Business Online
Assalamualaikum...
Holla!
Semua pembaca setia blog Ira ni sihat tak? Kalau sihat alhamdulillah. Cuma sekarang Ira risau mak Ira selalu sakit gigi hm :( Semoga cepat sembuh mak. Kakak taktau nak buat apa cuma doa yang baik2 je walaupun Ira ni takdelah baik mana.
Harini nak Ira nak bebel pasal "Business Online" yang Ira tengah buat sekarang. Macam mana nak business online? Kena bayar tak? Banyak pakai duit tak? Hmm cerita pasal business semua berbayar sayang oi. Nak buat sesuatu benda semua nak mulakan dengan MODAL. Kecuali kalau awak buat dropship tanpa modal. Haa itulah yang selalu Ira buat. Promote je barang tu kalau tak mampu nak pegang stok. Tapi kalau dah mampu, cubalah uprade dari dropship ke agent. Best tau sebenarnya berniaga ni.
Ira jujur Ira memang buat bisnes ni untuk cari duit tepi tapi lama2 Ira seronok sebab happy tengok customer puas hati dengan apa yang dorang beli. Customer puas hati tu goals Ira tau. Macam sekarang, Ira cuba usahakan promote barang2 sobella. Pastu jual coklat. Kosmetik. Kebanyakannya Ira promote je sebab tak mampu nak ambik stok banyak2. Macam haritu Ira ambik stok coklat kuaci viral. Alhamdulillah ramai yang suka. Sale meningkat. Tapi buat masa sekarang Ira stop sebab takde stok then kan Ira ada masalah haritu. Ira suka tengok customer2 yang beli barang2 Ira jual. Ada customer Ira boleh jadi kawan. Ada jugak yang cakap, customer boleh jadi kawan.. Kawan?? Kawan taknak jadi customer. Macam2 lah hehe.
Apa2 pun semuanya bermula dengan usaha. Tau pengenalan dan pendahuluannya dulu. Kenal erti BERNIAGA yang sebenar. Sebab tu kat dunia ni mana2 business. Perasan tak? Business makanan, business produk. business perkhidmatan. Bersepah sepah semuanya berkaitan dengan BUSINESS. So tips business gais..
USAHA + DOA + TAWAKAL DAN JUGA DUIT.
Takde duit tak jalan business.
So, setakat ni tu jelah Ira mampu cakap. Nak cakap banyak tak mampu.
Rezeki Ira rezeki awak jugak :)
"Ya Allah murahkan rezeki Nur Nadhira binti Ahmad Jais dan keluarga serta berikan kesihatan yang baik untuk dia. Murahkan juga rezekiku yang baca entry ni.." Amin Ya rabbal Alamin. Kunfayakun.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cerita-sigadiskecil.blogspot.com/2019/04/business-online.html