Cabar Vernakular Bukan Kerana Anti Bahasa Mandarin Tamil


BANGI – Tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memfailkan saman ke atas sekolah vernakular di mahkamah bukan berniat mencabar atau mempertikaikan hak Perlembagaan kaum-kaum lain untuk belajar dan mengajar bahasa ibunda mereka sebagai subjek mata pelajaran di sekolah.
Sebaliknya, tujuan tindakan undang-undang itu dibuat adalah untuk mempersoalkan mengenai bahasa pengantar utama yang digunakan di sekolah vernakular, selain peruntukan Perlembagaan yang jelas menyatakan bahawa urusan rasmi pihak berkuasa dan institusi awam wajib menggunakan bahasa kebangsaan

Justeru, jangan menganggap bahawa tindakan saman itu adalah kerana NGO Melayu Islam bersikap anti terhadap bahasa Mandarin dan Tamil, jelas Peguambela dan Peguamcara Azam Aziz & CO, Mohd Khairul Azam

“Kita tidak anti bahasa kaum lain, kita hormat bahasa mereka. Kita hadir ke mahkamah untuk membuat satu pertanyaan dan ketetapan mengenai bagaimana pula dengan kedudukan sekolah vernakular

“Jadi pokok pangkalnya adalah pihak berkuasa awam itu yang menjadi premisnya. Kita melihat kes Universiti Merdeka sebagai asas utama yang kita pegang di mahkamah tinggi dalam kes sekolah vernakular,” katanya dalam Webinar ‘Sekolah Vernakular Sah!’ di Facebook Dialetika, malam tadi

Merujuk kes pada tahun 1982 itu, Khairul Azam yang juga dikenali sebagai Buzze Azam berkata, jika Universiti Merdeka tidak boleh menggunakan bahasa pengantar lain selain bahasa Melayu, maka mengapa sekolah vernakular pula masih dibolehkan

“Sebab itu kita bawa cabaran ini ke mahkamah selepas 43 tahun keputusan Universiti Merdeka, untuk kita bertanya pula kepada mahkamah, bagaimana berdasarkan kes Universiti Merdeka dengan kedudukan sekolah vernakular di Malaysia

“Kerana kita menyatakan lihat kes Universiti Merdeka, mereka tidak boleh menggunakan selain bahasa Melayu sebagai pengantar jika mereka nak menjadi sebuah institusi pengajian tinggi awam,” katanya

Namun, Buzze Azam berkata, keputusan hakim Mahkamah Tinggi menjarakkan penghakimannya dengan keputusan Universiti Merdeka kerana dikatakan kedudukan sebuah universiti berbeza dengan sekolah

“Contoh dari segi lantikan naib canselor adalah lantikan Agong tetapi lantikan guru besar sekolah vernakular bukan lantikan Agong. Maka tidak sama. Itu satu contoh yang diberikan

“Kemudian, dia beritahu bahawa untuk membina sebuah universiti, tanah yang nak dibina mestilah hak milik kerajaan, tetapi untuk vernakular ada sekolah-sekolah yang didirikan di atas tanah peribadi, jadi itu pun beza

“Itu adalah dua contoh yang diberikan untuk menjarakkan penghakiman beliau untuk menyatakan beza universiti awam dan sekolah vernakular,” katanya

Katanya, atas alasan dan perbandingan itu, mahkamah menyatakan sekolah vernakular tidak boleh dianggap pihak berkuasa awam, maka ia tidak boleh terikat dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan untuk menggunakan bahasa kebangsaan sebagai pengantar

“Pada saya ini adalah baru permulaan. Apabila isu ini dibawa ke mahkamah, ia tidaklah ada perhimpunan besar-besaran, tetapi keputusan mahkamah itu sebenarnya boleh memberikan impak besar terhadap polis dan dasar kerajaan

“Dan kadangkala mahkamah membuat keputusan itu, Parlimen sendiri mungkin terpaksa meminda undang-undang tertentu untuk diselaraskan dengan keputusan mahkamah yang bakal dibuat nanti,” katanya. - ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/cabar-vernakular-bukan-kerana-anti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teaching In Tamil And Mandarin In Vernacular Schools Is Constitutional High Court Rules

Teaching In Tamil And Mandarin In Vernacular Schools Is Constitutional High Court Rules

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 260 hits
Teaching in Tamil and Mandarin in vernacular schools is constitutional the High Court here has ruled in dismissing a lawsuit seeking to put a stop to the existence of such educational institutions The Federation of Peninsular Malay Students...
Mahkamah Tolak Saman Cabar Keabsahan Sekolah Vernakular

Mahkamah Tolak Saman Cabar Keabsahan Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan saman tiga buah NGO bagi mencabar keabsahan kedudukan sekolah vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan Perkara ini disahkan oleh Mohamed Haniff Khatri Abdulla sejurus ...
Cabaran Keperlembagaan Terhadap Sekolah Vernakular Dan Penggunaan Bahasa Pengantar Selain Bahasa Kebangsaan

Cabaran Keperlembagaan Terhadap Sekolah Vernakular Dan Penggunaan Bahasa Pengantar Selain Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 463 hits
Mohamed Haniff Khatri Abdulla Harap dapat diselesaikan di peringkat lanjut medan mahkamah 1 PADA 16 12 2019 firma guaman Amelda Fuad Abi Adil telah memfailkan satu tindakan guaman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak dua pertubuhan NG...
Belajar Bahasa Inggris Online Lebih Seru Dan Asyik

Belajar Bahasa Inggris Online Lebih Seru Dan Asyik

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 281 hits
Belajar bahasa Inggris online pada saat ini semakin mudah untuk ditemukan Memang tidak dapat dipungkiri berkembangnya zaman telah memberikan banyak perubahan tidak terkecuali untuk sektor pendidikan seperti pelaksanaan pembelajaran yang bis...
Jika Kereta Kebal Mudah Dimusnahkan Roket Anti Kereta Kebal Kenapa Ia Masih Digunakan Selepas Perang Dunia Ke 2

Jika Kereta Kebal Mudah Dimusnahkan Roket Anti Kereta Kebal Kenapa Ia Masih Digunakan Selepas Perang Dunia Ke 2

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 477 hits
Jika Kereta Kebal dengan Mudah Boleh Dimusnahkan oleh Roket Anti Kereta Kebal Kenapa Ia Masih Digunakan Selepas Perang Dunia Ke 2 Selalu Tedi tonton dalam filem perang seperti filem lama Rambo si hero boleh memusnahkan kereta kebal dengan m...
Anti Vax Protesters Tell France S Macron We Ll Piss You Off

Anti Vax Protesters Tell France S Macron We Ll Piss You Off

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 411 hits
Demonstrators gather during a protest against the health pass and Covid 19 vaccines after the call of leader of French nationalist party Les Patriotes Florian Philippot at Place du Palais Royal Paris on January 8 2022 AFP picPARIS Anti vacc...
Lirik Anti Rebahan Mr Jarwo

Lirik Anti Rebahan Mr Jarwo

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 283 hits
teman saatnya srapat sruputdah terang masih slimutaningat kata orang dulukesiangan rejeki dipatok ayammatahari telah berserisinarnya tembus kabut pagiwaktu tak kan menunggumukalau kau terus saja rebahan gitu tiada guna menunda nundapersiapk...
Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Patut Ke Guna Ai Bot Kripto Ini Yang Anda Perlu Tahu

Cara Pilih Platform Ai Bot Kripto Yang Selamat

684 Pembangun 24 Jam 140 Projek Hackathon Ai Terbesar Malaysia Cipta Magik Teknologi

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama