Bye 2018 Hello Neon Countdown 2019
Hello & hi korang!
Dah seminggu masuk 2019 baru nak update entri. Awal tahun baru BBL nak update cerita pasal Neon Countdown tahun baru kat Port Dickson 31 Disember lepas. So last year kan..hahaha
Kalu ikutkan perancangan asal Neon event kat Sunway Lagoon tapi tukar ke litar Sepang dan last minute tukar lagi vanue ke Tasik Villa, Port Dickson. Pergh bapak jauh giler. Dari dekat dengan rumah terus mencampak kat negeri orang. Sejam setengah jugak kalu drive kereta dari KL ke lokasi tu. Kalu ikutkan mood memang dah spoil habis tapi tiket dah beli awal dari raya aidil fitri hari tu terpaksa jugak proceed. Dah la 31 Disember tu hari Isnin, weh orang still kerja la hujung tahun 2018 tu. Nasib baik boleh pelepasan awal dari bos. Terus balik rumah siap-siap gerak pergi sana.
Wu..boleh tahan jauh dari Kuala Lumpur nak ke PD tu. Sampai kat sana dah dekat pukul 5 petang macam tu. Nampak tak berapa nak ramai sangat guest mungkin sebab last minute tukar vanue ada sesetangah orang pergi litar F1 Sepang paddahal dah tukar kat PD. Nasib baik BBL tertengok kat official FB Neon Event. Dah samapi terus kami berdua tukar boarding pass ke wristband nak masuk dalam vanue Neon.
Boleh tahan ketat sekuriti kalah airport..haha wel kalu korang tahu Neon ni event apa tahu lah kenapa. I will not explain to you guys. Since kami dah check in awal sangat dalam venue, apa lagi duk pusing tengok apa yang patut la. Pergi food truck isi perut tengah lapar lepas tu conteng muka dengan cecair neon. Ceh nak celebrate tahun baru katakan... Love Neon!
Neon Countdown 2019 menampilkan 6 DJs popular seperti Bass Agents, W&W, Chukiess Whakboi, Maurice West, Dimatik dan Sicx 2One&Matin. Not bad la performance dorang. Kami berdua pakat lepak kat food truck je sementara nak tunggu mid night. Sabar jelah dari petang tunggu pukul 12 tu. Alih-alih tengok flight cross over atas kepala untuk turun kat KLIA2 sebelah tu.
Nak pendekkan cerita sampailah waktu countdown tengah malam masuk tahun baru. Fuh excited semua tengok bunga api meletop cantik kat langit. Aduh sekejap je tahun 2018 berlalu sekarang dah masuk 2019. Tahun depan dah 2020 pulak.
Anyway guys BBL ucapkan Selamat Tahun Baharu 2019 kepada korang semua. Oh ya, hari ni page view blog dah hit 200k dalam masa 3 bulan. Impressive pulak jumlah orang datang blog sejak hujung tahun lepas. Okay till see next entri ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/01/bye-2018-hello-neon-countdown-2019.html