Cabaran Mandikan Dan Kebumikan Mayat Disimpan Hampir 40 Tahun



 
CABARAN memandikan jenazah tidak dituntut dan mayat disimpan di peti ‘sejuk’ hospital berpuluh tahun dalam keadaan hampir berubah berupa menjadi mumia, berbau dan mereput adalah antara pengalaman dikongsi dua bilal yang menjalankan kerja ‘fardu kifayah’ sebagai pengurus jenazah.
Noor Izhamuddin Razali, 39, dan Mohamad Nur Shafie, 37, yang turut berkhidmat sebagai jurumandi jenazah di hospital kerajaan berkata, mereka bertugas 24 jam sehari seperti petugas perubatan yang perlu sentiasa bersedia atau ‘on call’.
Menyedari keperluan untuk melaksanakan fardu kifayah, khususnya bagi kes jenazah yang tidak dituntut asnaf atau waris kurang berkemampuan, Noor Izhamuddin dan Mohamad Nur mewujudkan Unit Pengurusan Jenazah Malaysia (UPJM) sejak dua tahun lalu di Lembah Klang.
“Terdapat 20 orang sukarelawan di UPJM dan empat daripadanya wanita.
Kebanyakan mereka adalah golongan muda berusia sekitar 20-an dan dilatih untuk memandikan mayat, kafan, solat jenazah, urusan pengebumian di tanah kubur dan turut diajar memimpin bacaan talkin,” kata Noor Izhamuddin ketika ditemu bual di Balai Berita NSTP, baru-baru ini.

 
Mayat tidak dituntut
Menceritakan mengenai jenazah tidak dituntut, katanya ia banyak membabitkan warga asing, terutama yang masuk ke Malaysia secara tidak sah dan tanpa permit atau gagal memperbaharuinya selepas tamat tempoh.
“Mengikut prosedur hospital, dalam tempoh 14 hari selepas waris atau identiti jenazah tidak dapat dikenal pasti, ia sudah boleh diuruskan pihak lain.
“Bagaimanapun, berlaku kelewatan berikutan perlu melepasi beberapa prosedur yang ketat, antaranya pihak hospital mengambil masa bagi mendapat pengesahan polis, perlu memberitahu pihak kedutaan dan lebih sukar jika si mati tiada dokumen pengenalan diri.
“Dalam kes yang meninggal dunia tanpa identiti, termasuk tidak dijumpai tanda tertentu di tubuhnya yang boleh mengaitkannya dengan agama lain, ia boleh diuruskan sepenuhnya mengikut kaedah Islam,” katanya.
Beliau akui UPJM terpaksa berusaha keras untuk menguruskan jenazah tidak dituntut, terutama membabitkan warga asing yang tiada pengenalan diri, selain berasa ‘berdosa’ kerana mengambil masa panjang untuk menyempurnakannya.
“Bayangkan, kami terpaksa memikirkan cara bagaimana untuk membolehkan mayat itu dikebumikan secepat mungkin dan perlu berulang-alik ke pejabat kedutaan untuk menyelesaikan soal dokumentasi sehingga memperoleh kebenaran untuk ditanam.
“Urusan dokumentasi mengambil masa yang panjang, sedangkan pengurusan jenazah hanya mengambil masa dua jam untuk selesai sepenuhnya,” katanya.
 

 
Mayat tersimpan sejak 1982
Berkongsi pengalaman memandikan jenazah tidak dituntut, Noor Izhamudin berkata, pada tahun lalu, mereka ditugaskan menguruskan mayat bayi yang mengikut rekod sudah meninggal dunia dan tersimpan di hospital sejak 1982.
“Keadaan fizikalnya sudah kering dan kecut seperti mumia. Jadi, kami tidak boleh menggosok langsung anggota badannya, sebaliknya hanya melalukan air bersama sabun.
“Jika digosok sebagaimana dilakukan ke atas jenazah biasa, kulitnya akan meluruh dan kelihatan isi badan, disebabkan keadaan fizikalnya yang hampir mereput,” katanya.
Beliau akui pihak hospital memanggil mereka untuk menguruskan segera jenazah bayi berkenaan berikutan wujud gangguan mistik yang berulang dipercayai ada kaitan dengan mayat berkenaan.
“Jenazah bayi ini agak misteri kerana ia tersimpan begitu lama, bahkan sebelum wujudnya hospital berkenaan.
“Kakitangan hospital juga tidak dapat mengesahkan dari mana datangnya mayat berkenaan dan Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, selepas diuruskan, gangguan mistik tidak lagi berlaku di situ,” katanya.
 
Urus berhati-hati
Noor Izhamuddin yang juga perawat ruqyah di Ikhtiar Rawatan Islam Darul Mukmin, berkata mayat yang tersimpan dalam tempoh lama di dalam peti simpanan mayat hospital perlu diuruskan dengan begitu berhati-hati dan cepat bagi mengelakkan anggota badannya terlerai.
“Mayat yang disimpan dalam tempoh enam bulan hingga setahun biasanya akan ditumbuhi kulat yang menandakan ia akan mereput.
“Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, kami hanya ada 10 hingga 15 minit untuk memandikan mayat menggunakan air.
“Kebiasaannya 10 orang sukarelawan kami perlu bergilir-gilir untuk percepatkan proses memandikannya supaya kulitnya tidak terlerai dan terpaksa menahan bau jenazah yang tersimpan dalam jangka masa lama,” katanya.
Mengimbau pengalaman pertama menguruskan jenazah rentung akibat kemalangan jalan raya, Noor Izhamuddin berkata, beliau akui hampir tidak mampu untuk melakukannya kerana bau yang hanyir.
“Kaedah tayamum digunakan ketika menguruskan jenazah yang rentung itu dan ketika itu, cuma saya yang ditemani seorang petugas forensik hospital.
“Saya masuk dan keluar bilik sebanyak tiga kali kerana tidak mampu menahan bau rentung, bayangkan daging kita terbakar dengan darah mengalir.
“Bagaimanapun, saya kuatkan semangat untuk meneruskan tugas itu kerana ketika itu tiada orang lain yang boleh membantu,” katanya yang mengakui fobia dan membuang terus pakaian yang digunakan ketika memandikan mayat itu dan mengelak mengambil makanan yang dibakar dalam tempoh seminggu.

Memandikan jenazah Bomba
Sementara itu, Mohamad Nur turut berkongsi pengalaman UPJM menguruskan jenazah enam penyelam Bomba yang pernah menggemparkan negara pada 2018.
Keenam-enam petugas Bomba itu menemui ajal akibat lemas dalam operasi menyelamat seorang remaja yang tergelincir ketika memancing di lombong di Puchong, Selangor.
“Saya menerima panggilan daripada Ketua Pegawai Operasi Bomba kira-kira jam 11 malam pada hari kejadian dan meminta membantu untuk menguruskan jenazah keenam-enam petugas Bomba itu.
“Saya rasakan pengalaman menguruskan jenazah mereka paling mudah walaupun bilangan mereka ramai. Kami mula memandikan jenazah sekitar jam 2 pagi dan kesemua urusan selesai sebelum Subuh.
“Jika lihat kepada raut wajah kesemua mereka, seakan-akan orang yang masih hidup, muka kemerah-merahan seperti sedang tidur dan tidak seperti mayat mangsa lemas yang kebiasaannya pucat,” katanya.
 
Peristiwa seram
Beliau turut berdepan pengalaman menyeramkan ketika dihubungi nombor tidak dikenali selepas menguruskan jenazah sepasang suami isteri warga Rohingya yang meninggal dunia kerana membunuh diri.
“Kejadian ini berlaku pada tahun lalu. Disebabkan kematian membabitkan warga asing, jadi urusan dokumentasinya agak rumit, termasuk perlu menghubungi pejabat Kedutaan Myanmar untuk pengesahan.
“Selepas tiga hari kematian mereka, baru kami dapat menguruskan jenazah dan kebetulan pula selesai urusan di tanah kubur sekitar jam 11 malam.
“Ketika di dalam kereta dan ingin pulang, ada satu nombor tidak dikenali pemanggilnya menelefon saya dengan bercakap dalam loghat Utara dan mengucapkan ‘terima kasih kerana menguruskan jenazah kami sehingga selesai’ sebelum memutuskan perbualan,” katanya.
Bagi Mohamad Nur, tiada istilah badi mayat dalam Islam.
“Sepanjang saya menguruskan jenazah, tidak pula terkena badi mayat. Jika rasa lain selepas itu, contohnya seperti hendak demam, bacalah ayat pendinding seperti ayat Kursi dan tiga Kul,” katanya.
Jumlah waris tak mampu urus jenazah meningkat ketika PKP
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu, UPJM mendedahkan berlaku pertambahan bagi kes waris yang tidak mampu menanggung kos pengurusan jenazah.
“Kos semasa bagi pengurusan seorang jenazah dianggarkan sekitar RM1,100, termasuk kos kafan, memandikan mayat sehingga kepada pengebumian,” kata Mohamad Nur.
“Selepas PKP yang pertama, secara purata, kira-kira dua jenazah yang kami tanggung kos keseluruhan pengurusan setiap bulan berikutan ramai waris yang terjejas, termasuk hilang punca pendapatan.
“Ada kes isteri terpaksa berhenti kerja untuk menjaga suami yang terlantar sakit dan apabila si suami meninggal dunia, keluarga terbabit tiada wang untuk menanggung kos pengurusan jenazah,” katanya.
Beliau berkata, jika berlaku kes sedemikian, sukarelawan UPJM akan menggunakan duit poket sendiri dan wang saguhati disumbangkan oleh waris berkemampuan bagi menampung kos pengurusan jenazah lain.
Menurutnya, sejak kebelakangan ini, muncul trend membimbangkan iaitu bunuh diri dalam kalangan generasi muda beragama Islam yang perlu diberikan perhatian oleh pihak berkaitan.
 
Perlu dana beli van jenazah
UPJM sangat mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi pembelian van untuk memudahkan urusan logistik jenazah.
“Ketika ini kami pinjam van dari masjid dan surau dan perlu membayar sewa yang ditetapkan.
“Disebabkan itu, kami sedang usaha untuk mendapatkan van sendiri supaya caj kepada waris dapat diminimumkan, sekadar untuk menampung bayaran pemandu, minyak dan tol sahaja,” katanya.
Mereka yang berminat untuk menginfak, boleh menghubungi Noor Izhamuddin di talian 017-3865358 atau Mohamad Nur di talian 011-28189225.
The post Cabaran mandikan dan kebumikan mayat disimpan hampir 40 tahun appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/08/cabaran-mandikan-dan-kebumikan-mayat-disimpan-hampir-40-tahun/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cabaran-mandikan-dan-kebumikan-mayat-disimpan-hampir-40-t

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Hampir Dua Tahun Tak Berlakon Alif Aziz Teruja Nak Beraksi Semula

Hiburan Hampir Dua Tahun Tak Berlakon Alif Aziz Teruja Nak Beraksi Semula

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 240 hits
Setelah hampir dua tahun menyepikan diri daripada industri seni akibat masalah peribadi pelakon dan juga penyanyi Alif Aziz mengakui dirinya teruja untuk memulakan penggambaran telemovie terbaru berjudul Bukan Cerita Cinta Cliche Sumber Goo...
Pameran Baru Kaitkan Lukisan Berusia Hampir 200 Tahun Dengan Sastera Melayu

Pameran Baru Kaitkan Lukisan Berusia Hampir 200 Tahun Dengan Sastera Melayu

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 267 hits
SINGAPURA Banyak unsur alam semula jadi sering dimasukkan ke dalam sastera Melayu seperti pantun syair dan gurindam Namun ada antara haiwan dan tanaman itu tidak diketahui umum bentuk dan rupanya kerana jarang ditemui atau di ambang kepupus...
Lelaki Ini Nekad Bekukan Mayat Isterinya Selama 50 Tahun Supaya Boleh Dihidupkan Kembali

Lelaki Ini Nekad Bekukan Mayat Isterinya Selama 50 Tahun Supaya Boleh Dihidupkan Kembali

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 239 hits
Seorang lelaki di Shandong China dilaporkan bertindak membekukan mayat isterinya yang meninggal dunia dengan harapan dapat menghidupkannya kembali Menurut Mothership lelaki yang bernama Gui Junmin didakwa telah kehilangan isterinya Zhan Wen...
Hiburan Enggan Terlalu Merancang Kilafairy Serah Soal Kahwin Kepada Teman Lelaki Meskipun Hampir 10 Tahun Berkenalan

Hiburan Enggan Terlalu Merancang Kilafairy Serah Soal Kahwin Kepada Teman Lelaki Meskipun Hampir 10 Tahun Berkenalan

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 216 hits
Meskipun sudah hampir 10 tahun berkenalan dengan teman lelakinya kini pelakon dan juga penyanyi Kila Fairy berkata dia menyerahkan sepenuhnya keputusan untuk bernikah dan mendirikan rumah tangga kepada pasangannya itu Sumber Instagram Kilaf...
Sop Tahun Baru Cina Pelik Memeningkan

Sop Tahun Baru Cina Pelik Memeningkan

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 360 hits
Menjelang Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 12 Februari ini Majlis Keselamatan Negara seharusnya mengeluarkan Prosidur Operasi Standard yang memudahkan kaum Cina untuk menyambut perayaan tersebut bukan mengelirukan mereka Menurut Ah...
Kenderaan Barangan Dibenar Beroperasi Atas Jalan Raya Sepanjang Tahun Baharu Cina

Kenderaan Barangan Dibenar Beroperasi Atas Jalan Raya Sepanjang Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 195 hits
Oleh MOHD HUSNi MOHD NOOR WEE KA SIONGPUTRAJAYA Kementerian Pengangkutan membenarkan kenderaan barangan untuk beroperasi di atas jalan raya sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina bermula minggu depan Menterinya Datuk Seri Wee Ka Siong ...
Atok Ini Gigih Jual Air Walaupun Umur 80 Tahun Sedih Apabila Dihulurkan Duit Sedekah

Atok Ini Gigih Jual Air Walaupun Umur 80 Tahun Sedih Apabila Dihulurkan Duit Sedekah

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 274 hits
Baru baru ini seorang pengguna di laman Twitter bernama Aida Aidil telah membuat beberapa ciapan berkongsi pengalaman membeli air kelapa daripada seorang lelaki warga emas Video itu tular di media sosial kerana ramai simpati dengan keadaan ...
Lepas 2 Tahun Tidak Berlakon Rain Dilapor Bakal Terajui Drama Genre Perubatan Misteri Ghost Doctor

Lepas 2 Tahun Tidak Berlakon Rain Dilapor Bakal Terajui Drama Genre Perubatan Misteri Ghost Doctor

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 344 hits
Hampir 2 tahun berehat daripada dunia lakonan dan lebih memberikan fokus kepada bidang muzik Rain dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula dalam drama baru tak lama lagi Kata agnesi Rain Rain kini sedang dalam perbincangan yang positif u...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever