Dewan Rakyat Boleh Pastikan Kesahihan Kedudukan Muhyiddin



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
 Hak Raja melantik, hak Parlimen membahaskannyaNOTA: Rencana ini dipadankan daripada kolum saya dalam akhbar Sinar Harian, Ahad 8 Februari.
APABILA seseorang Ahli Parlimen Malaysia mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong maka sahlah dia menjadi Perdana Menteri.
Kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri adalah di luar pertikaian kerana ia termaktub dalam Perlembagaan.
Perkara 43(2) menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.
Maksudnya Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang ahli Dewan Rakyat menjadi Perdana Menteri kalau pada pendapatnya orang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan. Tidak perlu bukti atau akuan bersumpah (SD).
Yang berbeza dulu dan sekarang ialah keadaan di mana pelantikan Perdana Menteri berlaku. Sebelum ini isu kecukupan sokongan dalam Dewan Rakyat tidak pernah timbul kerana calon Perdana Menteri mempunyai majoriti yang jelas.
Juga, sebelum ini tidak pernah berlaku "rampasan kuasa" di pertengahan penggal seperti yang terjadi pada 23 Februari sehinggalah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh dan Tun Dr Mahathir Mohamad tersingkir daripada jawatan Perdana Menteri pada hari berikutnya.
Maka sebelum ini isu sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat tidak relevan dan tidak pernah terlintas di fikiran sesiapa pun. Ini adalah kerana parti Perdana Menteri (Perikatan dan selepas itu Barisan Nasional) mempunyai majoriti besar di Dewan Rakyat.
Setiap calon Perdana Menter sebelum ini, termasuk daripada PH, mempunyai majoriti yang jelas apabila keputusan pilihan raya diumumkan.
Misalnya, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei 2018, Dr Mahathir melalui PH dan parti-parti yang bersekutu dengannya memperoleh 121 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.
Begitu juga dengan Perdana Menteri-Perdana Menteri lain. Mereka mempunyai majoriti jelas selepas PRU kecuali Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 1969.
Tetapi sekarang, isu kecukupan majoriti menjadi perkara pokok kerana Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri hampir dua tahun selepas PRU tanpa diumumkan sokongan sebenar yang beliau peroleh daripada ahli Dewan Rakyat.
Sebaliknya, Dr Mahathir mengisytiharkan secara terbuka yang beliau mendapat kepercayaan 114 ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya dengan menandatangani Akuan Berkanun (Statutory Declaration).
Dakwaan Dr Mahathir itu sekadar teknikal kerana seperti yang beliau beritahu media massa, permohonannya kepada Istana Negara untuk mempersembahkan hal itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, tidak mendapat jawapan.
Namun begitu, kemelut ini boleh diatasi dengan mudah melalui proses Parlimen, iaitu dengan salah seorang penyokong Muhyiddin mengemukakan usul undi percaya terhadap beliau.
Atau salah seorang ahli Dewan Rakyat PH mengemukan usul undi tidak percaya terhadap beliau.
Maksudnya, pengesahan mutakhir pelantikan Muhyiddin diserahkan kepada ahli Dewan Rakyat. Melalui usul percaya atau tidak percata itu ahli Dewan boleh mengundi menyokong atau tidak menyokong pelantikan beliau.
Malangnya, bukan sahaja proses demokrasi berparlimen ini tidak dilaksanakan malah sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 9 Mac ditunda kepada 18 Mei.
Dengan itu, bukan sahaja proses demokrasi tergantung malah kedudukan Perdana Menteri terus menjadi bahan perbahasan. Ini adalah kerana Muhyiddin menjadi Perdana Menteri melalui penggulingan kerajaan PH bukan melalui mandat pilihan raya.
Penangguhan Parlimen yang begitu lama tentulah mencetuskan kehairanan umum tentang keyakinan Muhyiddin dan penyokongnya terhadap sokongan kepada gerakan rampasan kuasa mereka.
Ini amat membimbangkan kerana dalam keadaan genting seperti sekarang, peranan Parlimen amat kritikal bagi memperkukuhkan kedudukan Perdana Menteri dan pentadbiran negara.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2020/03/dewan-rakyat-boleh-pastikan-kesahihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Boleh Guna Dewan Rakyat Untuk Menentukan Majoriti Sokongan

Ph Boleh Guna Dewan Rakyat Untuk Menentukan Majoriti Sokongan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 372 hits
Pada 9 3 2020 tarikh Parlimen bersidang Percaturan bagi menentukan sama ada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat kemungkinan besar berlaku Menurut pendapat penulis yang memahami sedikit Perlembagaan...
Muhyiddin Yassin Mungkin Dapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat Ydp Agong

Muhyiddin Yassin Mungkin Dapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat Ydp Agong

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 347 hits
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menzahirkan dalam kenyataan rasmi dari Istana Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan dari Istana Negara melant...
Najib Kata Muhyiddin Ada Majoriti Di Dewan Rakyat Hmmmmm

Najib Kata Muhyiddin Ada Majoriti Di Dewan Rakyat Hmmmmm

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 332 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan keyakinannya hari ini bahawa bekas timbalannya Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti di Dewan Rakyat untuk memperoleh undi percaya Kami percaya kami mempunyai angka tetapi saya fikir fokus sekaran...
Kerajaan Pn Pas Boleh Bawa Ruu355 Di Sidang Pertama Dewan Rakyat Siti Mariah

Kerajaan Pn Pas Boleh Bawa Ruu355 Di Sidang Pertama Dewan Rakyat Siti Mariah

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 246 hits
Rang Undang undang Mahkamah Syariah 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU355 harus dibawa ke sidang pertama Dewan Rakyat di bawah kerajaan baru kata Naib Presiden Amanah Siti Mariah Mahmud Katanya PAS tidak boleh memberi sebarang alasan lagi...
Tidak Temui Individu Mendapat Majoriti Yang Jelas Dewan Rakyat Bersidang Isnin Ini Tentukan Pm Baharu

Tidak Temui Individu Mendapat Majoriti Yang Jelas Dewan Rakyat Bersidang Isnin Ini Tentukan Pm Baharu

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 222 hits
Kehangatan politik di Malaysia semakin hari semakin panas Macam macam cerita yang berlaku terutamanya dari parti parti politik di Malaysia Seperti mana kita tahu sebelum ini Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa B...
Pm Interim Kena Game Tiada Sidang Dewan Rakyat 2 Mac Kerana Tidak Sah

Pm Interim Kena Game Tiada Sidang Dewan Rakyat 2 Mac Kerana Tidak Sah

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 441 hits
Kiranya PM interim sekarang bukan berkuasa penuh untuk menetapkan segala peraturan tetapi perlu memaklumkan tindakan selepas mendapat perkenan YDPA dan bukannya YDPA menerima nasihat perdana menteri Sebab cuma PM interim Daulat tuanku semog...
Panggil Sidang Dewan Rakyat Tun M Cabar Kuasa Agong

Panggil Sidang Dewan Rakyat Tun M Cabar Kuasa Agong

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 226 hits
Pakatan Harapan menolak cadangan Perdana Menteri Sementara Tun Mahathir untuk memanggil sidang Dewan Rakyat bagi melantik Perdana Menteri Dalam kenyataan medianya Majlis Presiden PH berkata Mahathir tidak wajar mendahului titah Yang di Pert...
Dewan Rakyat Can T Elect Pm Will Lead To Constitutional Crisis Warn Lawyers

Dewan Rakyat Can T Elect Pm Will Lead To Constitutional Crisis Warn Lawyers

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 284 hits
The Federal Constitution does not provide for the Dewan Rakyat to elect among its members a prime minister said constitutional lawyer Dominic Puthucheary The Dewan Rakyat is only the place to test whether a prime minister appointed by the Y...
Mahathir Melampaui Batas Umum Sidang Khas Dewan Rakyat

Mahathir Melampaui Batas Umum Sidang Khas Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR Bendahari PKR Lee Chean Cheong beranggapan Dr Mahathir Mohamad melangkaui batas kuasanya apabila membuat pengumuman mengenai sidang khas Dewan Rakyat semalam Sepatutnya kata Lee sebagai Perdana Menteri interim Mahathir tidak bo...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Masih Beraya

Continuous Learning

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

2 Minute Microwave Onsen Tamago