Cacing Duduk Dalam Kepala Lelaki Sejak 30 Tahun Lalu Sebab
Korang pernah tak malam-malam rasa sakit kepala, kadang-kadang sampai membawa ke pagi? Tak pun korang ada migraine tapi tak pernah check apa puncanya. Lepas baca cerita ni, korang mungkin kena terus pergi checklah.
Penderitaan lelaki ini yang mengalami sakit kepala selama 30 tahun akhirnya berakhir selepas doktor mengeluarkan cacing parasit yang ditemui di dalam tengkoraknya.
Gambar Hiasan
Menurut Global Times, lelaki yang dikenali sebagai Zhang ini telah menderita sakit kepala dan migraine sejak
tahun 1989 lagi. Sebab dah tak tahan sangat, lelaki yang berusia 59
tahun itu akhirnya pergi ke hospital Guangzhou untuk mendapat tahu punca
sebenarnya.
Kepala saya sakit sejak tahun 1989. Waktu malam kepala saya akan rasa berdenyut dan berpeluh.”
Bukan tu je, Zhang juga mengalami epilepsi dan semua ubat yang diberikan oleh doktor sebelum ini tak ada satu pun yang mujarab.
Selepas
doktor membuat imbasan, mereka akhirnya menemui punca sebenar sakit
kepala yang dialami lelaki ini secara berdekad-dekad. Rupa-rupanya,
cacing parasit berukuran sepanjang 10cm dah bersarang dekat kepalanya. OMG!
Cacing ini kemudiaannya dikeluarkan oleh doktor melalui pembedahan. Dilaporkan, lepas dikeluarkan, makhluk itu masih lagi boleh bergerak secara aktif. Lamanya dia hiduppp
Sumber: Miaopai
Nak dijadikan cerita, Zhang ni tinggal di perkampungan di kawasan
gunung. Dah menjadi kebiasaan orang-orang di sana untuk makan katak dan
ular sebagai sebahagian dari makanan harian dia.
Menurut doktor
pakar saraf, Yang Xueqing, cacing tersebut mungkin datang dari air
sungai yang Zhang minum atau dari makan katak atau ular yang tak masak
sepenuhnya.
Gelinyaaa, korang make sure air dengan makanan korang semua masak sepenuhnya tau!
LOBAKMERAH
The post Cacing ‘Duduk’ Dalam Kepala Lelaki Sejak 30 Tahun Lalu Sebab… appeared first on Media Serius.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaserius.my/cacing-duduk-dalam-kepala-lelaki-sejak-30-tahun-lalu-sebab/