Cabaran Dan Faktor Apabila Mahu Berniaga Sebagai Seorang Surirumah


Cabaran dan Faktor Apabila Mahu Berniaga Sebagai Seorang Surirumah. Berusaha dengan apa yang ada mengikut kemampuan diri sendiri. Kata-kata ini lebih saya tujukan kepada diri saya sendiri. Jikalau beberapa tahun dahulu, saya boleh melakukan pelbagai kerja, multi-tasking dengan mudah sekali. Fokus yang tinggi serta otak yang kurang penat. Tetapi saya akui sejak kebelakangan ini, khususnya selepas kelahiran anak keempat, fokus dan kecekapan dalam melakukan kerja sudah mula membebankan minta, emosi dan fizikal. 





Antara persoalan, cabaran dan faktor surirumah mahu mula berniaga yang boleh kita fikirkan bagi situasi ini ialah:1 - Apa yang diperlukan bagi seseorang untuk fokus pada tugasan  harian?
2 - Bagaimana jika seseorang itu adalah surirumah dan pada masa sama beliau bekerja sendiri bagi membantu kewangan keluarga?
3 - Bagaimana pula jika beliau mempunyai lebih dari tiga orang anak kecil yang memerlukan perhatian?
4 - Tugasan harian sebagai surirumah
5 - Tugasan sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang ramai dan dekat usianya
6 - Tugasan sebagai peniaga, berkhidmat kepada pelanggan
7 - Marketing harian (bak kata orang, tiada iklan, tiadalah jualan setuju?)
8 - Self care itu juga perlu. Adakah anda robot yang bekerja dan bertugas setiap hari dan saat tanpa memperdulikan kesihatan diri anda?
9 - Bila waktu bekerja dan bila waktu berehat?
10 - Cara mendisiplinkan diri agar setiap tugasan berjaya dilaksanakan tanpa memberatkan emosi serta fizikal


Saya secara rasminya menjadi seorang surirumah sepenuh masa dan berniaga sejak tahun 2017 setelah tamat pengajian di peringkat Sarjana. Saya menghabiskan hampir lima tahun dalam pengajian dengan banyak faktor insya Allah nanti kita ceritakan di entri yang lain ya. Setelah menimbang tara kerjaya selepas tamat pengajian dengan empat orang anak pada waktu itu,saya membuat keputusan bahawa mencuba berniaga secara online khususnya adalah satu peluang yang sesuai untuk diri saya dan keluarga. Offline juga saya, nanti saya ceritakan cabaran berniaga secara offline atau cod ini dalam entri yang lain.


Alhamdulillah. Ianya keputusan yang baik. 



"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
(A-li'Imraan 3:27) 



Apakah faktor-faktor yang harus anda fikirkan untuk menjadi surirumah serta mula berniaga atau bekerja dari rumah?1 - Tujuan memulakan perniagaan sendiri
2 - Disiplin (anda harus tetapkan jam berapa anda nak mula bekerja, bila waktu nak urus diri, urus keluarga - siapkan jadual harian anda)
3 - Gaji (perlu ada goal berapa anda nak income sehari, sebulan, setahun)
4 - Matlamat
5 - Sebanyak mana mencukupi? Kenali maksud bahagia, kewangan yang cukup dan konsep sederhana sebagai seorang isteri





Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
(Al-Maaidah 5:88) 





Sebagai isteri menurut Islam ada batasnya ke mana kita mahu pergi. Setinggi mana kejayaan yang kita ingin tempuh. Bak kata, tok guru saya dan ramai mengatakan, untuk income yang besar datang dengan tanggungjawab yang tinggi dan usaha yang sungguh besar. Apatah lagi jika kita ada tanggungjawab utama sebagai seorang isteri dan ibu. Harus diingat apakah yang utama? Mengejar kejayaan sendiri atau keluarga?


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(At-Taubah 9:24)


Nak dapatkan RM 10,000 sebulan maka cara kerjanya haruslah setimpal. setuju?
Manakan mahu goyang kaki sudah dapat apa kita mahukan?


Susah sangat ke berniaga ni?


Saya rasa tidaklah susah sehingga langsung tiada, tetapi saya tegaskan di sini. Ia bermula dengan niat, niat yang baik sebagai isteri yang nak bantu suami, ringankan bebanan kewangan keluarga, nak settlekan hutang dan pelbagai lagi alasan yang kukuh untuk anda mula bekerja. Maka pasanglah niat yang baik-baik insya Allah. Mudah-mudahan kita semua diberikan keampunan dan rezeki yang halal serta cukup untuk seisi keluarga dan membantu yang memerlukan.. Aamin ya rabbal alamin


Saya menjual barangan islamik seperti jam tangan azan kiblat, jam azan rumah, Al Quran digital, Al Quran terjemahan bertagging dan banyak lagi produk islamik, cuma saya jarang share di sini. Insya Allah, saya akan mulakan perkongsian dan ilmu tentan produk-produk jualan saya di sini supaya anda semua dapat manfaat daripadanya.


Boleh terus lihat produk jualan saya di website yang saya dah sediakan:- Kedai Online Jual Barangan Islamik Emme Marina
Jangan lupa sign up sebagai ahli dan nikmati penjimatan.


Selain itu saya ada mengambil servis upah buat facebook page dan blog atau mini website. Apa jua berkaitan online marketing ni sedikit sebanyak ada ilmu yang dapat saya grasp sepanjang tempoh berniaga secara online dari tahun 2015.


Nak tahu apa servis facebook page yang saya uruskan dan harganya? klik sini Servis Buat Facebook Page dan Website


Jika anda memerlukan panduan, ada beberapa ebook dari Puan Masayu Ahmad ini khususnya membantu para isteri untuk memulakan perniagaan dari rumah. Sila klik pada gambar untuk baca sinopsis ebook-ebook ini.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2022/09/cabaran-dan-faktor-apabila-nak-berniaga-sebagai-seorang-surirumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kehidupan Sebagai Seorang Freelancer

Kehidupan Sebagai Seorang Freelancer

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera musim PKP ni pasti ramai yang terkesan disebabkan kekangan pergerakan dan ada banyak perniagaan yang tak dapat nak beroperasi Ada yang dibuang kerja dicutikan tanpa gaji dipotong gaji dan pelbagai lagi Ia...
Produksi The Boys Musim 4 Telah Bermula Jensen Ackles Akan Kembali Sebagai Soldier Boy

Produksi The Boys Musim 4 Telah Bermula Jensen Ackles Akan Kembali Sebagai Soldier Boy

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 151 hits
Musim keempat siri Amazon The Boys telah memulakan produksi secara rasmi dengan pelakon mula berkumpul di Toronto untuk penggambaran siri ini Pencipta siri dan showrunner Eric Kripke telah kongsikan gambarnya di lapangan terbang untuk menuj...
Tampil Sebagai Tetamu Rancangan Lee Seunggi Han Hyojoo Tonjol Bakat Nyanyian

Tampil Sebagai Tetamu Rancangan Lee Seunggi Han Hyojoo Tonjol Bakat Nyanyian

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 462 hits
Kualiti lakonan yang tidak boleh disangkal lagi kini Han Hyo joo tunjuk bakat nyanyian pula Wah berbakat betul ARTIKEL BERKAITAN Han Hyo joo tampil sebagai tetamu dalam siaran Youtube Lee Seung gi HUMAN TABLE Melihat kepada itu tidak hairan...
Video Sayu Bercampur Gembira Seorang Adik Umur 14 Tahun Menikahkan Kakaknya Buat Ramai Seb4k

Video Sayu Bercampur Gembira Seorang Adik Umur 14 Tahun Menikahkan Kakaknya Buat Ramai Seb4k

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 181 hits
Walaupun cuma berumur 14 tahun tetapi amanah dan tanggungjawab yang dipegangnya sungguh besar sekaligus meminta dia untuk menjadi lebih matang daripada usianya Bukan kecil tanggungjawab yang dilaksanakan oleh budak sekecilnya yang mungkin t...
Terbaik Aplikasi Perisian Dewaneja 11 Berfungsi Sebagai Penyemak Tatabahasa Dan Ejaan

Terbaik Aplikasi Perisian Dewaneja 11 Berfungsi Sebagai Penyemak Tatabahasa Dan Ejaan

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 245 hits
Terbaik Aplikasi Perisian DewanEja 11 Berfungsi sebagai Penyemak Tatabahasa dan Ejaan Aktiviti menulis merupakan salah satu terapi dalam kehidupan selain daripada dapat menyampaikan info kepada yang memerlukan dan kadang kadang dijadikan se...
Seorang Ayah Oku Hilang Upaya Cari Nafkah Untuk Keluarga Akhirnya

Seorang Ayah Oku Hilang Upaya Cari Nafkah Untuk Keluarga Akhirnya

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 200 hits
Asalkan nama ayah abah atau daddy sudah tentu dia merupakan ketua keluarga dan segala beban mencari nafkah merupakan tanggungjawabnya bagi memastikan keluarga terpelihara Pemuda ini bernama Muaz seorang rider Lalamove dan merupakan seorang ...
Seorang Sekuriti Di Kota Bogor Memerkosa Bocah Keterbelakangan Mental

Seorang Sekuriti Di Kota Bogor Memerkosa Bocah Keterbelakangan Mental

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 121 hits
Seorang sekuriti berinisial AJ memerkosa bocah tuna grahita berinisial GNS di wilayah Kelurahan Cipagiri Kecamatan Bogor Utara Kota Bogor Dalam pengakuannya AJ tidak mengetahui bahwa korban memiliki keterbelakangan mental
Hidayah Milik Allah S W T Dulu T0kan D4dah Kini Seorang Imam Surau Alhamdulillah Hukum4n Penj4ra Menginsafkan Dirinya

Hidayah Milik Allah S W T Dulu T0kan D4dah Kini Seorang Imam Surau Alhamdulillah Hukum4n Penj4ra Menginsafkan Dirinya

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 178 hits
Hidayah Milik Allah S W T Dulu T0kan D4dah Kini Seorang Imam Surau ALHAMDULILLAH Hukum4n Penj4ra Menginsafkan Dirinya Siapa sangka pengalaman menjalani hu kuman selama tiga tahun di Pen jara Seberang Perai Pulau Pinang berjaya mengubah beka...
Solar Moonbyul Bakal Debut Sebagai Sub Unit Pertama Mamamoo

Solar Moonbyul Bakal Debut Sebagai Sub Unit Pertama Mamamoo

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 171 hits
Solar dan Moon byul MAMAMOO bakal bergabung untuk satu kumpulan sub unit pertama Yay ARTIKEL BERKAITAN Terbaru perkara itu disahkan sendiri oleh agensi mereka iaitu RBW Solar dan Moon byul tengah membuat persiapan untuk melancarkan album ba...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner