperti COD Mobile dan Asphalt. Deadzone joystick dan latency yang mengagumkan untuk harganya malah lebih baik berbanding pesaing gamepad bajet seperti iPega. Jika anda baru ingin mencuba gamepad atau hanya mahukan controler bajet untuk emulator retro anda, BSP-D3 dengan sokongan Xinput pastinya tidak akan merugikan anda. Dua butang di belakang M1 dan M2 juga boleh disetkan sebagai hotkey. Sangat berguna untuk emulator seperti RetroArch dan PPSSPP.
Mocute 060/M060/M6 (RM69.90)
Satu lagi gamepad OEM dari China. Bersaiz lebih besar dengan binaan plastik yang lebih kukuh berbanding BSP-D3. Harganya juga lebih mahal sedikit berbanding BSP-D3. Cabaran utama bagi Mocute 060 adalah kawalan kualiti. Lebih selesa berbanding BSP-D3 dan hanya menyokong sambungan tanpa wayar. Sekiranya anda bertuah, anda akan mendapat model yang menggunakan komponen analog joystick dan mungkin butang yang sama dengan Nintendo Switch. Sekiranya tidak bernasib baik, anda mungkin akan mendapat joystick yang melekat, butang trigger yang terlalu keras atau terlalu lembik, butang yang tidak sensitif dan sebagainya. Membeli Mocute 060 adalah satu perjudian dan permainan risiko. Butang L2 dan R2 juga tiada sensor tekanan. Untuk lebih ketenangan, saya cadangkan baik beli BSP-D3 sahaja. Sekiranya ingin mencuba nasib, boleh dapatkan dari local seller untuk memudahkan proses tukar ganti sekiranya gamepad ini tidak berfungsi dengan baik.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |