Busuk Betul Hati Mahathir Abdullah Sani



Busuk betul hati Mahathir – Abdullah
Sani
Tidak adil untuk Anwar Ibrahim dilabel sebagai “individu tidak tahu memerintah negara”, sedangkan Presiden PKR itu masih belum diberi peluang menjadi Perdana Menteri, kata seorang pemimpin parti.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Hamid, berkata andaian berat sebelah Dr Mahathir Mohamad dalam buku terbaharunya, “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”, penuh dengan sifat dendam dan fitnah untuk menutup tindakannya menggagalkan usaha menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
“Untuk Tun M, busuknya hati seseorang itu bergantung pada hujahnya. Kalau kata Anwar gagal, beliau belum lagi diuji. Jadi bagaimana dia kata Anwar tidak layak? Dia hendak kata siapa yang bagus? Muhyiddin (Yassin)? Atau dia sendiri?.
“Semua boleh mengkritik orang itu gagal, orang ini bagus. Tapi bagus dari segi apa? Adakah pandangan dia bersifat dendam? Jangan lupa fitnah yang dia buat terhadap Anwar, kerana asasnya hanya untuk tidak benarkan Anwar menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada FMT.
“Anwar sudah diuji bermacam-macam, diperlakukan macam-macam tetapi beliau tetap teguh meneruskan agenda dan nasib rakyat. Ini baru pemimpin telun, bukan pemimpin yang hanya tahu menjaga kepentingan anak-beranak dan kroni,” tambahnya.
Dalam buku setebal 304 halaman, Pengerusi Pejuang itu mengkritik kebolehan Anwar memimpin dan merasakan Ketua Pembangkang tidak tahu memerintah negara berdasarkan pengalamannya lalu.
Mahathir berkata, beliau bekerjasama dengan Anwar sebelum ini hanya dengan satu matlamat, iaitu untuk menjatuhkan Najib, dan kerjasama itu membuahkan hasil.
Walaupun Anwar mungkin menganggap dirinya berkebolehan, Mahathir berkata Ahli Parlimen Port Dickson itu bukanlah faktor berlaku kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada 2018.
Mengulas lanjut, Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kapar berkata, pandangan Mahathir terhadap Anwar bertentangan dengan pengiktirafan diterimanya di peringkat global.
“Dia kata Anwar tidak layak sedangkan Anwar dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik ketika era pentadbirannya dan beliau dijadikan contoh dengan dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa pada 1998.”
Untuk rekod, Anwar dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1998 ketika pentadbiran Mahathir.
Dalam satu wawancara yang disiarkan hujung tahun lalu, bekas perdana menteri itu ada mendedahkan Anwar tidak berupaya menangani krisis kewangan pada 1997 dan 1998 ketika memegang jawatan sebagai sebagai timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan ketika itu.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kebolehan Anwar menerajui negara diuji pada ketika itu apabila dilantik memangku jawatan perdana menteri bagi menggantikan beliau yang bercuti selama dua bulan.
“Dia suka menurut apa yang dicadangkan dan disarankan oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
“Saya pernah berkata kepadanya, kalau kita ikut mereka, negara mungkin tidak ada dana yang cukup untuk membayar gaji tetapi dia masih terus dengan pendiriannya menyokong IMF dan Bank Dunia,” katanya dalam wawancara itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen PKR, Hassan Karim berkata Mahathir cuba mengalih perhatian daripada fakta sebenar bahawa Bersatu yang dipimpinnya pada PRU14, gagal memenangi hati pengundi.
“PKR yang dipimpin Anwar yang berada dalam penjara masuk bertanding PRU14 di 51 kawasan Parlimen. PKR menang 47 kerusi, kalah empat kerusi sahaja. PKR jadi parti terbesar menang banyak kerusi.
“Manakala Bersatu pimpinan Mahathir bertanding di 52 kerusi Parlimen tetapi menang 13 kerusi sahaja. Bersatu kalah di 39 kawasan Parlimen. Fakta statistik ini menunjukkan Mahathir sendiri bukanlah faktor kejayaan PH dalam PRU14,” kata Ahli Parlimen Pasir Gudang itu. FMT
Busuk betul hati Mahathir – Abdullah Sani
Baca Artikel Menarik :
‘Tengku Zafrul’ perdaya guru tadika, rugi RM4,200 Uqasha: Buat umrah bukan untuk berseronok Akhirnya tersingkir, GV8 bukan pentas saya – Fazley Yaakob Bayar saman trafik di mesin ATM Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu diuar-uar dengan perkara maksiat Najib dikelilingi ‘Yes-men’ sorok kebenaran sehingga BN tumbang PRU 2018: Sabotaj di war room; di luar, BN bawa penyokong PH ke pusat undi Sedap Memang Sedap! Awas Punca Makanan Ini Mungkin Anda Hidapi Penyakit Berbahaya Seperti Kanser Saya tidak akan biar pegawai dan anggota saya ‘dibelasah’ – Ayob Khan Goreng ayam guna Ron97? Layari Laman Facebook MYKMU</a
MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

The post Busuk betul hati Mahathir – Abdullah Sani appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/13/busuk-betul-hati-mahathir-abdullah-sani/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Mahathir Berfikir Dan Bercakap Walaupun Nanti Jadi Bahan Diperlekeh

Hanya Mahathir Berfikir Dan Bercakap Walaupun Nanti Jadi Bahan Diperlekeh

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 209 hits
Sesuatu yang disuarakan jarang difikirkan pihak lain malah kalau terfikir pun Tak berani disanggah malah segala masalah disapu bawah karpet Kemudian nya digosok diangguk diberi layanan seolah benar dan sah Sedangkan apa yang disuarakanNya s...
Gesaan Dr Mahathir Wajar Dilaksanakan

Gesaan Dr Mahathir Wajar Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 194 hits
ULASANDr Mahathir mempamerkan memoir terbarunya GESAAN yang dilontarkan oleh Dr Mahathir Mohamad supaya diadakan perbincangan awam melibatkan hal ehwal dan peranan sistem raja berpelembagaan di negara ini wajar diberi perhatian dan tidak pr...
Mahathir Admitted To Ijn

Mahathir Admitted To Ijn

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 266 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad has been admitted to the National Heart Institute In a statement today IJN said that the former prime minister arrived at 7pm He will be undergoing a full medical check up and further observation Baca Artik...
Tun Dr Mahathir Dimasukkan Ke Institut Jantung Negara

Tun Dr Mahathir Dimasukkan Ke Institut Jantung Negara

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 182 hits
Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilaporkan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara sebentar tadi Menerusi Kenyataan Media yang dikongsikan di laman Twitter beliau Tun Dr Mahathir Mohamad telah tiba di IJN jam 7 petang t...
Najib Zahid Doakan Kesihatan Mahathir

Najib Zahid Doakan Kesihatan Mahathir

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 208 hits
Najib Zahid doakan kesihatan Mahathir Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan kesembuhan buat Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau dalam satu hantaran di Facebook malam tadi berkata semoga urusan Mahathir di Institut Jantung Ne...
Tmj Patut Saman Patrick Teoh Bukan Libatkan Polis Mahathir

Tmj Patut Saman Patrick Teoh Bukan Libatkan Polis Mahathir

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 176 hits
TMJ patut saman Patrick Teoh bukan libatkan polis Mahathir Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sepatutnya menfailkan saman terhadap Patrick Teoh sekiranya baginda percaya penyampai radio popular itu menghinanya kata Dr Mahathir ...
Dr Mahathir To Undergo Several Investigations At Ijn No Visitors Allowed

Dr Mahathir To Undergo Several Investigations At Ijn No Visitors Allowed

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 231 hits
In a statement this evening IJN said that investigations will be completed in the next few days and that the former prime minister will remain in IJN until then Malay Mail photo KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad is currently undergoing s
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco