Kesilapan Strategi Pemasaran Online Terbesar Oleh Usahawan Yang Selalu Tersalah Anggap Mereka Sentiasa Betul
Biler bercakap pasal pemasaran online secara otomatik kita terfikir facebook. Walaupun banyak lagi media online yang lain namun facebook adalah yang menjadi pilihan terpopular dimana hampir setiap orang ada akaun facebook.
Ada akaun facebook dan hari-hari guna facebook tak semestinya tahu pemasaran online. Ramai dari kita pasti ada cuba nak ceburkan diri dalam perniagaan online sebab masing-masing ada akaun facebook. Usaha dan niat tu baik sangat dan tiada siapa yang boleh halang kita untuk berniaga di facebook. Walaubagaimanapun apa yang kita buat hari-hari kat facebook tu tak akan hasilkan impak yang diperlukan sekiranya mahu jalankan perniagaan melalui facebook.
Sebab tu bila ada je kursus pemasaran online, mesti ada kata-kata dalam hati yang bagitau, alaaa … nak guna facebook pun tak tahu ke, semua orang tahu punya…datang kursus pun buang masa je membazir duit, bazir masa lagi.
Kebanyakan orang tahu guna facebook. Yer lah kan. Setakat nak buat post, tulis je pape patu post la. Upload gambar pun tak la susah sangat. Nak share lagi senang. Letak link website blog pun tak perlu nak teknikal sangat. So ok la kan nak buat pemasaran online, kira dah lepas la tu.
Malangnya lepas dah buat semua tu, apasal tak berjaya buat sale malah takde dapat like pun macam apa orang kata tu krik krik je …hehe. Memang frusssttt. Betul?
Sebenarnya pemasaran online tu bukanlah buat teknik-teknik pelik canggih dan tak masuk akal tetapi macammana nak buat pengisian dengan guna teknik biasa yang kita dah tahu.
Pengisian yang dimaksudkan kat sini ialah content. Pemasaran online adalah berkaitan kreativiti dan bukan teknikal. Kreativiti diperlukan untuk design content yang berbentuk sosial dan tidak memaksa pelanggan. Kreativiti inilah yang diperlukan dalam pemasaran online. Pemasaran online yang paling asas yang perlu ada adalah bagaimana nak menghasilkan ayat copywriting.
Copywriting ni asas sebab hanya perlukan taip ayat-ayat berbanding pengisian lain yang perlukan lebih teknikal macam ambil gambar atau buat video. Menaip ni semua orang boleh buat tapi nak taip apa tu tak semua orang tahu. Itulah penting kenaoa perlu tahu pemasaran online kerana nak belajar apa yang perlu ditulis dalam posting.
Mudah citer pemasaran online ialah melibatkan softskill. Jadi jangan salah faham bila ada kursus pemasaran online kita asyik bagi alasan dah tahu walhal ia ialah lebih fokus kepada membentuk kreativiti untuk hasilkan pengisian yang sesuai untuk pemasaran secara sosial.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://affiliatesecretfornewbie.com/kesilapan-strategi-pemasaran-online-terbesar-oleh-usahawan-yang-selalu-tersalah-anggap-mereka-sentiasa-betul/