Cabaran Muhyiddin Satukan Rakyat


Meskipun perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini boleh dianggap sebagai penamat kemelut politik yang melanda negara sejak seminggu lalu, beliau menggalas cabaran besar untuk ditangani segera.

Loading… Umpama ‘pahat yang masih berbunyi setelah rumah baharu siap’, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini bukan sahaja perlu meyakinkan rakyat untuk menyokong kepemimpinannya, tetapi menaupkan kembali perpecahan dalam parti yang diterajuinya.
Sesetengah pihak turut bimbang, bahang krisis politik tanah air susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu boleh kembali membakar sekiranya tidak ditangani dengan sebaiknya oleh Muhyiddin.
Menurut Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masri, cabaran paling besar yang harus ditangani Muhyiddin ialah mengembalikan keyakinan 33 juta rakyat Malaysia untuk menyokong pentadbirannya bagi meneruskan agenda pembangunan negara.
Ahli Parlimen Pagoh itu sememangnya dikenali dengan pendekatan ‘sederhana’ dalam setiap tindakan dan kelebihan itu memberi keyakinan berhubung kematangan beliau dalam menghadapi situasi politik yang berlaku akhir-akhir ini.
Bukan itu sahaja, proses yang berlaku sejak seminggu lalu turut menguji kematangan toleransi dalam kalangan ahli politik dan rakyat mempertahankan konsep demokrasi ala Malaysia.
“Alhamdulillah, kita akhirnya melalui ombak dan arus krisis perubahan landskap kepemimpinan negara dengan waras dan sewajarnya.
“Tugas yang perlu didepani rakyat dan barisan Kabinet yang akan dipilih nanti adalah bersatu di bawah pimpinan Perdana Menteri kelapan kerana beliau dipilih berdasarkan tiga elemen utama iaitu sokongan majoriti ahli politik, perakuan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong serta pengalaman dan ketokohan yang ada pada beliau,” katanya.
Menurut Mohd Idrus, setiap rakyat negara ini harus menghormati peranan perdana menteri sebagai pemudah cara pembangunan serta perpaduan, dengan mengutamakan semangat patriotisme dan cintakan keamanan melebihi kepentingan peribadi.
Sebagai Perdana Menteri kelapan, beliau berkata, Muhyiddin perlu mendapatkan persetujuan sebulat suara bagi menubuhkan sebuah kepemimpinan kerajaan dalam kalangan ahli politik yang menyokongnya.
“Ini penting bagi memastikan baki tempoh pemerintahan kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tiada gangguan, lancar dan tiada sabotaj dalaman.
“Oleh itu, pemilihan barisan anggota Kabinet yang mantap, berdaya tahan, mempunyai wawasan serta setiakawan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing sangat penting, ” katanya sambil menambah, beliau yakin rakyat Malaysia kini semakin matang dan sentiasa memerhati haluan kepemimpinan kerajaan.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Syed Alsagoff, berpendapat Muhyiddin akan menghadapi cabaran terutama berhadapan dengan blok pembangkang, selain memilih barisan Kabinet yang boleh melaksanakan tanggungjawab disenangi rakyat dan negara.
“Rakyat mengharapkan penubuhan sebuah kerajaan yang telus, amanah dan berpegang teguh kepada kesepakatan dalam gabungan parti kerajaan terutama dalam membasmi penyelewengan sebab itu adalah aspirasi rakyat apabila memilih Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14,” jelasnya kepada Bernama.
Beliau menambah, Muhyiddin perlu memberi keutamaan untuk merapatkan barisan permuafakatan bersama gabungan parti bagi membentuk kerajaan serta mencari pendekatan holistik bagi menyelesaikan konflik dan mengharungi cabaran politik dalam masa terdekat.
“Ini akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan kerajaan meneruskan agenda nasional bagi memacu negara ke hadapan.
“Saya juga rasa Muhyiddin harus memilih jalan terbaik untuk memastikan semua parti dalam gabungan nanti bersefahaman dan mempunyai misi mendirikan kerajaan yang terbaik untuk rakyat dan negara walaupun tidak dapat memenuhi impian dan aspirasi parti gabungan,” katanya.
Selain itu, bagi membawa satu suara di bawah nama Malaysia, jalinan kerjasama dengan Sabah dan Sarawak juga harus diperkukuhkan.
Menurut Syed Agil, langkah itu bagi memastikan kesepakatan politik baharu dapat menguntungkan kedua-dua pihak.
“Cabaran buat Muhyiddin ialah untuk berunding dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi memperoleh sokongan memandangkan parti itu menerajui kerajaan Sabah.
“Sudah pasti banyak cabaran dan halangan yang harus ditempuhi untuk membina jalinan kerjasama dengan parti berkenaan,” katanya.
Di samping mengembalikan keharmonian politik, Perdana Menteri yang baru dilantik itu juga perlu memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi dan taraf hidup di Sabah serta Sarawak.
Ini termasuk projek pembangunan infrastruktur, penambahbaikan kemudahan di bandar dan luar bandar, mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan penduduk dan pemerkasaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang lebih cekap bagi melahirkan lebih ramai usahawan tempatan yang boleh meneroka banyak peluang pekerjaan baharu.
“Di samping itu, taraf sosioekonomi rakyat Sabah dan Sarawak yang terjejas disebabkan kemelut ekonomi juga harus diberi perhatian.
“Pelan pembangunan rakyat Sabah dan Sarawak haruslah dinilai semula dan ditambah baik bagi merealisasikan impian serta aspirasi kedua-dua negeri itu setelah 57 tahun membentuk Malaysia,” katanya.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/03/cabaran-muhyiddin-satukan-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Perdana Menteri Untuk Semua Rakyat Malaysia Muhyiddin

Saya Perdana Menteri Untuk Semua Rakyat Malaysia Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau adalah Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah katanya dalam ucapan yang disiarkan secara lang...
Terkini Muhyiddin Pm Untuk Orang Melayu Sahaja Atau Rakyat Malaysia Saifuddin Nasution

Terkini Muhyiddin Pm Untuk Orang Melayu Sahaja Atau Rakyat Malaysia Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 302 hits
By 6 March 2020Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata punca utama kerajaan Perikatan Nasional menunda tarikh persidangan Dewan Rakyat adalah tanda Tan Sri Muhyiddin Yassin ...
Mat Sabu Muhyiddin And Co Won T Find It Easy To Face The Rakyat

Mat Sabu Muhyiddin And Co Won T Find It Easy To Face The Rakyat

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 227 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin and his cohorts in the new Perikatan Nasional government are not going to find it easy to face the people given how his administration was formed said Amanah president Mohamad Sabu As defence minister in the ...
Bersyukur Muhyiddin Mohon Seluruh Rakyat Terima Baik Keputusan Agong

Bersyukur Muhyiddin Mohon Seluruh Rakyat Terima Baik Keputusan Agong

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 437 hits
Menzahirkan kesyukuran atas perkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah melantiknya sebagai Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan y...
Muhyiddin Yassin Mungkin Dapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat Ydp Agong

Muhyiddin Yassin Mungkin Dapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat Ydp Agong

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 403 hits
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menzahirkan dalam kenyataan rasmi dari Istana Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan dari Istana Negara melant...
Tiga Cabaran Buat Muhyiddin Sebelum Diiktiraf Cemerlang

Tiga Cabaran Buat Muhyiddin Sebelum Diiktiraf Cemerlang

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 270 hits
Kerajaan berkepalakan Muhyiddin Tanpa DAP sangat disokong tetapi cuma kaedah khianat itu sukar dikikis Ditambah dengan permulaan sembab Dan lembab untuk perlantikan kabinet membayangkan kemungkinan tempoh PM terpendek Melayu tiada Pilihan t...
Saya Mohon Rakyat Malaysia Terima Keputusan Ydp Agong Muhyiddin

Saya Mohon Rakyat Malaysia Terima Keputusan Ydp Agong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 339 hits
Susulan keputusan dari Istana Negara yang mana Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan Muhyiddin yang member...
Dewan Rakyat Boleh Pastikan Kesahihan Kedudukan Muhyiddin

Dewan Rakyat Boleh Pastikan Kesahihan Kedudukan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 237 hits
Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Hak Raja melantik hak Parlimen membaha...
Najib Kata Muhyiddin Ada Majoriti Di Dewan Rakyat Hmmmmm

Najib Kata Muhyiddin Ada Majoriti Di Dewan Rakyat Hmmmmm

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 383 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan keyakinannya hari ini bahawa bekas timbalannya Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti di Dewan Rakyat untuk memperoleh undi percaya Kami percaya kami mempunyai angka tetapi saya fikir fokus sekaran...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord